Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas BERNAS 2023: RM250 Untuk Pesawah

Bantuan Khas BERNAS berjumlah RM10 juta bagi tahun 2022 akan disalurkan secara berperingkat kepada pesawah. Pemberian diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), YB Tuan Haji Mohamad Sabu tempoh hari.

Siapa Layak Dapat Bantuan Khas BERNAS

  • Pesawah Kelantan
  • Pesawah Terengganu
  • Pesawah Pahang

Menurut YB Mohamad Sabu menerusi hantaran di laman facebook rasmi miliknya, Bantuan khas BERNAS sebanyak RM10 juta bagi tahun 2022 ini akan diberikan kepada tiga buah negeri di Pantai Timur terlebih dahulu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Manakala pesawah di negeri-negeri lain akan menerima apabila baki bantuan khas berjumlah RM50 juta disalurkan. Tambah Mohammad Sabu lagi, MAFS dan agensi di bawahnya sedang memuktamadkan senarai nama dan nombor akaun pesawah di ketiga-tiga negeri bagi memastikan proses penyaluran berjalan lancar.

Berapa Ramai Penerima Bantuan

Seramai 20,598 pesawah akan menerima manfaat daripada sumbangan BERNAS ini yang terdiri dari tiga buah negeri Pantai Timur, Terengganu, Kelantan dan Pahang.

bantuan khas bernas

Jumlah Bantuan Khas BERNAS

Bantuan khas BERNAS ini berjumlah RM250 bagi setiap pesawah. Bantuan akan disalurkan secara berperingkat kepada semua pesawah yang layak.

Tarikh Bayaran 

Pesawah di tiga buah negeri terbabit akan menerima bantuan khas ini selewat-lewatnya pada:

  • 16 Januari 2023

bantuan khas bernas

Penutup

Pada awal Disember lalu, BERNAS bersetuju dengan permintaan YAB Perdana Menteri supaya disediakan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi membantu pesawah di seluruh negara.

Selain bantuan untuk pesawah, kerajaan menerusi kabinet terbaharu ini juga telah mengumumkan pelbagai bantuan lain seperti Bantuan Tunai Rakyat yang mula dibayar Januari ini juga.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More