Awal Muharram 2025: Tarikh Tahun Baru Islam (Maal Hijrah 1447H)

Berikut adalah info mengenai tarikh Maal Hijrah atau Awal Muharram 2025 untuk semua makluman umat Islam di luar sana.
Isi Kandungan
Tarikh Penting Kalendar Islam Bagi Tahun 2025
Menurut Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, berikut merupakan tarikh-tarikh penting dalam islam bagi perayaan atau hari kebesaran islam untuk tahun 2025.

Tarikh Awal Muharram 2025
Awal Muharram menandakan permulaan tahun baru bagi umat Islam mengikut Kalendar Islam di seluruh Malaysia.
Hari pertama tahun Islam akan disambut oleh kebanyakan umat Islam pada hari pertama bulan Muharram.
Bagi tahun 2025, Awal Muharram adalah jatuh pada hari Jumaat bertarikh 27 Jun 2025, iaitu bersamaan 1 Muharram 1447H.
Di samping itu, Awal Muharram 2025 adalah merupakan hari Kelepasan Am Persekutuan atau cuti umum bagi semua negeri di Malaysia, iaitu
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Wilayah Persekutuan Labuan.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya.
- Johor.
- Kedah.
- Kelantan.
- Melaka.
- Negeri Sembilan.
- Pahang.
- Perak.
- Perlis.
- Pulau Pinang.
- Sabah.
- Sarawak.
- Selangor.
- Terengganu.
Kelebihan & Keistimewaan Bulan Muharram
Terdapat banyak kelebihan dan fadhilat pada bulan Muharram berdasarkan nas dan hadis yang sahih.
Antara kelebihan dan fadhilat bulan Muharram adalah Allah SWT akan menggandakan setiap amalan yang kita lakukan dalam bulan ini.
Bulan Muharram adalah termasuk dalam bulan-bulan haram sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Taubah, ayat 36.
Empat bulan Haram dalam Islam iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.
Bulan Haram adalah bulan di mana Allah SWT akan menggandakan setiap amalan yang kita lakukan dalam bulan-bulan tersebut.
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan kita seperti solat sunat, puasa sunat, bersedekah dan lain-lain lagi pada bulan ini.
Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun
Bersempena kedatangan Tahun Baru Islam 1447H atau Awal Muharram 2025 pada 27 Jun ini, berikut dikongsikan bacaan doa akhir tahun dan awal tahun untuk panduan buat umat Islam.
Bacaan doa akhir tahun dibaca sebelum masuknya waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah (26 Jun 2025) manakala bacaan doa awal tahun dibaca selepas masuknya waktu Maghrib malam 1 Muharram (Waktu Maghrib Khamis, 26 Jun 2025).
Berikut adalah doa akhir tahun, iaitu
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
.الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَاهُ مِنْ عَمَلٍ فِي السَّنَةِ الْمَاضِيَةِ وَلَمْ تَرْضَهُ، وَنَسِينَاهُ وَلَمْ تَنْسَهُ، وَحَلِمْتَ عَنَّا مَعَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِنَا، وَدَعَوْتَنَا إِلَى التَّوْبَةِ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَيْكَ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ مِنْهُ فَاغْفِرْ لَنَا. اللَّهُمَّ وَمَا عَمِلْنَا مِنْ عَمَلٍ تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابَ وَالْمَغْفِرَةَ فَتَقَبَّلْهُ مِنَّا، وَلَا تَقْطَعْ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيمُ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Maksudnya: Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW semulia-mulia Nabi dan Rasul, dan ke atas keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.
Ya Allah, jika ada apa-apa yang telah kami lakukan pada tahun ini, apa yang Engkau tegah, tetapi kami tidak bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak melupakannya, dan Engkau berlembut ke atas kami dengan kasih sayang-Mu, padahal Engkau berkuasa untuk menghukum kami, dan Engkau memberi peluang kepada kami untuk bertaubat selepas kami dengan beraninya melakukan maksiat kepada-Mu.
Oleh itu, Ya Allah, kami memohon keampunan-Mu maka ampunilah kami.
Berikut pula adalah doa awal tahun, iaitu
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
.الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَبَدِيُّ الْقَدِيمُ الْأَوَّلُ، وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيمِ وَكَرَمِ جُودِكَ الْمَعْهُودِ، وَقَدْ أَقْبَلَ عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ، نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِهِ، وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الْأَمَّارَةِ بِالسُّوءِ، وَالِاشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَىٰ، يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Maksudnya: Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW semulia-mulia Nabi dan Rasul, dan ke atas keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Kekal Abadi, yang Qadim lagi Awal, tiada permulaan, dengan limpah kurnia-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang sejati, telah tiba tahun yang baharu ini kepada kami. Maka kami memohon kepada-Mu pemeliharaan daripada syaitan dan tentera-tenteranya, dan kami memohon pertolongan menghadapi nafsu ammarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan kami memohon pertolongan untuk sentiasa melakukan apa-apa amalan yang dapat menghampirkan kami kepada-Mu sehampir-hampirnya, wahai Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan.

Semoga perkongsian tentang Awal Muharram 2025 di atas bermanfaat untuk anda semua di luar sana.
Selamat Menyambut Maal Hijrah atau Awal Muharram 2025!