Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan BAP-Bantuan Anak Pelihara JKM Bernilai RM250

Bantuan Anak Pelihara JKM ini merupakan bantuan khusus yang diberikan sebagai tanda alat sokongan sosial, alat pemulihan dan bantuan kewangan sementara bagi meneruskan kelangsungan hidup. Nak tahu syarat permohonan? Baca artikel ini.

Bantuan Anak Pelihara JKM

Isi Kandungan

Jabatan Kebajikan Masyarkat(JKM)

Jabatan Kebajikan Masyarakat atau singkatannya JKM merupakan sebuah jenis organisasi yang menjadi peneraju utama dalam hal-hal kebajikan masyarakat dan rakyat negara Malaysia. Berdasarkan sejarah, JKM telah mula ditubuhkan pada tahun April 1946 dan mengalami evolusi yang memenuhi kehendak negara dalam tempoh 72 tahun. Pada awalnya, JKM melibatkan diri dalam menyelesaikan segala masalah atau isu yang timbul akibat Perang Dunia Kedua.

Kini, JKM berperanan dalam perkhidmatan, pencegahan dan pembangunan masyarakat dalam isu-isu sosial.

Tujuan Bantuan Anak Pelihara JKM Diwujudkan

Bantuan Anak Pelihara JKM ini merupakan salah satu daripada bantuan-bantuan lain yang diberikan kepada mana-mana golongan yang layak dan memerlukan. Tujuannya adalah untuk:

  • Memastikan keperluan asas masyarkat dipenuhi,
  • Sebagai sumber kewangan sementara bagi meneruskan kelangsungan hidup,
  • Sebagai alat pemulihan supaya penerima bantuan ini kekal tinggal bersama masyarakat,
  • Alat sokongan sosial untuk menilai tahap kebergantungan penerima kepada bantuan lain.

Lokasi Pejabat JKM

Secara umumnya, pejabat JKM ada di setiap negeri bagi memudahkan proses dan pengurusan hal-hal sosial. Untuk mengenal pasti lokasi JKM, anda boleh melayari laman web ini. Di laman web Pejabat JKM Negeri, anda hanya perlu:

  1. Memasukkan nama, negeri dan daerah anda.
  2. Tekan butang “Cari”.
  3. Paparan skrin anda akan memaparkan lokasi dan arah ke pusat JKM berdasarkan lokasi yang anda letakkan.

Bantuan Anak Pelihara JKM

Bantuan Anak Pelihara JKM

Syarat Permohonan

SYARAT

HURAIAN

1. Kanak-kanak bawah 18 Tahun

  • Mana-mana individu yang melebih 18 tahun dan ke atas tidak layak membuat permohonan.

2. Kanak-kanak tidak beribubapa 

  • Dalam erti kata lain, anak-anak yatim bawah umur. 

3.  Kanak-kanak bukan anak angkat

  • Perkara ini adalah berdasarkan pada Akta Pengangkatan 1982 ATAU
  • Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 

4. Kanak-kanak bersama keluarga pelihara 

  • Kanak-kanak yang diambil daripada “Program Anak Pelihara”.
  • Kanak-kanak yang berada di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berdasarkan Akta Kanak-kanak 2001. 

Cara Membuat Permohonan

Langkah bagi membuat permohonan bantuan ini amatlah mudah.

  1. LANGKAH PERTAMA: Anda perlu melayari laman web rasmi JKM atau membaca dan menyemak syarat kelayakan pemohon.
  2. LANGKAH KEDUA: Sekiranya layak, anda boleh memuat turun Borang Permohonan Bantuan JKM di sini.
  3. LANGKAH KETIGA: Pastikan anda mengisi segala maklumat yang betul pada ruangan kosong.
  4. LANGKAH KEEMPAT: Sediakan segala dokumen yang diminta mengikut senarai semak dokumen sokongan permohonan bantuan. Jangan biarkan anda terlepas pandang.
  5. LANGKAH KELIMA: Masukkan segala dokumen dan borang yang telah diisi dalam satu sampul.
  6. LANGKAH KEENAM: Bawa sampul surat yang berisi maklumat permohonan bantuan JKM ini ke mana-mana Pejabat Kebajikan Daerah anda.

Dokumen/Maklumat Penting untuk Permohonan

Berikut merupakan senarai semak dokumen atau maklumat penting yang perlu dibawa semasa membuat permohonan:

  • 1 Salinan Kad Pengenalan/MYKad Pemohon(bagi kanak-kanak).
  • 1 Salinan Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga/ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • 1 Salinan Kad OKU/ Slip pendaftaran OKU buat sementara yang telah disahkan.
  • 1 Salinan slip gaji/surat pengesahan pendapatan(jikalau bekerja sendiri).
  • 1 Salinan bil elektrik, atau bil astro, atau bil air, atau bil telefon atau mana-mana bil ultiliti yang berkaitan.
  • 1 Salinan laporan daripada pegawai perubatan mana-mana hospital/klinik/pusat perubatan(swasta atau awam).

Kadar Bayaran Bantuan Anak Pelihara JKM

Kadar Pembayaran atau kategori bagi bantuan anak pelihara JKM ini dipecahkan kepada 2, iaitu:

  • KATEGORI 1:

Wang sebanyak RM250 sebulan kepada kanak-kanak yang layak menerima bantuan ini.

  • KATEGORI 2:

Mana-mana keluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih layak menerima sejumlah wang maksimum RM500.

 

Senarai Bantuan JKM Lain

Bantuan Anak Pelihara JKM

  • Bantuan Kanak-kanak

KADAR BANTUAN

PAUTAN MAKLUMAT BANTUAN

  1.  MINIMUM: RM150 bagi seorang kanak- kanak sebulan.
  2. MAKSIMUM: RM1000 mengikut pecahan-pecahan tertentu.

Bantuan Kanak-Kanak

  • Bantuan Warga Emas

KADAR BANTUAN

PAUTAN MAKLUMAT BANTUAN

  1.  RM1500 Seorang yang layak.

Bantuan Warga Emas

  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya

KADAR BANTUAN

PAUTAN MAKLUMAT BANTUAN

  1. RM450 seorang bagi setiap bulan kepada yang kayak.

Elaun Pekerja Kurang Upaya

  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja(BTB)

KADAR BANTUAN

PAUTAN MAKLUMAT BANTUAN

  1. RM300 sebulan.
  2. Membantu insan OKU.
  3. Menggalakkan OKU terus tinggal dengan keluarga.

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja

  • Bantuan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar

KADAR BANTUAN

PAUTAN MAKLUMAT BANTUAN

  1. RM500 sebulan seorang.
  2. Meringankan bebanan keluarga dan menggalakkan mereka untuk menjaga insan ini.

Bantuan OKU Terlantar

Bantuan Anak Pelihara JKM

  • Bantuan Am Persekutuan

KADAR BANTUAN

PAUTAN MAKLUMAT BANTUAN

  1. MINIMUM: RM100 sebulan seorang.
  2. MAKSIMUM: RM350 sebuah keluarga.

Bantuan Am Persekutuan

  • Bantuan Am Negeri

KADAR BANTUAN

PAUTAN MAKLUMAT BANTUAN

  1. MINIMUM: RM100 sebulan seorang.
  2. MAKSIMUM: RM350 sebuah keluarga.

Bantuan Am Negeri

  • Bantuan Latihan Perantis

KADAR BANTUAN

PAUTAN MAKLUMAT BANTUAN

  1. RM200 sebulan.

Bantuan Latihan Perantis

*NOTIS: Anda juga boleh membaca artikel Semakan Bantuan Duit Bulanan JKM dan Semakan Status Bantuan JKM bagi membantu anda dalam mengetahui sebarang kemas kini berkaitan bantuan ini. Moga-moga membantu.

Video Bantuan JKM

Senarai Perkhidmatan JKM

Berikut merupakan senarai jenis perkhidmatan yang boleh anda dapatkan di pusat Jabatan Kebajikan Masyarakat. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi di nombor 03 – 8000 8000 pada hari bekerja.

  1. WArGA EMAS
  2.  MANGSA BENCANA
  3.  PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
  4.  PUSAT JAGAAN
  5.  KHIDMAT BANTU DI RUMAH
  6.  SUKARELAWAN JKM
  7. ORANG KURANG UPAYA
  8. SKIM BANTUAN KEBAJIKAN
  9. KANAK-KANAK
  10. MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA

Soalan Lazim Bantuan Anak Pelihara JKM

Adakah saya masih boleh membuat permohonan bantuan anak pelihara JKM ini?

  • Ya, anda masih boleh membuat permohonan bantuan ini dengan mengikuti segala langkah yang diberikan dan menepati syarat permohonan.

Saudara saya mempunyai penyakit yang kronik dan terlantar di atas katil. Bolehkah saya membuat mana-mana permohonan?

  • Anda boleh membuat permohonan bagi bantuan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar. Moga-moga saudara anda diberikan kemudahan dan kesembuhan.

Saya sudah mencapai umur 18 Tahun pada 1 hari yang lalu. Bolehkah saya memohon bantuan anak pelihara JKM ini?

  • Tidak boleh, kerana syarat permohonan adalah kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun. Anda boleh mencuba membuat permohonan yang lain.

Bolehkah saya menyertai sukarelawan JKM bagi membantu komuniti masyarakat setempat?

  • Anda boleh melayari laman rasmi JKM atau membuat panggilan terus. Tanyakan cara membuat permohonan atau menjadi sukarelawan JKM berdaftar.

Sebarkan Bantuan Anak Pelihara JKM Kepada Semua

Diharapkan agar perkongsian artikel bantuan anak pelihara JKM ini memberi manfaat kepada mana-mana insan yang layak. Sebarkan maklumat bantuan ini kepada rakan-rakan, jiran tetangga atau mana-mana masyarakat yang anda rasa layak. Beringatlah bahawa mereka juga sebahagian daripada kita, tetapi memerlukan lebih banyak sokongan.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More