Bantuan Khusus Untuk Artis
Isi Kandungan
Bantuan Khusus Untuk Artis : Persatuan Seniman ‘Demand’ Pelbagai Dana Khas Dari Kerajaan dan ‘Bantuan Khusus’ Untuk Artis
Disaat negara kita berada keadaan yang genting (penulis rasa memang genting) untuk menangani Penularan Wabak COVID-19 ini, pelbagai isu timbul. Lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri kita telah mengumumkan tentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat baru-baru ini.
Dalam situasi sebegini, masih ada pihak yang ‘claim’ hak istimewa mereka sebagai artis yang banyak memberi pengorbanan dalam memberikan hiburan kepada seluruh rakyat selama ini tidak dihargai.
Kecoh di media sosial sejak minggu lalu apabila ada beberapa artis menyuarakan bahawa golongan selebriti juga sewajarnya mendapat bantuan khusus daripada kerajaan kerana “tiada job” ekoran lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Susulan itu, baru-baru ini Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) telah menyenaraikan beberapa bantuan secara ‘one off’ yang ingin diminta daripada pihak kerajaan buat penggiat seni.
Cadangan SENIMAN kepada Pihak Kerajaan Melalui Agensi FINAS dan Kementerian Komunikasi Multimedia Bantuan Khusus COVID-19
Apakah bentuk bantuan one off kepada penggiat Seni 2020 penggiat seni filem, drama dan muzik perlukan? Dan bagaimana SENIMAN dapat mencadangkan bantuan yang bersesuaian melalui Kementerian Komunikasi Multimedia menerusi pakej Rangsangan Ekonomi 2.0 COVID-19?
- Cadangan Projek Inisiatif -Pakej Rangsangan Ekonomi 2.0 COVID-19 KKMM (Bantuan Kecemasan) – Cadangan Nama Bantuan? BANTUAN KHAS COVID-19 PENGGIAT SENI MALAYSIA (COVIDSENI-2020)
- BANTUAN KHAS E-TUNAI ATAU TUNAI RM500 HINGGA RM1000 MENGGUNAKAN PEMBAYARAN MELALUI ELECTRONIC FUND TRANSFER(EFT) Saraan(Mengikut kriteria) Semasa krisis (untuk bayaran keperluan rumah seperti beras, mineral water dan barang keperluan penting semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
- “Skim Kerugian Seni” bantuan kerugian dari minRM1000 ke RM3000 menanggung kerugian penangguhan penggambaran, promosi, persembahan dan yang lain-lain melalui PKP dan segala kerja seni tertangguh dan mengalami kerugian skim ini sebagai jaminan.
- Baucer keperluan diri dan rumah untuk anak seni, jaminan kerajaan melalui KPDHEP dengan kerjasamapasaraya seperti TESCO, GIANT, NSK, MYDIN dan sebagainya.
- Pemeriksaan COVID-19 kesihatan percuma untuk penggiat seni di hospitalkerajaan dan swasta(yang memerlukan saja)
- Dana khas persatuan seni bagi kempen COVID-19 untuk membantu kerajaan memberi penerangan kepada rakyat dengan lebih berkesan.
- Sistem bantuan penggiat seni yang tidak mempunyai KWSP. Bantuan kewangan khas sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh maksimum 6 bulan yang diberikan kepada penggiat seni Malaysia
Jika penulis baca dan teliti dengan senarai permintaan pihak SENIMAN ni, memang agak ‘over’ memandangkan kerajaan masih dan sedang bertungkus-lumus menangani isu COVID-19. Mereka masih sempat menyusahkan kerajaan dengan meminta itu ini tanpa memikirkan, masih banyak perkara penting yang lebih perlu diberi bantuan.
Jika pihak mereka hanya memikirkan ‘kepentingan’ mereka sahaja, bagaimana dengan generasi muda kita terutamanya para pelajar-pelajar dan murid-murid sekolah? Generasi muda kita lebih penting sebagai pelapis di masa hadapan. Atau pihak KKM selaku barisan hadapan kita
Pelbagai komen dari netizen yang penulis sempat baca dimedia sosial , antaranya:
“Artis negara lain beri sumbangan, artis Malaysia sibuk minta derma”
“Apa keistimewaan artis? Pentingkan diri”
“Frontliner dan staf KKM yang berkorban, pertaruhkan nyawa tak ada demand”
Ada juga netizen membandingkan selebriti Malaysia dengan artis daripada negara luar dimana mereka memberikan pelbagai sumbangan bagi membantu mangsa COVID-19. Namun, artis tempatan pula meminta daripada kerajaan.
Mereka berharap pihak kerajaan memberikan fokus kepada mereka yang lebih memerlukan berbanding golongan selebriti.
Dengan gaya hidup artis tanah air yang serba mewah, sudah pasti ada yang mempertikaikan kenapa mereka perlu menerima insentif kerajaan. Apa-apa pun, kalau hendak minta bantuan pun, biarlah berpada.
Kata netizen lagi, apa pengorbanan dilakukan para artis sehingga perlu meminta bermacam dana khas, sedangkan pegawai perubatan yang kini bertungkus lumus serta pertaruhkan nyawa untuk COVID-19 tiada langsung meminta apa-apa.
Tidak kurang juga ada yang membandingkan artis Malaysia dengan artis luar negara yang tidak langsung meminta sebaliknya memberikan bantuan buat rakyat mereka yang lebih memerlukan.