Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas Aidilfitri Kedah 2022

Bantuan Khas Aidilfitri Kedah 2022 telah diumumkan oleh Menteri Besar Kedah baru-baru ini, dan akan memberi manfaat kepada lebih kurang 5,000 kakitangan awam di negeri Kedah. Bantuan ini melibatkan peruntukan RM5.35 Juta, dengan kadar bantuan RM1,000 setiap seorang.

Bantuan Khas Aidilfitri Kedah 2022
Foto Pejabat Menteri Besar Kedah sumber Kosmo!

Isi Kandungan

Apakah Bantuan Khas Aidilfitri Kedah 2022?

Bantuan Khas Aidilfitri Kedah 2022 adalah satu bentuk bantuan khas dalam bentuk tunai khusus untuk penjawat awam yang bertugas di negeri Kedah, bagi membantu persiapan mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri kelak.

Bantuan Khas Aidilfitri Kedah 2022
Foto Menteri Besar Kedah, Sumber Dari Astro Awani

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, hari ini telah mengumumkan bahawa Bantuan Khas Aidilfitri Kedah 2022 ini telah diluluskan menerusi Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang berlangsung hari ini.

Bantuan Khas ini adalah sebanyak RM1,000 setiap seorang, dan bakal diterima oleh penjawat awam di Negeri Kedah, di pelbagai peringkat dan jawatan dengan peruntukan keseluruhan bernilai RM5.35 Juta. (Sumber : Astro Awani)

Bantuan ini diharap dapat meringankan beban penjawat awam dalam membuat persediaaan menyambut Syawal, serta memberi suntikan semangat untuk mereka teruskan perjuangan mereka dalam perkhidmatan awam. Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri 2022 untuk semua penjawat awam baru-baru ini sebanyak RM500 setiap orang, dan RM250 bagi pesara kerajaan.

Sumber Video: Youtube Berita RTM

Soalan Lazim

Bila Bantuan Khas Aidilfitri Kedah 2022 Akan Dibayar?

Menurut Menteri Besar Kedah dalam kenyataannya yang dipetik dari Utusan Malaysia, bantuan khas Aidilfitri Kedah 2022 ini akan dibuat pembayaran kepada setiap penjawat awam di Kedah pada 28 April 2022 ini. (Sumber: UTUSAN)

Adakah JPKK Kedah Dapat Bantuan Khas Aidilfitri?

Menurut Menteri Besar Kedah dalam pengumuman sama, Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di seluruh negeri Kedah juga bakal menerima bantuan khas sempena Hari Raya Aidilfitri.

Dalam Mesyuarat Exco sama yang telah dipengerusikan oleh beliau, cadangan bantuan khas ini telah diluluskan setelah perbincangan diadakan. Bantuan Khas Aidilfitri Kedah 2022 bagi kategori JPKK ini bakal melibatkan 2,050 orang penerima dengan peruntukan sebanyak RM307,500.

Bagaimana Pembayaran Dibuat?

Menurut Menteri Besar Kedah, bantuan ini akan disalurkan melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing. Belum ada tarikh tepat buat masa ini untuk pembayaran dibuat. Sebarang maklumat terkini akan kami maklumkan kepada anda semua kelak.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More