Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600 Bagi Permohonan Fasa Kedua

Bantuan Banjir Zakat Selangor memberikan bantuan sehingga RM600 kepada mereka yang terkesan akibat banjir. Permohonan fasa 2 dibuka. Tarikh tutup sehingga hujung bulan ini. Baca artikel ini untuk maklumat lanjut.

Bantuan Banjir Zakat Selangor

Lembaga Zakat Selangor(LZS)

Lembaga Zakat Selangor(LZS) menawarkan pemberian bantuan kepada warga Selangor yang terkesan teruk akibat banjir yang berlaku baru-baru.

Bantuan ini diharapkan mampu membantu keluarga yang terjejas dalam membaiki kehidupan mereka.

Kepada mereka yang membuat permohonan dan diluluskan, anda bakal memanfaatkan sehingga RM600 yang akan diberikan secara one-off. Maka dengan itu, segerakanlah membuat permohonan bagi meringankan bebanan anda.

Bantuan Banjir Zakat Selangor

Disebabkan beberapa buah negeri dan kawasan yang terjejas teruk akibat bencana banjir yang melanda baru-baru ini, maka Lembaga Zakat Selangor juga turut turun tangan dalam memberikan sumbangan dan bantuan kepada masyarakat setempat.

Bantuan banjir zakat Selangor ini hanya boleh dibuat melalui satu permohonan sahaja bagi sesebuah isi rumah.

Untuk maklumat lanjut berkaitan cara membuat permohonan bantuan banjir zakat Selangor, anda boleh meenruskan pembacaan di bawah.

Kriteria Kelayakan

Bantuan Banjir Zakat Selangor

Untuk membuat permohonan bantuan banjir zakat Selangor, pemohon mestilah menepati kriteria yang telah ditetapkan, iaitu:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam sahaja.
  2. Menjadi warganegara Malaysia yang sah.
  3. Duduk dan tinggal di Malaysia secara tetap.
  4. Lahir dan menetap di Negeri Selangor.
  5. Bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya selama 3 tahun.

*NOTIS: Mereka yang terdiri daripada golongan di bawah boleh juga membuat permohonan bagi bantuan ini.

  • Asnaf fakir.
  • Miskin.
  • Muallaf.

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan bagi bantuan ini, anda boleh ikuti langkah di bawah.

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sahaja. Laman web bagi mengemukakan permohonan hanya sah di Lama Portal Rasmi Lembaga Zakat Selangor sahaja. Tekan link pautan di bawah.

Laman Web Permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor

Di laman web ini juga turut disediakan FAQ berkaitan bantuan ini. Segala persoalan anda akan terjawab di sana.

  1. LANGKAH PERTAMA: Layari laman web di atas. Di bahagian bawah sekali, tekan butang “Mohon Sumbangan”.
  2. LANGKAH KEDUA: Masukkan captcha yang dipaparkan pada skrin anda.
  3. LANGKAH KETIGA: Isikan nombor kad pengenalan pemohon. Pemohon mestilah ketua keluarga sahaja yang terlibat dalam bencana banjir ini.
  4. LANGKAH KEEMPAT: Masukkan segala maklumat penting yang diminta.
  5. LANGKAH KELIMA: Masukkan nombor dan nama akaun bank anda untuk tujuan pembayaran.
  6. LANGKAH KEENAM: Setelah selesai, tekan butang “Hantar Permohonan”. Tunggu sehingga permohonan anda diluluskan.

Selesai sudah anda membuat permohonan.

Jumlah Bantuan Yang Diberikan

Kepada mereka yang sudah membuat permohonan dan diluluskan, anda layak menerima sejumlah wang sebanyak RM600.

Wang ini diberikan secara One-off. Oleh itu, anda perlu memastikan:

  1. Maklumat akaun bank yang disertakan semasa permohonan dibuat masih aktif.
  2. Akaun bank adalah hak milik individu pemohon(tidak berkongsi dengan mana-mana pihak).
  3. Maklumat yang diberikan adalah jelas dan tiada kesalahan hatta satu digit nombor.

Tempoh Permohonan

Tempoh permohonan ini adalah selama seminggu sahaja.

  • TARIKH PERMOHONAN DIBUKA: 23 Disember 2021
  • TARIKH PERMOHONAN DITUTUP: 30 Disember 2021

Tempoh Permohonan Bagi Fasa 2

Berita baik untuk semua warga Selangor kerana Bantuan Banjir Zakat Selangor membuka peluang kepada mangsa banjir untuk permohonan bagi fasa 2.

Tarikh permohonan fasa 2 adalah seperti berikut:

TARIKH DIBUKA: 1 Januari 2022, Jam 10.00 pagi.

TARIKH DITUTUP:31 Januari 2022, Jam 2.00- petang.

Diharapkan agar mereka yang tidak berkesempatan membuat permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor ini membuat permohonan dengan segera.

Semakan Status Kelulusan

Bantuan Banjir Zakat Selangor

Untuk membuat semakan kelulusan bantuan banjir zakat selangor, anda boleh melayari laman web di bawah.

Semakan Zakat Selangor

Melalui laman web ini, anda boleh:

  • Semak rekod bayaran zakat.
  • Semak status permohonan zakat.
  • Bayar zakat.
  • Dan lain-lain.

Meskipun anda hanya memohon bantuan banjir, ianya juga dikira sebagai bantuan zakat daripada LZS. Makanya, segala urusan dapat disemak di laman web ini.

Masukkan segala maklumat diminta berdasarkan permohonan yang anda buat.

Tarikh Kelulusan dan Pembayaran

Tarikh kelulusan zakat ini akan dimaklumkan kepada anda sehingga 7 hari bekerja. Selalu buka portal zakat Selangor untuk membuat semakan.

Untu maklumat lanjut, anda boleh bertanyakan kepada pihak Lembaga Zakat Selangor secara terus melalui maklumat di bawah:

  1. Talian hangat: 1-300-88-4343
  2. Portal Laman Utama LZS Peduli.

*NOTIS: Anda juga boleh membaca artikel berkaitan Program Bantuan Banjir Honda, Tips Kereta Tenggelam dan Bantuan RM1000 Cuti Bergaji di sini. Diharapkan agar melalui perkongsian ini mampu membantu anda.

Buat Permohonan Sementara Masih Ada

Diharapkan agar perkongsian artikel pada kali ini membantu warga Selangor yang mengalami masa-masa sulit dalam mengharungi bencana banjir ini.

Dapatkan bantuan zakat ini untuk kebaikan anda sekeluarga. InsyaAllah, akan ada makin banyak pertolongan dan bantuan yang diberikan kepada mereka yang terjejas.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More