Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Kembali Ke Sekolah RM100 MBI Mohon Sekarang!

Bantuan Kembali Ke Sekolah bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI masih lagi dibuka hingga 31 Januari tahun hadapan.

Menurut Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI, Ahmad Azri Zainal Abidin, sepatutnya permohonan telah ditutup akhir November lalu, namun ianya akan dilanjutkan sehingga 31 Januari.

Ini bertujuan bagi memberi peluang kepada pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang masih belum melengkapkan senarai pemohon untuk melengkapkannya dan ianya agar dimanfaatkan pada lebih ramai rakyat.

Diikutkan, sebanyak 56 DUN sudah hantar permohonan tetapi ada yang tidak cukup 300 pemohon bagi setiap DUN seperti yang diperuntukkan. Ada DUN yang hantar 40 sahaja, jadi ia adalah kerugian bagi pihak DUN yang tidak cukupkan kuota 300 penerima kerana peruntukkan diberi untuk 300 penerima.

Bantuan kembali ke sekolah mbi
Sumber gambar: Selangor kini.

Menurut SelangorKINI, Ahmad Azri menjelaskan bagi DUN yang sudah lengkap menghantar senarai 300 pemohon namun ada yang ditolak MBI kerana tidak menepati kelayakan, mereka juga boleh menghantar nama lain untuk permohonan baharu.

Inisiatif tunai berjumlah RM100 diperuntukkan untuk bantuan Kembali ke Sekolah MBI kepada 300 penerima bagi setiap DUN. Manakaah had pendapatan pemohon ditetapkan bawah RM4,000 untuk permohonan sesi persekolahan tahun depan berbanding RM2,500 sebelum ini.

Isi Kandungan

Maklumat Penting Bantuan Kembali Ke Sekolah

Tarikh Tutup Permohonan:

  • 31 JANUARI 2023

Kriteria Atau Syarat Kelayakan:

Kriteria penerima bantuan kembali ke sekolah adalah seperti berikut:

  • Ibu atau bapa pelajar lahir dan menetap di negeri Selangor atau bermastautin dan tinggal tetap di negeri Selangor (sekiranya tidak lahir di Selangor, sila kemukakan pengesahan pemastautin);
  • Pendapatan isi rumah adalah RM4,OOO.OO dan ke bawah;
  • Pelajar bakal memasuki sesi persekolahan 2023 di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah sahaja;
  • Bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di Selangor iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Kebangsaan(SK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK);
  • Terhad kepada 2 (dua) penerima untuk setiap keluarga; (kuasa budibicara diberikan kepada pejabat DUN untuk mengurangkan kepada seorang penerima sahaja bagi keluarga/pemohon tertentu bagi menyantuni lebih ramai penerima yang memerlukan)
  • Penerima bantuan kembali ke sekolah mestilah daripada mereka yang tidak menerima bantuan persekolahan atau yang seumpama dengannya dari mana-mana agensi lain seperti Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan lain-lain bagi mengelakkan pertindihan bantuan.

Dokumen Sokongan Diperlukan:

Permohonan perlu disertakan dengan dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan dan surat beranak pelajar
  • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga (sijil kematian atau sijil cerai sekiranya berkaitan)
  • Salinan slip gaji terkini ibu dan bapa/penjaga (sekiranya tiada, pemohon perlu mengemukakan surat akuan pendapatan gaji yang telah disahkan).

bantuan kembali ke sekolah

Cara Memohon:

Pemohon yang memenuhi kriteria atau syarat di atas boleh membuat permohonan dengan mengisi borang yang boleh didapati di SINI dan hantarkan kepada Pejabat Adun masing-masing.

Borang permohonsn bantuan kembali ke sekolah adalah seperti di bawah:

bantuan kembali ke sekolah
Borang boleh didapati menerusi link di atas

Selain borang permohonan maklumat peribadi pelajar dan keluarga, permohon juga dikehendaki mengisi borang pengesahan permaustatian oleh penghulu, ketua kampung, pengerusi JKKK, Nazir masjid, pengerusi Jawatankuasa Penduduk/Tman Perumahan dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Borang adalah seperti di bawah:

Bantuan Kembali Ke Sekolah RM100 MBI Mohon Sekarang! 1

Dan yang terakhir adalah perlu diisi surat akuan pengesahan pendapatan. Pastikan pemohon mengisi borang dengan baik agar tidak menjadi punca permohonan ditolak nanti.

Bantuan Kembali Ke Sekolah RM100 MBI Mohon Sekarang! 2

Penutup

Untuk makluman, inisiatif tunai berjumlah RM100 diperuntukkan untuk bantuan Kembali ke Sekolah MBI kepada 300 penerima bagi setiap DUN dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Peruntukkan akan disalurkan kepada Adun Kawasan masing-masing sebelum diagihkan kepada rakyat atau pemohon yang layak.

Had pendapatan pemohon ditetapkan bawah RM4,000 untuk permohonan sesi persekolahan tahun depan (2023)  berbanding RM2,500 sebelum ini. Ini bertujuan untuk membantu lebih ramai mereka yang memerlukan.

Ibu bapa yang berkelayakan boleh memohon sebelum tarikh ditutup 31 Januari depan dan jangan lupa juga Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang akan disalurkan pada rakyat bermula 12 Januari 2023 nanti. Maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Persekolahan boleh rujuk di SINI.

Follow juga artikel lain bagi mendapatkan info bantuan lain yang berkaitan.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More