Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan e-Wallet RM150 untuk Golongan Belia – eStart 2022

Bantuan e-Wallet RM150 melalui program eStart 2022 akan diberikan kepada golongan belia yang telah diputuskan oleh kerajaan dalam Bantuan Rakyat 2022 ini. Seramai 2 juta golongan belia di seluruh negara akan menikmati manfaat ini. Tujuan program ini adalah untuk meringankan beban kewangan dan menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan akan mengkreditkan sebanyak RM150 secara one-off kepada akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT). “Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih dua juta belia menerima manfaat daripada program ini dan Diharapkan belia dapat menggunakan sebaiknya dengan pembelian buku dan kelengkapan pembelajaran,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Bantuan e-Wallet RM150

Program eStart

  • e-Start adalah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan. Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Mestilah Berumur dari 18 hingga 20 tahun.
  • Sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi secara sepenuh masa.

Jumlah Bayaran e-Start 2022

  • Sebanyak RM150 secara one-off akan diberikan kepada setiap penerima.

Cara Pembayaran

  • Cara pembayaran pula akan dibuat secara pemindahan terus ke dalam akaun e-Dompet/ e-Wallet para belia. Antara akaun e-Dompet yang tersedia adalah Boost, TNG, Grab. Diharap dengan pemberian bantuan ini, ianya dapat meringankan sedikit perbelanjaan seharian para golongan belia.

Rujuk video berkenaan dengan senarai bantuan kerajaan bagi Bajet 2022.

Cara Tebus Bantuan e-Wallet RM150

Sila Rujuk Laman https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat.html untuk update semasa.

Nota : Cara memohon bantuan ewallet ini masih belum diumumkan secara rasmi. Maklumat lanjut mengenai e-Start ini akan dimaklumkan dan dikemaskini oleh Kementerian yang terlibat dari semasa ke semasa.

Senarai Bantuan Golongan Belia Menerusi Bajet 2022

Terdapat pelbagai bantuan dan inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan melalui Bajet 2022. Anda boleh merujuk senarai berikut untuk maklumat lanjut

Bantuan Belia 2022

Bantuan Belia 2022

Bantuan Belia 2022

Soalan Lazim

Adakah golongan bujang yang berumur 20 ke atas tidak layak menerima e-Start?

  • eStart dibayar kepada mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2022 bagi mereka yang menuntut di IPT secara sepenuh masa.

Berapakah jumlah bantuan yang disediakan?

Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai menerusi  applikasi eWallet berikut :

  • Touch n Go eWallet
  • Boost
  • Grab Pay
  • BigPay

Bagaimana untuk memohon?

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat yang akan diumumkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian terlibat dalam masa terdekat nanti.

Untuk mengetahui tentang keseluhuran bantuan rakyat 2021, anda boleh merujuk di BANTUAN RAKYAT 2022 – Intipati Belanjawan Dan Senarai Bantuan. Semoga ianya membantu sedikit sebanyak kepada golongan belia yang menjadi tulang belakang kepada negara kita.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More