Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan 1K Satu Keluarga Untuk Mangsa Banjir Di Terengganu

Bantuan 1K secara tunai untuk satu keluarga mangsa banjir telah diumum oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar petang tadi melalui sidang media yang dibuat selepas sesi lawatan ke penempatan mangsa banjir.

bantuan 1k terengganu
Sumber gambar: MediaMBTerengganu

Menurut Dr Ahmad Samsuri atau lebih mesra dipanggil Dr. Sam itu berkata, bantuan itu dibuat untuk meringankan bebanan yang dihadapi mangsa banjir.

Melalui perkongsian di laman facebook rasminya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, bantuan khas tunai 1k atau Rm1000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar banjir di Terengganu bertujuan untuk meringankan bebanan yang dihadapi mangsa banjir.

bantuan 1k terengganu

Selain bantuan 1k wang tunai, beliau turut mengumumkan bantuan RM10,000 yang akan diberikan kepada ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia disebabkan banjir 2022 sebagai rasa simpati dengan apa yang telah terjadi.

Bantuan-bantuan lain seperti baiki kerosakan rumah, membina rumah rosak dan lain-lain kerosakan insfrastruktur akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri setelah mendapat maklumat penuh selepas penilaian, insya-Allah.

Isi Kandungan

Senarai Bantuan Banjir Kerajaan Negeri Terengganu

Berikut disenaraikan beberapa bantuan kepada mangsa banjir seperti yang diumum oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri:

  • Wang tunai bernilai 1 ribu ringgit kepada semua Ketua Isi Rumah yang terlibat banjir
  • RM10,000 diberikan kepada ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia akibat banjir kali ini
  • Bantuan-bantuan lain seperti baiki kerosakan rumah, bina rumah rosak dan kerosakan infrastruktur lain

Syarat Kelayakan Bantuan 1K (RM1000)

Terdapat syarat ringkas yang dinyatakan Dr. Ahmad Samsuri menerusi sidang medianya itu sempat menyebut syarat ringkas kelayakan iaitu:

  • Wang tunai hanya diberi kepada Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja
  • Hanya untuk rumah yang terlibat banjir
  • Bantuan diberi hanya kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar sahaja (Jika rumah mangsa terlibat banjir, tapi mangsa tidak berdaftar ia tidak layak)

bantuan 1k

Terima Kasih!

RM50 juta peruntukan untuk Terengganu

Terdahulu, Kerajaan Persekutuan mengumumkan bantuan segera sebanyak RM100 juta kepada Kelantan dan Terengganu yang dilanda banjir teruk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bantuan itu bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di dua negeri berkenaan.

Perdana Menteri berkata, memandangkan banjir lebih parah dari biasa, beliau bersetuju selepas mengadakan perbincangan dengan Jemaah Menteri untuk meluluskan bantuan segera RM50 juta untuk Terengganu. Bantuan ini bagi membantu mangsa banjir memandangkan kebanyakan mangsa yang terkesan adalah golongan miskin.

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan RM50 juta juga disalurkan kepada kerajaan Kelantan bagi membantu mangsa banjir yang terlibat.

Selangor bagi 500 ribu untuk Terengganu

Terdahulu, Kerajaan Negeri Selangor menerusi Menteri Besar, YB Amirudin Shari telah mengumumkan bantuan sebanyak-RM 500 ribu untuk setiap Negeri Kelantan & Terengganu. Jelasnya juga, Pasukan sukarelawan SERVE & PANTAS turut akan dihantar bagi membantu mangsa banjir di dua negeri itu.

Tulisnya di facebook rasmi miliknya:

“Menginsafi musibah yang dihadapi oleh rakan-rakan di Kelantan dan Terengganu akibat banjir, Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini mengumumkan bantuan RM 500 ribu utk setiap Negeri Kelantan & Terengganu. Pasukan sukarelawan SERVE & PANTAS turut akan dihantar bagi membantu.”

YB Amirudin Shari turut memaklumkan, bagi menghormati mangsa banjir dan tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini, semua acara sambutan Tahun Baru di Selangor adalah dibatalkan.

bantuan banjir

Pahang salur bantuan banjir RM150,000 pada Terengganu

Kerajaan negeri Pahang menyalurkan bantuan barangan keperluan asas bernilai RM150,000 kepada mangsa banjir di Terengganu. Bantuan itu meliputi barangan seperti kit bencana, kit mandian, tikar, selimut tebal, selimut, kain batik, kain pelikat dan lampin pakai buang.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan itu sebagai rasa simpati kerajaan negeri terhadap nasib rakyat Terengganu yang sedang berdepan musibah banjir akibat berlakunya Monsun Timur Laut (MTL). Jelasnya lagi, bantuan-bantuan tersebut sudah mula dihantar ke Terengganu pada pukul 3 petang 21 Disember lalu.

Penutup

Terkini, menerusi laman rasmi Bencana Nadma, jumlah semua mangsa banjir di Terengganu setakat 23 Disember 2022 adalah 20,552 mangsa dari 5518 keluarga yang terlibat.

Semoga mangsa banjir Terengganu dan dari seluruh negeri yang terjejas tabah menerima ujian bencana ini. Walau apa pun yang berlaku, pastikan bangkit dengan kuat di kemudian hari. Moga bantuan 1k ini dapat bantu ringankan beban mangsa.

Untuk semua mangsa banjir juga, walaupun tak dapat bantuan 1k seperti negeri Terengganu, tapi sebenarnya terdapat banyak bantuan yang disediakan dari pelbagai pihak. Terutama bantuan dari kerajaan. Boleh rujuk di artikel Bantuan Banjir untuk info lanjut.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More