Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Ayat Seribu Dinar : 5 Hikmah Mengamalkan Ayat 1000 Dinar Dalam Kehidupan Harian

Amalan ayat seribu dinar ini telah diamalkan oleh para ulama’ sejak dari dulu lagi kerana barangsiapa yang mengamalkan dan membaca ayat ini Allah akan rezekikan dan sampaikan kepadanya tidak putus seperti mana air zamzam yang terus mengalir kepada kita.

Isi Kandungan

Apa itu Ayat Seribu Dinar

Ayat Seribu Dinar adalah merupakan potongan Ayat 2 dan 3 dalam surah At-Talaq ( At Talaq ), dimana amalan ayat ini merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.

Kisah Disebalik Ayat Seribu Dinar

Pada zaman dahulu terdapat seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangani Nabi Khidir dan diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi sama, maka dia segera bersedekah. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.

Pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Pedagang tersebut hanya mampu bertawakkal dan membaca ayat yang diajar oleh Nabi Khidir. Setelah kapal itu pecah dipukul ombak, beliau tersedar mendapati dirinya terdampar di tepi pantai dan selamat manakala semua ‎penumpangnya yang lain kembali ke alam baqa. Beliau bersyukur dan tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri.

Beliau masih lagi mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎seribu dinar.

Ayat Seribu Dinar Beserta Dengan Maksudnya

ayat seribu dinar
Ayat Seribu Dinar

Rumi : Waman yatta qillaha yaj’al lahu makhroja. Wa yarzuquhu min haithu la yahtasibu wa man yatawakal ‘alallahi fahuwa hasbuhu innallaha baalighu amrihi qad ja’alallahu likulli syai in qadra.

Maksud terjemahan : Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Kelebihan dan hikmah ayat seribu dinar

Berikut dikongsikan kelebihan mengamalkan ayat 1000 dinar secara istiqamah :

  • Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Daripada Qatadah Rahimahullah:

يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا قال: من شُبُهَات الأمور، والكرب عند الموت (وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ) : من حيث لا يرجو ولا يؤمل

Maksudnya: Firman Allah Taala diberikan baginya jalan keluar: maknanya jalan keluar daripada segala perkara syubhat dan kesuahan ketika mati dan firman Allah Taala diberikan baginya rezeki daripada yang tidak disangka-sangka maknanya daripada sesuatu yang tidak disangka-sangkakan dan tidak diharapkan.

  • Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎

Daripada Ibnu Abbas R.Anhuma:

قوله: (وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا) يقول: نجاته من كل كرب في الدنيا والآخرة

Maksudnya: (Firman Allah Taala) yang berbunyi “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah Taala maka baginya jalan keluar”, maknanya selamat daripada setiap kesengsaran dan kesusahan di dunia dan akhirat.

  • Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
  • Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
  • Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Seperti yang sudah disebutkan sebelumnya, membaca ayat 1000 dinar merupakan salah satu bentuk ketakwaan umat islam kepada Allah SWT. Sebagai balasannya, Allah SWT akan memberikannya kemudahan hidup. Inilah antara sebab mengapa ayat seribu dinar ini diyakini sebagai doa yang boleh memudahkan segala urusan.

Kesimpulannya

Adapun begitu, sekalipun banyak lagi doa – doa yang lain yang berkaitan dengan doa pembuka rezeki mahupun doa perlindungan diri dan kesusahan, namun tidak dinafikan bahawa ayat 1000 dinar ini adalah antara sebaik – baik doa untuk penyelesaian bagi sesuatu masalah. Akhir sekali, semoga kita sama – sama menjadikan ayat ini sebagai amalan kehidupan harian kita.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More