Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Wang Ihsan RM1000 Buat Isi Rumah Terjejas Banjir

Bantuan Wang Ihsan RM1000 boleh dibuat permohonan mulai sekarang. Dapatkan cara membuat permohonan di sini. Untuk maklumat lanjut, sila baca artikel ini.

Bantuan Wang Ihsan RM1000

NADMA

NADMA adalah singkatan kepada National Disaster Management Agency atau dalam bahasa Melayunya adalah Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri.

Agensi ini akan menguruskan perihal bencana alam yang berlaku di negara kita. Bantuan-bantuan akan disalurkan kepada mereka yang terlibat dalam sebarang kejadian bencana alam dan memerlukan sokongan kewangan.

Baru-baru ini, beberapa kawasan dalam negara kita mengalami bencana alam yang tidak dapat dielakkan. Malangnya, hampir sebilangan mangsa banjir menghadapi kerugian yang agak besar. Bahkan sehingga ada yang kehilangan nyawa.

Moga-moga mereka ditempatkan dalam kalangan yang baik-baik sahaja.

Bantuan Wang Ihsan RM1000

Maka dengan itu, pihak NADMA menyatakan bahawa mangsa banjir yang terlibat boleh membuat permohonan bantuan wang ihsan sebanyak RM1000. Bantuan ini diharapkan mampu membantu meringankan serba sedikit bebanan yang ditanggung oleh mereka.

Dalam satu sidang media baru-baru ini, perdana menteri DS Ismail Sabri menyatakan bahawa sejumlah wang 100 juta ringgit Malaysia diperuntukkan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam bencana banjir.

Wang ini diharapkan agar mampu membaiki infrastruktur dan rumah kediaman yang rosak ditimpa banjir.

Kepada mereka yang terlibat, ambillah peluang ini untuk membuat permohonan dengan segera.

Syarat Kelayakan

Untuk membuat permohonan bantuan wang ihsan RM1000 ini, terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi.

Bantuan Wang Ihsan RM1000

Antara syarat kelayakannya adalah seperti:

  1. Pemohon mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia yang sah.
  2. Pemohon menjadi MANGSA banjir atau bencana SEMASA kejadian berlaku.
  3. Pemohon mendiami rumah kediaman sendiri/rumah sendiri.
  4. Mendaftarkan nama yang lengkap menggunakan nama KIR(Ketua Isi Rumah).
  5. Pemohon mestilah ketua isi rumah sahaja.

*NOTIS:

Bantuan wang ihsan RM1000 ini hanya boleh dimohon sekali sahaja sepanjang tempoh bencana alam yang berlaku. Sekiranya bencana alam menimpa anda beberapa kali dalam musim tengkujuh ini, maka tiada permohonan lain yang dibolehkan.

Tiada permohonan bantuan wang ihsan RM1000 ini buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Maka rancanglah kegunaan wang bantuan Ihsan ini dengan sebaik mungkin.

Cara Permohonan

Bagaimanakah caranya untuk Ketua Isi Rumah membuat permohonan bantuan ini?

Ingin diingatkan bahawa permohonan adalah secara MANUAL sahaja. Tiada permohonan secara atas talian yang dibolehkan.

Terdapat 2 kategori yang dikelaskan bagi memohon bantuan ini, iaitu:

KATEGORI 1: Berpindah Ke Pusat Pemindahan Sementara

Kepada mereka yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara(PPS) di mana-mana kawasan anda, anda perlu merujuk ke petugas PPS masing-masing.

Dapatkan bantuan daripada mereka supaya anda mudah untuk membuat permohonan bantuan ini.

Permohonan boleh dibuat di Pejabat Daerah masing-masing sahaja.

KATEGORI 2: Tidak Berpindah Ke Pusat Pemindahan Sementara

Mereka yang tidak berpindah ke PPS, tetapi turut terkesan dengan bencana ini, anda boleh membuat permohonan kepada Pegawai Daerah atau Ketua Komuniti masing-masing.

Dapatkan surat permohonan di sana.

Pengesahan kelulusan bantuan ini akan disahkan oleh:

  1. Pegawai Daerah.
  2. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah(JPBD).

Kadar Bantuan

Berapakah kadar bantuan Wang Ihsan yang diperuntukkan kepada mereka yang terkesan akan banjir ini?

Adakah mereka boleh memohon nilai bantuan mengikut keperluan atau berdasarkan kadar gaji purata mereka?

Tidak, mereka akan diberikan kadar bantuan yang sama kepada semua pemohon bantuan ini.

Bantuan Wang Ihsan RM1000

Bantuan Wang Ihsan RM1000 ini akan diberikan kepada mana-mana pemohon yang terlibat dalam bencana alam. Mereka akan menerima sejumlah wang RM1000 sahaja.

Tiada kurang dan tiada lebih.

Bantuan Wang Ihsan RM5000

Sejumlah RM5000 pula boleh dimohon oleh mangsa banjir yang kehilangan ahli keluarga akibat bencana alam ini.

Moga-moga mereka akan sentiasa kuat dan cekal mengharungi dugaan ini.

Dokumen Yang Diperlukan

Untuk membuat permohonan, segala urusan akan dikendalikan oleh pihak berikut:

  1. Mereka yang berpindah ke PPS akan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Ini adalah tertakluk kepada mereka yang membawa kad pengenalan bersama mereka semasa pendaftaran.
  2. Mereka yang berpindah ke PPS tanpa membawa kad pengenalan, mereka akan dikendalikan oleh ketua-ketua masyarakat yang terlibat.
  3. Mereka yang tidak terlibat dengan pemindahan ke PPS, perlulah merujuk kepada Ketua Daerah masing-masing untuk mendapatkan senarai semak dokumen yang diperlukan.

Prosedur Pemberian Wang

Apabila permohonan bantuan wang ihsan RM1000 anda diluluskan, pembayaran akan dibuat seperti turutan di bawah:

Bantuan Wang Ihsan RM1000

  • PERTAMA: PENDAFTARAN

Setiap mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS akan mendaftar terlebih dahulu. Maka dengan itu, secara tidak langsung nama mereka tersenarai yang layak bagi memohon bantuan ini.

  • KEDUA: PENGESAHAN

Pengerusi JPBD akan membuat pengesahan kepada senarai permohonan yang dihantar oleh mangsa banjir.

  • KETIGA: PERMOHONAN PERUNTUKAN

Pengerusi JPBN akan membuat permohonan peruntukan berdasarkan bilangan permohonan yang disahkan oleh Pengerusi JPBD kepada pihak NADMA.

  • KEEMPAT: KELULUSAN

Pihak NADMA akan memberi kelulusan akhir untuk permohonan bantuan ini.

  • KELIMA: PENYALURAN

Wang yang diluluskan akan disalurkan kepada Pengerusi JPBN untuk agihan wang.

  • KEENAM: PENGAGIHAN KEPADA MANGSA

Pengerusi JPBD akan menguruskan fasa terakhir iaitu agihan wang RM1000 kepada mangsa yang lulus dalam permohonan ini.

Soalan Lazim Bantuan Ihsan RM1000

Sekiranya anda masih mempunyai keraguan dan pertanyaan berkaitan bantuan ini, anda boleh membaca FAQ yang disediakan di bawah.

Ini merupakan himpunan soalan dan jawapan yang sudah dikeluarkan bagi menjawab persoalan anda semua.

Bantuan Wang Ihsan RM1000

*NOTIS: Selain daripada bantuan Wang Ihsan RM1000, anda juga boleh membuat permohonan berkaitan Bantuan Zakat Selangor RM600, Bantuan Elaun HONDA dan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN.

Hubungi Pejabat Daerah

Bagi 2 negeri berikut, anda juga boleh menghubungi pejabat daerah anda bagi bertanyakan berkaitan bantuan ini.

NEGERI

DAERAH

NOMBOR TELEFON

 

 

 

SELANGOR

KLANG

03-3371 6700

PETALING

03-7841 9462

KUALA LANGAT

03-3182 2555

HULU LANGAT

03-8911 5078

SEPANG

03-8706 1212

GOMBAK

03-26923626

KUALA SELANGOR

03-3289 6225

HULU SELANGOR

03-6064 5262

SABAK BERNAM

03-32247058

 

 

 

 

 

PAHANG

KUANTAN

09-572 4351

PEKAN

09-422 1128

ROMPIN

09-414 1759

MARAN

09-477 1196

TEMERLOH

09-290 2819

BERA

09-250 5418

JERANTUT

09-260 8812

LIPIS

09-312 1392

RAUB

09-355 1824

BENTONG

09-223 3368

CAMERON

05-490 1999

HOTLINE MyGCC

03-8000-8000

Video Bantuan Wang Ihsan RM1000

Bawah ini merupakan berita rasmi berkaitan bantuan wang ihsan RM1000 yang anda boleh tonton.

Buat Permohonan Dengan Segera

Diharapkan agar perkongsian berkaitan artikel bantuan wang ini mampu memberikan keringanan bebanan kepada para mangsa banjir. Banyak kerugian yang perlu mereka tanggung dan baiki, lebih-lebih lagi infrastruktur di rumah.

Sesungguhnya, ujian bencana alam ini bukanlah permintaan kita. Mahu atau tidak, kita harus menerima dengan sabar dan cekal hati.

Gunakanlah bantuan ini dengan sebaik mungkin sekiranya anda berjaya membuat permohonan dan diluluskan. Jangan berputus asa kerana masih ramai dan banyak organisasi di luar sana yang sedang menanti permintaan anda.

Bersama-sama kita saling membantu bagi mengharungi ujian ini. Bersatu kita teguh, bercerai kita teguh.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More