Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas RM400 Untuk Kakitangan Awam Negeri Kedah

Bantuan Khas RM400 akan diberikan kepada semua kakitangan awam negeri Kedah sebagai penyuntik semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada negeri Kedah Darul Aman.

Kerajaan negeri Kedah telah memutuskan untuk memberi Bantuan Khas RM400 kepada semua kakitangan awam negeri yang akan dibayar pada pertengahan September ini.

Isi Kandungan

Bantuan Khas RM400 Untuk Semua Kakitangan Awam Negeri Kedah

Pada 23 Ogos lalu, Kerajaan negeri Kedah telah memutuskan untuk memberi Bantuan Khas RM400 kepada kakitangan awam negeri itu yang akan dibayar pada 14 September 2023 ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sejumlah 5,600 kakitangan awam kerajaan negeri akan menerima manfaat itu melibatkan peruntukan kira-kira RM2.08 juta.

“Ada keputusan besar juga yang telah diputuskan sebentar tadi iaitu pemberian bantuan khas kepada kakitangan awam kerajaan negeri. Kerajaan negeri putuskan pemberian bantuan khas kepada kakitangan awam ini kerana Perdana Menteri telah umumkan pemberian ini di Persekutuan sebanyak RM300 sebelum ini. Jadi, kita beri kakitangan awam kerajaan negeri RM400,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco pertama penggal ini kepada Bernama pada 23 Ogos lalu di Wisma Darul Aman.

Bantuan Khas RM400

Bantuan Ini Selaras Dengan Bantuan Khas Penghargaan Perdana Menteri

Datuk Seri Muhammad Sanusi menyatakan bantuan itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak, manakala RM200 kepada pesara kerajaan pada 27 Julai lalu.

Bantuan itu memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara sementara menunggu proses pelarasan gaji dan elaun penjawat awam diperincikan.

Menurutnya, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak mengikuti langkah kerajaan Persekutuan ketika itu kerana pembayaran dibuat terlalu hampir dengan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan dibimbangi ia dikaitkan dengan sogokan pilihan raya.

“Namun kita tak buat waktu itu kerana bimbang ia jadi sogokan pilihan raya, jadi keputusan dibuat untuk agihkan selepas PRN berakhir,” katanya lagi.

Sementara itu, Datuk Seri Muhammad Sanusi berkata pelantikan 10 Exco Kedah baharu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sangat membantu beliau dalam meneruskan agenda pembangunan serta pentadbiran negeri.

Credit Sumber: BERNAMA TV

Harapan Penulis

Diharapkan info tentang Bantuan Khas RM400 ini nanti dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kakitangan awam negeri Kedah.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More