Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Ihsan Komputer Agihan 10,000 Laptop Negeri Sabah

Berita baik buat para pelajar sekolah di negeri Sabah kerana sepertimana yang telah diwar – war kan dalam Sabah News, Kerajaan Negeri Sabah akan mengagihkan sebanyak 10,000 komputer riba menerusi Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) untuk pelajar Tingkatan 5 & 6 di negeri ini bermula pada 19 Julai 2021 sehingga 18 Oktober nanti. 

Pemberian komputer riba yang membabitkan peruntukan RM15 juta itu diberikan khusus untuk para pelajar yang menduduki peperiksaan penting pada hujung tahun ini.

Dibawah ini menunjukkan hebahan Bantuan Ihsan Komputer dari Kerajaan Negeri Sabah

Bantuan Agihan 10,000 Laptop Negeri Sabah

Isi Kandungan

Tujuan

Pemberian komputer riba ini akan diagihkan kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini;

  • Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM),
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM),
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

Pengagihan komputer riba  membabitkan 9,842 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), serta 158 pelajar dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).

Tarikh Pengagihan Bantuan Ihsan Komputer

Sepertimana dinyatakan di atas, pengagihan komputer riba bermula pada 19 Julai sehingga 18 Oktober 2021 ini.

Baca Juga: Semakan Kelulusan Bantuan Sabah Prihatin 3.0

Syarat Kelayakan

Antara syarat – syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah adalah:

  • Pelajar sekolah menengah warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
  • Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih Miskin Tegar.
  • Satu komputer untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Pelajar tidak perlu memohon, tetapi akan dikenal pasti dan diagih melalui sekolah masing-masing di seluruh negeri Sabah.

Bantuan Agihan 10,000 Laptop Negeri Sabah

Nota:

Kementerian Tugas-Tugas Khas bertanggungjawab menyediakan senarai pelajar yang terpilih mengikut kriteria yang telah ditetapkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Sabah manakala Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengenal pasti serta menentukan komputer riba yang akan diagih kepada pelajar yang layak. 

 

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berhubung dengan Bantuan Ihsan Komputer Riba (BAIK) ini boleh dilakukan menerusi:

  • Puan Rosni Leong: 088 369865
  • Puan Mary: 088 369 890 / 088 369 872

Anda boleh rujuk pada Sabah News ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More