Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Senarai Bantuan Khas Nahas Bas Di Gerik Melibatkan Pelajar UPSI

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai bantuan khas nahas bas dan sebuah kereta di Gerik yang melibatkan pelajar UPSI pada baru-baru ini.

Isi Kandungan

Bantuan Khas Nahas Bas & Sebuah Kereta Di Gerik

Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan khas sebanyak RM 10,000 kepada waris mangsa yang terkorban dalam tragedi nahas bas di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun Berhampiran Tasik Banding, di Gerik, Perak dan telah mengorbankan 15 nyawa pelajar UPSI dan mencederakan 37 yang lain ketika tragedi tersebut.

Bantuan khas berjumlah RM 5,000 pula akan disalurkan kepada mangsa yang cedera.

Bantuan itu bukan sahaja sebagai menandakan keprihatinan Kerajaan, tetapi juga bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh waris serta mangsa yang terlibat.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Peguam Negara untuk meneliti aspek insurans bagi membantu keluarga mangsa daripada segi tuntutan dan perlindungan yang sewajarnya.

Senarai Bantuan Khas Nahas Bas Di Gerik Melibatkan Pelajar UPSI 1
Bantuan Khas Nahas Bas

Bantuan KPT Kepada Mangsa Nahas Bas Melibatkan Pelajar UPSI

Bantuan segera Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kepada mangsa nahas bas melibatkan pelajar UPSI melalui Yayasan Perkasa Siswa (YPS) juga disalurkan.

KPT salur bantuan segera sebanyak RM 2,000 kepada waris pelajar yang meninggal dunia dan RM 1,000 kepada pelajar yang cedera.

Selain itu, daripada 15 mangsa pelajar UPSI yang meninggal dunia dalam nahas bas di Gerik tempoh hari, 13 orang pelajar dikenalpasti sebagai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kesemua 13 pelajar tersebut mendapat manfaat penyelesaian keseluruhan hutang pinjaman mereka melalui Skim Perlindungan Takaful Berkelompok pinjaman pendidikan PTPTN.

Selain itu, kesemua 13 waris ini juga akan menerima khairat kematian berjumlah RM 1,500 bagi setiap pelajar.

Senarai Bantuan Khas Nahas Bas Di Gerik Melibatkan Pelajar UPSI 2
Bantuan Khas Nahas Bas

Tindakan Kerajaan Terengganu Bantu Mangsa Nahas Pelajar UPSI

Sebagai tanda keprihatinan dan solidariti terhadap mangsa tragedi nahas bas UPSI, Kerajaan Negeri Terengganu juga mengambil langkah pantas dan menyeluruh demi membantu mereka yang terlibat.

Antara bantuan-bantuan yang disalurkan kepada mangsa yang terlibat daripada Kerajaan Negeri Terengganu adalah seperti berikut:

Bantuan Tunai RM78,000RM 3,000 untuk 15 keluarga mangsa yang maut dan RM 1,000 untuk 33 mangsa yang cedera.
Kos Pengebumian & Pengurusan Jenazah Ditanggung SepenuhnyaKerajaan Negeri menanggung sepenuhnya segala perbelanjaan berkaitan pengurusan jenazah dan pengebumian ke kampung halaman mangsa.
Pembiayaan Kos Pembedahan Mangsa CederaBagi mangsa yang memerlukan rawatan lanjut seperti pembedahan, kos perubatan ditanggung Kerajaan.
Sokongan PsikososialKhidmat kaunseling dan bantuan psikologi disediakan kepada mangsa yang terselamat dan ahli keluarga.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan penyaluran bantuan khas ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Kerajaan Negeri turut merakamkan rasa dukacita yang mendalam terhadap tragedi ini. 

Kerajaan Negeri turut menyeru seluruh rakyat Negeri Terengganu agar terus mendoakan kesembuhan mangsa yang masih dirawat dan mendoakan ketabahan buat semua ahli keluarga yang terkesan.

“Allah tarik 15 nyawa untuk sedarkan kita semua”

Tragedi ini adalah panggilan dari Allah SWT untuk kebaikan hidup umatnya selepas ini.

Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Dia mengizinkan sesuatu berlaku agar manusia kembali merenung dan bermuhasabah.

Senarai Bantuan Khas Nahas Bas Di Gerik Melibatkan Pelajar UPSI 3

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More