Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga (YAT) Bagi Tahun 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan bantuan pelajaran Yayasan Amal Tenaga bagi tahun 2024.

Isi Kandungan

Mengenai Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Tenaga kini menawarkan bantuan pelajaran kepada golongan yang berkelayakan.

Yayasan Amal Tenaga merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan di bawah Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Berikut adalah visi, misi dan objektif-objektif penubuhan Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk makluman anda semua.

VisiMenjadi koperasi berprestij berteraskan kecemerlangan perniagaan dan perkhidmatan.
MisiKoperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) beriltizam untuk meningkatkan perkhidmatan, produk dan perniagaan untuk kepentingan ekonomi anggota, pekerja dan pemegang berkepentingan selaras dengan prinsip dan nilai-nilai koperasi.
Objektif1. Memastikan perkhidmatan dan produk yang berkualiti.
2. Mengurus kewangan dengan ofisien.
3. Mengamalkan urusan perniagaan yang berhemah dan telus.
4. Memperkasa budaya berkompetensi tinggi dan saling membantu.
5. Menjamin pulangan pelaburan yang terbaik.
Mengenai Koperasi Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga (YAT) Bagi Tahun 2024 1
Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga

Permohonan bantuan ini adalah terbuka kepada keluarga yang mempunyai anak di Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Universiti secara Sepenuh Masa di Pusat Pengajian yang diiktiraf.

Pemohon boleh membuat permohonan segera untuk memohon bantuan pelajaran Yayasan Amal Tenaga ini bermula daripada 15 Januari 2024 sehingga 15 Februari 2024 sahaja.

Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga (YAT) Bagi Tahun 2024 2
Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga

Syarat-syarat kelayakan permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Terhad kepada 150 keluarga yang mempunyai anak di sekolah rendah dengan bantuan pelajaran berjumlah RM 250.
  • Terhad kepada 250 keluarga yang mempunyai anak di sekolah menengah dengan bantuan pelajaran berjumlah RM 500.
  • Terhad kepada 150 keluarga yang mempunyai anak yang menuntut di Universiti / Institusi Pengajian Tinggi Sepenuh Masa yang diiktiraf dengan bantuan pelajaran berjumlah RM 750.
  • Satu keluarga hanya layak memperolehi salah satu daripada bantuan di atas.
  • Permohonan terbuka kepada keluarga yang tidak pernah menerima sebarang bantuan atau biasiswa daripada pihak lain bagi tahun 2024.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang benar-benar layak berdasarkan penilaian dan pertimbangan Yayasan Amal Tenaga (YAT).

Cara Membuat Permohonan Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga

Pemohon yang berminat untuk memohon boleh merujuk langkah-langkah permohonan seperti berikut:

  • Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Yayasan Amal Tenaga bertempat di Pejabat Koperasi TNB, 96 Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur atau melalui laman web Koperasi di pautan berikut:

>>>Borang Bantuan Pelajaran 2024<<<

  • Bagi penuntut Universiti / Institusi Pengajian Tinggi, sila sertakan bersama borang permohonan dan surat pengesahan dari pihak Universiti / Institusi Pengajian Tinggi.
  • Semua salinan dokumen dan salinan penyata gaji terkini telah disahkan oleh Ketua Jabatan tuan / puan bagi tujuan pengesahan maklumat yang dicatat.
  • Sebarang penghantaran melalui fax / e-mel / pdf / ‘whatsapp’ tidak akan dilayan. Sila hantar permohonan melalui pos atau dihantar terus ke pejabat Yayasan Amal Tenaga.
  • Pembayaran hanya dibuat melalui bank yang terpilih seperti Maybank, CIMB, BIMB, BSN dan Bank Rakyat sahaja.
  • Sila isi borang pengisytiharan pendapatan yang disediakan jika tidak mempunyai pendapatan tetap / bekerja sendiri dan perlu disahkan oleh Ketua Kampung / Nazir Masjid / Pengerusi Surau.
  • Borang permohonan dan dokumen yang diperlukan mestilah dihantar melalui pos sahaja ke alamat berikut:

Yayasan Amal Tenaga
96, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon yang berminat dengan tawaran bantuan pelajaran Yayasan Amal Tenaga ini diminta untuk mengemukakan semua dokumen yang diperlukan.

Senarai salinan dokumen yang perlu dilengkapkan dan perlu mendapatkan pengesahan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan atau Surat Daftar Kelahiran (Kanak-Kanak) yang jelas dan terang.
  3. iSalinan Kad Pengenalan Pemilik Akaun Bank.
  4. Salinan Nombor Akaun Bank / Slip Pengesahan Akaun.
  5. Salinan Sijil Cerai / Sijil Kematian (Suami / Isteri) (Jika Perlu).
  6. Surat Pengesahan Pendapatan / Slip Gaji.
  7. Surat Pengisytiharan Pendapatan / Surat Akuan Sumpah.
  8. Surat pengesahan dari Sekolah / Universiti.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Bantuan Pelajaran Yayasan Amal Tenaga, sila layari laman web Koperasi TNB dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More