Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas Aidilfitri 2022 Buat Penjawat Awam

Bantuan Khas Aidilfitri 2022 buat Penjawat Awam telah diumumkan Perdana Menteri pada hari ini, dan bakal dilaksanakan hujung bulan ini. Ia bakal memberi manfaat kepada lebih daripada 2 juta penjawat awam dan juga pesara kerajaan.

Isi Kandungan

Bantuan Khas Aidilfitri 2022 Buat Penjawat Awam

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini telah mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menghulurkan Bantuan Khas Aidilfitri kepada semua penjawat awam dalam bentuk Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500. Bantuan ini adalah khusus buat penjawat awam dalam kumpulan Gred 56 dan ke bawah, termasuklah kakitangan di bawak skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian juga lantikan di bawah program MySTEP. Selain itu, Bantuan Khas Aidilftri 2022 juga bakal diberi kepada Pesara Kerajaan, dengan bantuan RM250 setiap seorang.

Bantuan khas ini bakal memberi manfaat kepada lebih 2 juta penjawat awam dan pesara kerajaan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta.

Penghargaan Jasa Penjawat Awam

Pada tahun ini, pengumuman Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri telah dibuat lebih awal berbanding tahun sebelumnya. Ini adalah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam menghulurkan bantuan kepada penjawat awam dalam perancangan awal mereka serta persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri kelak.

Pemberian Bantuan Khas Aidilfitri 2022 ini adalah untuk menghargai pengorbanan serta jasa penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab mereka menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia. Kerajaan memberikan bantuan ini dengan harapan ianya dapat meringankan beban kewangan buat penjawat awam dan pesara kerajaan, dan juga dijadikan pemangkin buat mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Jumlah Bantuan Khas Aidilfitri 2022

Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah: RM500

Pesara Kerajaan : RM250

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri 2022

Pembayaran bantuan khas ini akan dilaksanakan pada tarikh pembayaran gaji bulan April iaitu 25 April 2022.

Muat Turun Kenyataan Media Bantuan Khas Aidilfitri 2022

Sumber Kenyataan Media: Laman Web Rasmi Pejabat Perdana Menteri

Sumber Video: Youtube Berita RTM

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More