Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BANTUAN MANGSA BANJIR DI PAHANG – RM200 SEBULAN SEHINGGA 6 BULAN

Bantuan Mangsa Banjir di Pahang ini adalah bantuan yang diberikan khas kepada mangsa banjir di Pahang yang kehilangan kediaman dalam kejadian tersebut. Bantuan ini akan diberikan sebanyak RM200 sebulan selama enam bulan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata bantuan berkenaan akan diberikan kepada ketua isi rumah untuk digunakan bagi memulakan hidup selepas bencana itu.

“Kerajaan negeri sedang mengumpulkan data mengenai mereka yang kehilangan kediaman dalam banjir ini. Kita akan mendapatkan data daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pejabat daerah.

“Apabila permohonan mereka diproses, mereka yang layak akan menerima RM200 sebulan untuk enam bulan. Ini adalah usaha kerajaan negeri membantu mereka,” katanya.

Ini merupakan satu lagi usaha murni dari Kerajaan Pahang demi membela nasib rakyat yang terkesan.

BANTUAN MANGSA BANJIR DI PAHANG

Sumber : HARIAN METRO

APAKAH BANTUAN MANGSA BANJIR DI PAHANG?

Bantuan ini adalah bantuan yang diberikan khas kepada mangsa banjir di Pahang. Mangsa banjir di negeri Pahang yang kehilangan kediaman dalam bencana banjir baru-baru ini akan menerima bantuan RM200 sebulan selama enam bulan bagi meringankan beban mereka.

BAGAIMANAKAH CARA MEMOHON BANTUAN MANGSA BANJIR DI PAHANG?

Berikut kami kongsikan dengan lebih lanjut tentang cara-cara membuat permohonan bantuan banjir bagi mangsa-mangsa terjejas di negeri Pahang.

  1. Membuat pendaftaran : Kategori 1 bagi mangsa yang berpindah ke PPS haruslah mendaftar di PPS manakala kategori 2 bagi mangsa yang tidak berpindah perlu mendaftar dengan PBT dan JPKK Setempat.
  2. Bagi kategori 2, borang hendaklah dihantar kepada pengerusi JPKK atau PBT.
  3. Pihak JPKK/PBT akan menyerahkan permohonan tersebut kepada pengerusi JPBD untuk permohonan peruntukan.
  4. Pihak Kerajaan Negeri/NADMA akan meluluskan permohonan.
  5. Bantuan akan disalurkan oleh pengerusi JPBN kepada mangsa banjir yang terjejas.

bantuan mangsa banjir di pahang

PROSEDUR PENYALURAN BANTUAN KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

  1. Bagi memudahkan mangsa yang terjejas membuat pendaftaran dan proses penyaluran bantuan kepada mangsa yang tidak berpindah, borang boleh diperolehi dan dihantar terus melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat.
  2. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui menu Pengumuman di Portal Rasmi Negeri Pahang dan Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Pahang.
  3. Atau dimuat turun melalui pautan di bawah;

MUAT TURUN BORANG PENDAFTARAN MANGSA BANJIR

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan JPKK di dalam senarai PDF seperti di bawah :

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terjejas dengan banjir terutamanya mereka yang tinggal di Pahang. Banyak kerugian yang mereka terpaksa tanggung dan baiki, lebih-lebih lagi infrastruktur rumah dan kenderaan.

Gunakan bantuan ini dengan sebaik mungkin sekiranya anda adalah salah seorang yang lulus dan berjaya mendapat bantuan ini. Jangan berputus asa kerana masih ramai dan banyak organisasi diluar sana yang turut bersedia untuk memberi bantuan.

Anda juga boleh membuat Permohonan Bantuan Wang Ihsan RM1000 buat isi rumah yang terjejas banjir.

Bersama-sama kita saling membantu dalam mengharungi ujian yang berat ini.

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More