Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas Aidilfitri Kepada 850000 Pesawah, Petani Dan Nelayan

Bantuan Khas Aidilfitri Kepada 850000 orang yang layak telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Belanjawan 2023 yang lalu.

Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan bagi meringankan beban golongan berkenaan menjelang Aidilfitri dengan kos bernilai RM170 juta.

Isi Kandungan

Bantuan Khas Aidilfitri Kepada 850000 Orang Yang Layak

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan beberapa inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2023. Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara berkata inisiatif tambahan baharu itu melibatkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.

Menurut PM, Belanjawan 2023 termasuk inisiatif baharu ini adalah bukti komitmen Kerajaan Perpaduan untuk membawa perubahan kepada negara Malaysia, selain bukti ketegasan kerajaan untuk menambah baik tadbir urus bagi menjamin menjamin kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Disebabkan tanggungjawab ini besar, PM berkata semua pihak perlu memainkan peranan bagi menjayakannya.

Bantuan Khas Aidilfitri Kepada 850000

Dalam Belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada nelayan dan RM200 sebulan untuk pesawah padi untuk tempoh tiga bulan semusim serta menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan kepada pekebun kecil getah.

Maka nilai bantuan mengikut golongan yang diterima adalah seperti berikut:

  • Nelayan: RM300 + RM200 = RM500
  • Pesawah Padi: RM200 + RM200 = RM400
  • Pekebun Kecil Getah: RM800 + RM200 = RM1,000

Siapakah Yang Layak Menerima Bantuan Khas Aidilfitri Kepada 850000 Orang Ini?

Berikut merupakan senarai yang layak menerima bantuan khas Aidilfitri secara one-off ini:
  1. Pesawah, nelayan laut dan nelayan darat Warganegara Malaysia
  2. Pesawah yang terlibat dalam aktiviti penanaman padi pada tahun 2022 dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)
  3. Nelayan laut yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  4. Nelayan darat yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan dan berdaftar dengan agensi yang dilantik oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat khusus yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)

Maklumat Pembayaran Bantuan Khas Aidilfitri Kepada 850000 Orang Yang Layak

  • Bantuan Khas Aidilfitri Kepada 850000 yang layak secara one-off sebanyak RM200 seorang akan dibayar bermula 10 April 2023.
  • Menerusi kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bayaran kepada pesawah padi dan pekebun kecil getah akan dilakukan menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
  • Manakala, bayaran kepada nelayan laut dan nelayan darat masing-masing menerusi menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

Maklumat Lanjut

Maklumat lengkap tentang bantuan ini telah dikongsikan pada Facebook Jabatan Komunikasi Komuniti dan jika ada sebarang masalah berkaitan bantuan ini, anda boleh menghubungi pihak KPKM dan Jabatan /Agensi KPKM.

Semoga perkongsian tentang Bantuan Khas Aidilfitri Kepada 850000 orang yang layak ini dapat membantu anda yang memerlukan. Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More