Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BANTUAN LAPTOP DAN INTERNET PERCUMA UNTUK GOLONGAN B40

Kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membantu memudahkan proses pembelajaran terutama bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS yang terkesan akibat dari penularan wabak Covid19. Para pelajar dikehendaki melaksanakan proses pembelajaran mereka dari rumah secara atas talian di mana ia memerlukan pelajar-pelajar ini untuk mempunyai kemudahan Komputer riba dan akses internet yang baik.

Untuk pengetahuan anda semua, Menteri Pengajian Tinggi iaitu YB Dato’ Dr Noraini Ahmad telah mengumumkan Bantuan Laptop Dan Internet Percuma bagi para pelajar B40 yang berkelayakan.

Bantuan Laptop Dan Internet Percuma

Pelajar tidak perlu membuat permohonan untuk bantuan ini kerana pihak universiti sendiri akan menghubungi setiap pelajar yang layak untuk menerima bantuan ini.

Bantuan Laptop Dan Internet Percuma
Prof Dr Hafizan menyerahkan simkad Bantuan Pelan Data Internet Percuma kepada penuntut secara pandu lalu di UniSZA. – Foto/Ahmad Rabiul Zulkifli

Jenis Bantuan

  1. Pinjaman komputer riba
  2. Bantuan komputer riba percuma
  3. Bantuan kewangan istimewa
  4. Pemberian wang tunai

Pakej Pelan Data Internet

Bagi memohon pelan data internet, pelajar tidak perlu membuat permohonan kerana pihak universiti sendiri akan memaklumkan kepada pelajar yang layak. Pelajar akan dihubungi dan diberikan kad sim atau ada juga bantuan yang diberikan dalam bentuk wang tunai yang dikreditkan terus ke akaun pelajar.

Bantuan Komputer Riba

Untuk anda yang ingin mendapatkan bantuan khas computer riba (untuk pelajar IPT shj), boleh klik link di bawah :

  1. Computer riba acer : https://store.acer.com/en-my/promotion/students
  2. Computer riba Samsung : https://shop.samsung.com/my/samsung-education-store
  3. Computer riba Apple : https://www.apple.com/my/education/higher-education/

Jika pelajar ingin memohon pakej data internet khas pelajar, mereka boleh mengunjungi mana-mana cawangan telco seperti Celcom,Maxis atau Digi yang berdekatan dan mengemukakan kad pengenalan bersama kad pelajar/matrik.

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan BANTUAN LAPTOP DAN INTERNET PERCUMA UNTUK GOLONGAN B40 memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Menarik Untuk dibaca: BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) ONE-OFF RM 100 BAGI SESI 2021

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More