Sumber Rujukan Globalisasi Anda

JKM 2022 – SEMAKAN STATUS DAN JADUAL BAYARAN

Jabatan Kebajikan Masyarakat atau JKM  menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan bagi membantu rakyat Malaysia demi meringankan bebanan hidup terutamanya apabila ditimpa kesusahan.

Pemberian bayaran bantuan JKM ini bertujuan supaya rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna di samping membantu rakyat ke arah pemulihan, pencegahan, serta pembangunan modal insan.

Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

BILAKAH TARIKH PEMBAYARAN JKM 2022?

  • Bayaran bagi Bulan JANUARI 2022 akan dikreditkan kepada penerima mulai 1hb-10hb Januari 2022.

JKM

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT SEMAKAN?

Jika anda merupakan penerima tetap bayaran bantuan JKM, anda boleh membuat semakan dengan mudah melalui eMaklum. eMaklum merupakan sebuah portal yang menyenaraikan semua jenis bayaran bantuan daripada kerajaan. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui GAMMA. Berikut kami kongsikan cara-cara membuat semakan di eMaklum.

  1. Layari laman web eMaklum.
  2. Masukkan nombor IC/Kad Pengenalan anda.
  3. Pilih tarikh semakan.
  4. Tekan semak.
  5. Bayaran yang diterima akan dipaparkan. Boleh klik pada perincian untuk tengok detail.

JKM

APAKAH BANTUAN JKM TERSEBUT DAN BERAPAKAH KADAR BAYARAN?

Terdapat beberapa jenis bantuan yang boleh dimohon di JKM, sama ada secara bulanan atau sekaligus mengikut kategori di bawah.

1)BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

2)ELAUN PEKERJA CACAT

  • KADAR : RM400 sebulan seorang.

3) BANTUAN OKU TIDAK BERUPAYA KERJA (BTB)

  • KADAR : RM250 seorang sebulan.

4) BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR/PESAKIT KRONIK TERLANTAR (BPT)

  • KADAR : RM350 sebulan seorang

5) BANTUAN ORANG BUTA (BOT)

  • KADAR : RM350 sebulan seorang

6) BANTUAN AM PERSEKUTUAN

  • KADAR : RM100 sebulan seorang.  Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.

7) BANTUAN ANAK PELIHARA (BAP)

  • KADAR : RM250 sebulan seorang kanak-kanak.  Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

8) BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)

  • KADAR : RM200 sebulan seorang.

9) BANTUAN GERAN PELANCARAN (GP)

10) BANTUAN ALAT TIRUAN/ALAT SOKONGAN (BAT)

  • KADAR : Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.
  • JENIS PERALATAN TIRUAN / ALAT SOKONGAN :
    • Anggota Palsu
    • Kerusi Roda
    • Alat Bantu Pendengaran
    • Alat-alat Keperluan Lain
    • Penggantian / Baik Pulih Alat
    • Jenis Peralatan yang berkaitan (Klik Lampiran)

11) TABUNG BANTUAN MANGSA SERANGAN BINATANG BUAS

  • KADAR : Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal. Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.

jkm

CARA MEMBUAT PERMOHONAN ONLINE

  1. Layari laman web eBantuanJKM;
  2. Daftar permohonan mengikut negeri
  3. Isikan nombor kad pengenalan
  4. Isikan borang berkaitan

Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan untuk hadir ke Pejabat JKM terdekat boleh menyebabkan permohonan gagal dibuat.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN?

Antara dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro);
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan).

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Berikut adalah cara membuat semakan status permohonan bantuan JKM :

  1. Log masuk ke laman web rasmi eBantuanJKM
  2. Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian’
  3. Sila masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang Semak.

MAKLUMAT LANJUT :

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi :

  1. Laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  2. Hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di talian 03-8000 8000

Alhamdulillah, syukur apabila kita dapati banyak juga bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan Malaysia kita. Semoga dengan adanya bantuan-bantuan ini dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More