Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BANTUAN KHAS KEWANGAN PENJAWAT AWAM DAN PESARA

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam dan Pesara secara umumnya akan dibayar sebagai bonus dalam gaji bulan Januari 2022, iaitu pada 25 Januari 2022.

Sejumlah 1.3 juta penjawat awam dan sejuta pesara menerima bayaran bantuan khas kewangan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.3 bilion yang dikreditkan dalam akaun masing-masing bersekali dengan gaji Januari ini.

BANTUAN KHAS KEWANGAN

Terkini, dimaklumkan bahawa pembayaran Bantuan Khas Kewangan 2022 akan ditangguhkan bagi penjawat awam yang tidak mendapatkan dos lengkap vaksinasi COVID-19.

Arahan penangguhan bayaran bantuan sebanyak RM700 itu terkandung dalam pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang bertarikh semalam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata hanya pegawai yang tidak mendapatkan suntikan vaksin berkenaan atas sebab kesihatan dan memperoleh pengesahan pengamal perubatan berdaftar, dikecualikan daripada arahan terbabit.

Beliau menjelaskan, penjawat awam hanya layak dibayar bantuan kewangan itu jika melengkapkan dos vaksinasi COVID-19 selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun depan.

BANTUAN KHAS KEWANGAN

Isi Kandungan

APAKAH BANTUAN KHAS KEWANGAN/BONUS PENJAWAT AWAM 2022?

Menerusi Bajet 2022, seramai 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah akan terima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM700 sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya ketika negara mengharungi tempoh mencabar ini.

Satu juta pesara kerajaan pula akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM350.

Bayaran bantuan khas itu adalah tertinggi sejak 2019 yang mana sebelum ini penjawat awam dan pesara menerima masing-masing RM600 dan RM300 pada Bajet 2021, (RM500 dan RM250 – Bajet 2020 dan Bajet 2019).

“Ia bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini, katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.

Sementara itu, anda juga boleh menyemak status dan jadual pembayaran bagi pelbagai Bantuan JKM.

BERAPAKAH KADAR BAYARAN BANTUAN?

Kadar bayaran bantuan/bonus penjawat awam adalah sebanyak :

  • Penjawat awam: RM700
  • Pesara : RM300

BILAKAH BAYARAN AKAN DIBUAT?

Secara umum, penjawat awam yang layak akan dibayar bersekali dengan gaji bulan Januari 2022, iaitu pada 25 Januari 2022.

bantuan khas kewangan

APAKAH SYARAT-SYARAT KELAYAKAN?

Syarat-syarat kelayakan boleh dirujuk di bawah:

BANTUAN KHAS KEWANGAN

BANTUAN KHAS KEWANGAN

BANTUAN KHAS KEWANGAN

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Akhir kata, bantuan/bonus penjawat awam ini tentunya memberi khabar gembira buat penjawat awam lagi-lagi dengan keadaan ekonomi Malaysia yang semakin meruncing.

Kenaikan harga barang tahun ini begitu merisaukan Semoga kita semua dipermudahkan urusan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More