Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Khas Guru Tadika Secara One-Off Mulai 15 Ogos 2021

Permohonan Bantuan Khas Guru Tadika sudah pun boleh dibuat mulai tarikh 15 Ogos 2021 yang lalu. Mana-mana guru tadika yang berkelayakan boleh membuat permohonan sekarang. Baca artikel ini untuk ketahui cara permohonan.

Bantuan Khas Guru Tadika

Isi Kandungan

Pakej Kita Selangor 2.0

Pakej Kita Selangor 2.0 telah pun dibentangkan oleh Menteri Besar Negeri Selangor yang ke-16 iaitu Dato’ Seri Amirudin bin Shari. Menurut beliau, pakej ini merupakan kerangkaan yang bernilai RM551.56 Juta ringgit dan memanfaatkan hampir 1.6 juta rakyat Selangor. Diharapkan agar bantuan ini serba sedikit mampu menanmpung keluh-kesah yang diutarakan oleh penduduk rentetan daripada pandemik Covid-19 ini.

3 Strategi Utama

Berdasarkan pembentangan yang dibuat, terdapat 3 strategi utama yang difokuskan dalam Pakej Kita Selangor 2.0 ini. Di bawah strategi demikian, terdapat beberapa jenis bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri.

  • Strategi 1: Menjaga Kebajikan dan Kelangsungan Hidup Rakyat
    1. Program Bakul Makanan.
    2. Penangguhan Bayaran Sewa PPR dan Smart Sewa.
    3. Bantuan Khas Buat Pengusaha dan Guru Pendidikan Awal(Tadika).
    4.  Dan lain-lain.
  • Strategi 2: Menyelamatkan Industri dan Sektor Ekonomi serta Usahawan di Selangor
    1. Program Jaminan Bekalan Makanan.
    2. Program Peningkatan Hasil.
    3. Pinjaman Hijrah Selangor.
    4. Dan lain-lain.
  • Strategi 3: Kawalan Kesihatan Untuk Mengekang Penularan Wabak
    1. “Home Assesment Tool”.
    2. Rebat Pengankutan Bagi Pengambilan Vaksin.
    3. Kawalan Kesihatan di Tempat Kerja.
    4. Dan lain-lain.

Bantuan Khas Guru Tadika 2.0

Maka dengan itu, bantuan guru dan pengusaha tadika ini diberikan kepada mana-mana individu yang berkelayakan bagi membantu mereka. Kita ketahui bahawa tadika telah pun ditutup akibat PKP dan Pandemik Covid-19 ini.

Bantuan Khas Guru Tadika

Tarikh Permohonan Fasa 2

Untuk fasa kedua pada kali ini, tempoh permohonan adalah seperti berikut:

  • TARIKH BUKA: 15 Ogos 2021
  • TARIKH TUTUP: 6 September 2021

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan bantuan khas guru tadika ini, pemohon boleh membuat permohonan melalui Pejabat Pendidikan Daerah di tempat tinggal anda atau Persatuan Tadika Berdaftar. Ikuti langkah di bawah untuk membuat permohonan:

  1. LANGKAH PERTAMA: Guru tadika/pengusaha tadika oergi ke Pejabat Pendidikan Daerah di tempat masing-masing.
  2. LANGKAH KEDUA: Pastikan anda membawa dokumen penting yang berkaitan dengan jawatan anda sebagai guru tadika.
  3. LANGKAH KETIGA: Buat permohonan secara manual di PPD dan tanyakan soalan lanjut mengenai bantuan ini.
  4. LANGKAH KEEMPAT: Tunggu permohonan diproses.
  5. LANGKAH KELIMA: Anda akan dimaklumkan sekiranya permohonan anda sudah pun diluluskan dan akan meneriman one-off RM150/450.

Jumlah Bayaran

Berdasarkan sidang rasmi yang diadakan pada tarikh 9 Jun 2021 yang lalu, bayaran akan diberikan kepada penerima sebanyak:

  • Sejumlah wang RM150.
  • Diberikan secara one-off kepada pemohon yang layak.
  • Boleh bertanyakan soalan lanjut di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

Senarai Pejabat Pendidikan Daerah Mengikut Negeri

Di bawah ini disenaraikan pautan laman rasmi yang boleh anda gunakan bagi menghubungi pejabat daerah di tempat anda berkhidmat. Moga-moga membantu.

NEGERI

LINK PAUTAN

KEDAH

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kedah

PERLIS

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perlis

PULAU PINANG

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Pulau Pinang

PERAK

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak

SELANGOR

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Selangor

NEGERI SEMBILAN

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Sembilan

MELAKA

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Melaka

JOHOR

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor

PAHANG

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Pahang

TERENGGANU

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Terengganu

KELANTAN

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kelantan

SABAH

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Sabah

SARAWAK

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Sarawak

KUALA LUMPUR

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Lumpur

Bantuan Pengusaha Tadika

Permohonan Bantuan Khas Guru Tadika Secara One-Off Mulai 15 Ogos 2021 1

Selain daripada bantuan khas guru tadika, Kerajaan Negeri juga menyediakan bantuan kepada pengusaha-pengusaha tadika di Malaysia yang turut terjejas akibat PKP ini. Berikut merupakan maklumat berkaitan bantuan ini:

  1. Cara permohonan adalah sama seperti bantuan guru tadika.
  2. Pengusaha tadika akan menerima sejumlah wang sebanyak RM450.
  3. Pembayaran wang juga dilakukan secara one-off.
  4. Memanfaatkan hampir kepada 1018 pengusaha tadika di Malaysia.

*NOTIS: Anda juga boleh membaca artikel berkaitan Senarai Pakej Bantuan Kita Selangor dan Bantuan Anak Pelihara JKM. Moga-moga akan membantu anda.

Perkara Rasmi Pakej Kita Selangor 2.0

  • Teks Ucapan Rasmi Menteri Besar

Untuk mendapatkan teks ucapan Menteri Besar Selangor berkaitan Bantuan Khas Guru Tadika, anda boleh memuat turun dokumen di bawah dalam bentuk PDF.

Teks Ucapan Kita Selangor 2.0 Menteri Besar Selangor

  • Infografik Ucapan Rasmi

Untuk mendapatkan infografik berkaitan Bantuan Khas Guru Tadika, anda boleh memuat turun dokumen di bawah dalam bentuk PDF.

Infografik Kita Selangor 2.0 Menteri Besar Selangor

  • Video Sidang Rasmi 

Untuk melihat video sidang rasmi ucapan Menteri Besar Selangor berkaitan Bantuan Khas Guru Tadika, anda boleh memuat turun dokumen di bawah dalam bentuk PDF.

Rakaman Sidang Rasmi Kita Selangor 2.0 Menteri Besar Selangor

Buat Permohonan Bantuan Khas Guru Tadika Sekarang

Bantuan Khas Guru Tadika

Diharapkan agar perkongsian berkaitan bantuan khas guru tadika di bawah pakej Kita Selangor 2.0 ini mampu memberikan keringanan bebanan kepada mana-mana guru tadika. Buatlah permohonan dengan segera sebelum tamat tempoh permohonan. Gunakan segala peluang dan bantuan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya, anda adalah pendidik anak harapan bangsa sedari awal.

Teruskan perjuangan anda untuk meningkatkan kemahiran anak-anak kecil di usia yang sangat muda. Demi pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Anda mampu melakukannya.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More