Resepi Ayam Masak Lemon Masam-Masam Manis Ringkas & Sedap

Ayam masak lemon adalah hidangan ayam yang popular yang terkenal dengan rasa masam dan segar, hasil dari penggunaan jus lemon dan parutan kulit lemon dan ia sering digabungkan dengan manis madu atau gula untuk menyeimbangkan rasa masam.
Oleh itu, berikut admin akan kongsikan resepi ayam masak lemon untuk anda semua diluar sana sebagai rujukan.
Isi Kandungan
Resepi Ayam Masak Lemon
Resepi ayam masak lemon yang admin ingin kongsikan ini sangat mudah untuk dibuat dan resepi ini adalah perkongsian daripada Che Nom.
Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Bahan-Bahan
Bahan-bahan untuk membuat ayam masak lemon ini adalah seperti berikut:
- 2 Ketul / 400g Isi Ayam
- 1/2 Sudu Kecil Garam
- 1 Sudu Besar Kicap Manis
- Sedikit Serbuk Black Paper
- 1 Biji Telur
- 1 Sudu Besar Tepung Jagung (Untuk Perap)
- 1/2 Cawan Tepung Gandum
- 1/2 Cawan Tepung Jagung
- 2 – 3 Sudu Besar Jus Lemon (Yang Telah Diperah)
- 1 Sudu Besar Gula
- Hirisan Kulit Lemon
- 1 Sudu Besar Cuka Makan (Pilihan)
- 1 Sudu Besar Madu
- 1 Sudu Besar Tepung Jagung
- 2 Ulas Bawang Putih
- Sedikit Halia
- Air Secukupnya
- Gula Secukupnya
- Garam Secukupnya
- Bijan (Untuk Taburan Hiasan)
Cara Penyediaan
Cara-cara untuk membuatayam masak lemon ini adalah seperti langkah-langkah berikut:
- Hiris nipis isi ayam.
- Masukan garam, kicap, serbuk black paper, telur dan tepung jagung. Kemudian, perap seketika.
- Sediakan adunan tepung gandum dan tepung jagung.
- Salut ayam dengan adunan tepung.
- Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kelihatan garing. Gunakan api perlahan semasa menggoreng ayam untuk memastikan ayam masak sepenuhnya dan rangup.
- Ketepikan.
- Parut kulit lemon yang berwarna kuning dan hiris nipis. Kemudian, perah lemon.
- Masukan gula, hirisan kulit lemon, sedikit cuka, madu dan tepung jagung kedalam jus lemon. Kacau sekata.
- Cincang kasar bawang putih dan parut sedikit halia.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
- Kemudian, masukkan bancuhan jus lemon tadi dan tambah sedikit air.
- Tambah sedikit gula dan garam.
- Apabila sudah pekat mendidih, boleh tuang kuah ke atas ayam yang telah digoreng tadi.
- Tabur sedikit bijan untuk hiasan.
- Sedia untuk dimakan bersama-sama nasi putih panas-panas.
Selain resepi ayam masak lemon ini, anda juga boleh dapatkan lagi resepi-resepi terkini, viral dan menarik DISINI.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana! Selamat mencuba!



