Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam Dan Pesara 2023

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam Dan Pesara 2023 akan diberikan dalam masa terdekat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam Dan Pesara 2023 ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi Madani pada 27 Julai 2023, baru-baru ini.

Kerajaan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam, bergantung kepada kemampuan kewangan. Sementara ia diperincikan, Kerajaan menyediakan Bantuan Khas Penghargaan untuk Penjawat Awam dan Pesara.

Permulaan ini diharap akan menyuntik semangat untuk memberikan perkhidmatan terbaik sekali gus melaksanakan pembaharuan Ekonomi Madani.

Isi Kandungan

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam Dan Pesara 2023

Kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM200 pula akan diberikan kepada pesara Kerajaan, termasuk

  • pesara berpencen;
  • penerima pencen terbitan;
  • pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);
  • pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen;
  • veteran berpencen; dan
  • veteran tidak berpencen.

Katanya, bantuan yang memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara itu akan diberikan dalam tempoh dua minggu dan sebagai permulaan sementara menunggu proses pelarasan gaji dan elaun penjawat awam selesai diperincikan.

Sementara kajian gaji dan elaun diperincikan, Kerajaan akan menyediakan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara Kerajaan.

Di samping itu, terdapat beberapa inisiatif lain yang telah diumumkan PM pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani baru-baru ini. Antaranya:

  1. Kredit e-Tunai RM100 kepada rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
  2. Tambahan RM100 juta geran padanan digitalisasi bagi membantu PMKS.
  3. Biasiswa dan pendidikan sekolah berasrama penuh akan mengutamakan golongan berpendapatan rendah.
  4. Tambahan RM400 juta pinjaman mikro.
  5. Tambahan RM800 juta bagi penyelesaian jangka pendek isu air di Kelantan dan Sabah.
  6. Bantuan Khas Penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara Kerajaan.
  7. Menyediakan jaminan pembiayaan sehingga 120% dari harga rumah bernilai sehingga RM300,000.

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam Dan Pesara 2023

Tarikh Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam Dan Pesara 2023 Mula Disalurkan

  • Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam Dan Pesara 2023 ini akan disalurkan dalam tempoh 2 minggu lagi dari hari pengumuman dibuat oleh PM (jangkaan sekitar minggu pertama atau minggu kedua bulan Ogos).
  • Sila rujuk video sedutan pengumuman PM melalui video di bawah.

Sumber: Harian Metro

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam Dan Pesara 2023 ini, boleh dirujuk melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut berkenaan pemberian Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam Dan Pesara 2023 baharu ini dalam masa terdekat.

Diharapkan ini nanti dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More