Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bandar Belia Malaysia Tanjung Malim Perak

Tanjung Malim akan dibangunkan sebagai bandar belia Komanwel pertama di dunia tidak lama lagi, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Behrang Aminuddin Zulkipli.

Beliau berkata sebidang tanah seluas sembilan hektar telah dikenalpasti bagi membina ibu pejabat bagi Majlis Pemuda Komanwel dan Rangkaian Belia Komanwel yang akan dimulakan dua tahun lagi dan kini proses pengambilan tanah sedang dilakukan.

“Ibu pejabat rasmi itu akan menyediakan ruang kerja untuk organisasi antarabangsa, pejabat maya untuk modal teroka Komanwel dan pelabur, kemudahan untuk bengkel dan aktiviti belia serta makmal untuk memanfaatkan kreativiti dan inovasi,” katanya.

Aminuddin yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak memberitahu pemberita selepas melancarkan  bandar belia Komanwel di Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM), di sini semalam.

Majlis pelancaran disaksikan oleh wakil belia dari United Kingdom, Amerika Syarikat, China, Rusia, Pakistan, Malta, Fiji, Kepulauan Solomon, Australia, India, Ghana dan Bahrain.

Konsep Bandar Belia Malaysia Diteruskan

bandar belia

IPOH – Pembangunan Bandar Belia di Tanjung Malim akan diteruskan selepas tertangguh pada tahun 2018 kerana tidak diteruskan kerajaan Pakatan Harapan.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, pembangunanbandar belia tersebut akan turut melibatkan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Menurutnya, NCIA sudah mempunyai perancangan bagi pembangunan tersebut selain peruntukan yang telah disediakan.

“Secara kebetulan sekarang ni kita lihat di Selangor pun dah padat, maka mereka pun dah berpindah perusahaan dan industri di sempadan Perak – Selangor.

“Jadi kita ambil kesempatan itu untuk bangunkan kembali Perak Selatan dan sekaligus memberi perhatian untuk meneruskan usaha menjadikan kawasan Tanjung Malim itu sebagai Youth City,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Dewan Belia Negeri Perak dan Majlis Apresiasi Sukarelawan Belia Perak di Ipoh pada Ahad.

Saarani berkata, bagi tujuan itu, urusetia belia dan sukan Perak bersama Ahli Dewan Belia Perak dapat berbincang bagi membentuk pengisian seterusnya untuk bandar belia berkenaan.

Pada September 2015, kerajaan persekutuan secara rasmi mengumumkan penubuhan Bandar Belia pertama negara di Tanjung Malim.

Dalam perkembangan lain, Saarani meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan proses pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun berjalan lancar tanpa sebarang rungutan mengenainya.

Beliau berkata, proses itu hanya boleh dilaksanakan sekiranya SPR benar-benar bersedia dan tidak dibuat secara tergopoh gapah kerana ia melibatkan peruntukan undang-undang.

“Tujuannya untuk kita memberi peluang, pengiktirafan kepada mereka yang berusia 18 tahun kerana di seluruh dunia pun sudah ada negara-negara yang merasakan bahawa pada usia 18 tahun mereka telah matang untuk membuat keputusan.

“Pada saya sama ada nak disegerakan ataupun tidak,ia sudah ada undang-undang. Cuma dari segi pelaksanaan kena ambil kira supaya jangan ada rungutan setelah ia dilaksanakan,” tamat.

Pada 25 Mac lalu, SPR dalam kenyataannya memaklumkan pelaksanaan Undi 18 ditangguh atas alasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah menjejaskan perancangan dan persiapan SPR untuk pelaksanaannya.

Pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran automatik hanya dapat dibuat menjelang 1 September 2022, iaitu penangguhan melebihi satu tahun daripada sasaran ditetapkan sebelum ini iaitu pada Julai tahun ini.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) berkata Majlis Daerah Simpang Renggam turut menyatakan hasrat membangunkan Bandar Renggam sebagai salah satu bandar mesra belia yang pertama di wilayah selatan.

“Mereka boleh memohon dan menyatakan minat serta mengikuti taklimat dan program yang Tanjung Malim dijadikan sebagai penanda aras kerana ia yang terawal,” ujar beliau

Tambah beliau, Bandar belia merupakan satu konsep mengatasi masalah di hadapi oleh negara termasuk penghijrahan golongan muda dari kawasan pinggir bandar dan luar bandar ke bandar.

Dalam pada itu, beliau turut mengadakan lawatan ke tapak projek Taman Rimba Bandar (Ujana Muallim) di Bandar Proton yang berkeluasan 15 hektar dan komponen-komponen BBM di sekitar Pusat Bandar Tanjung Malim.

Sementara itu, YBhg Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara, Puan Hajah Rotina Binti Mohd Daik berkata Ujana Muallim yang siap dibina pada April lepas dengan kos sebanyak RM9 juta merupakan sebahagian pembangunan Bandar Proton.

Beliau berkata, Ujana Muallim yang pada asalnya merupakan kawasan hutan sekunder turut dilengkapi kawasan perkhemahan, laluan ‘jungle tracking’, permainan kanak-kanak, menara tinjau, pondok pengawal, surau dan tandas.

Sumber Sinar Harian

Artikel lain : Peluang Pekerjaan Ladang Kelapa Sawit 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More