Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas Kewangan 2023, Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam RM700

Bantuan Khas Kewangan 2023 telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350.

Jelas Perdana Menteri lagi, Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” katanya pada pembentangan Bajet Mini itu hari.

Isi Kandungan

Tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan 2023

Menurut laman facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA):

  • 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑 – 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟕 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟑.

bantuan khas penjawat awam 2023

Siapa Yang Layak Dapat

Kerajaan melalui Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022, telah bersetuju dengan Bantuan Khas Kewangan 2023 kepada:
  • Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah dan
  • Pesara Kerajaan yang menerima pencen
  • Veteran tidak berpencen

bantuan khas kewangan 2023

Syarat lain:

Antara syarat lain mereka yang LAYAK menerima Bantuan Khas Kewangan 2023 ini adalah:

  • Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Gred56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 17 Januari 2023.
  • Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang layak tersebut adalah pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of services (COS), pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.

bantuan khas kewangan 2023

  • Pegawai lantikan MySTEP yang telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2022 dan masih berkhidmat sebagai MySTEP pada 17 Januari 2023
  • Guru interim
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu, tidak disediakan pemandu oleh jabatannya
  • Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.

bantuan khas kewangan 2023

Syarat lain yang layak menerima pencen bonus RM350:

Bagi syarat lain yang layak menerima Bantuan Khas Kewangan 2023 ini  adalah:

  • Pesara atau veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara serta COS dan masih berkhidmat pada 17 Januari 2023 layak dibayar RM700. Walau bagaimanapun, pembayaran sebanyak RM350 akan dibuat oleh JPA/JHEV dan bakinya sebanyak RM350 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.
  • Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 17 Januari 2023.

Bantuan Khas Kewangan 2023, Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam RM700 1

Manakala mereka yang tidak layak menerima bonus ini adalah juga boleh dirujuk pada lampiran yang telah kami kongsikan bersama.

Bantuan Khas Kewangan 2023, Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam RM700 2

 

 

Rujukan

Surat Edaran JPA.800-3/2/4 (17) bertarikh 27 Disember 2022 di pautan: Bantuan Khas Kewangan 2023

Sebarang pertanyaan boleh hubungi emel pertanyaan:

Sebarang info lain seperti jawapan kepada persoalan biasa boleh dirujuk terus di link di SINI.

Namun, untuk info lain seperti Tarikh Bayaran Bantuan Awal Persekolahan boleh dirujuk pada posting sebelumnya di SINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More