Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Tunai Rakyat 2023: Semakan Dan Tarikh Bayaran

Bantuan tunai rakyat 2023 yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diteruskan bagi meringan beban rakyat.

Hal itu diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 disember yang lalu. Bayaran yang sepatutnya dibuat pada bulan Mac itu juga diawalkan pada Januari sebagai salah satu langkah kerajaan meringan beban rakyat.

Isi Kandungan

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023

Bayaran fasa satu ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 untuk penerima bujang.

Semestinya bantuan ini akan meringankan beban rakyat dalam menghadapi musibah banjir dan boleh juga digunakan untuk membeli keperluan sekolah serta barangan keperluan asas harian.

Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1

Seperti yang dinyatakan, sebelum ini Bantuan Tunai Rakyat akan mula dilaksanakan dan dibayar padapada bulan Mac 2023 nanti. Namun, dengan rasa ihsan dari kerajaan sedia ada, bantuan dipercepatkan selepas melihat keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi ketika ini. Tarikh bayaran belum dinyatakan tapi sudah pasti pada bulan JANUARI 2023 nanti.

bantuan rakyat tunai
Sumber gambar: Jabatan Penerangan Malaysia

Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rakyat

Perdana Menteri kita dalam ucapan semasa pengumuman hal ini berkata, jumlah bayaran untuk fasa 1 bantuan  adalah:

  • Kategori Isi Rumah (KIR) – RM300
  • Kategori Bujang – RM100

Semakan Dan Permohonan

Sehingga hari ini, tiada sebarang makluman tentang permohonan dan juga semakan. Namun, jika terdapat info berkenaan, kami akan war-warkan dari masa ke semasa.

Semoga setiap dari kita ‘alert’ dengan segala jenis bantuan kerajaan termasuk Bantuan Tunai Rakyat ini dan juga Bantuan Awal Persekolahan yang telah disediakan. Moga semuanya akan mendapat manfaat dari kebajikan terjaga dengan pimpinan kerajaan yang prihatin.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More