Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN BANJIR JPM (RM2500)

Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir JPM RM 2,500 adalah salah satu daripada pelbagai pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi membantu mangsa banjir yang terjejas pada Disember 2021.

Antara pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang lain adalah Bantuan Rebat Barangan Elektrik RM500, Bantuan Wang Ihsan RM1000, Bantuan Rumah Kasih Keluarga Malaysia, Diskaun Baik Pulih Kenderaan dan sebagainya.

Selain itu, mangsa banjir juga berpeluang untuk membuat Penangguhan Pembayaran Balik PTPTN serta memohon Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600.

Isi Kandungan

APAKAH BANTUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN BANJIR JPM?

Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Banjir adalah salah satu inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bantuan Banjir Keluarga Malaysia pada 31 Disember 2021.

Bantuan berjumlah RM10,000 tersebut merangkumi 6 bentuk bantuan iaitu:

  1. BANTUAN WANG IHSAN (BWI) RM1000
  2. BANTUAN PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN RM2500
  3. BANTUAN BAIK PULIH RUMAH SEHINGGA RM5000
  4. REBAT PEMBELIAN BARANGAN ELEKTRIK RM500⠀
  5. REBAT BIL ELEKTRIK 100% BULAN DISEMBER
  6. DISKAUN BAIK PULIH KENDERAAN / REBAT PENGGANTIAN KENDERAAN BAHARU RM1000

PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN BANJIR

BERAPAKAH JUMLAH SUMBANGAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN BANJIR JPM?

Jumlah sumbangan bagi bantuan ini adalah :

  • RM2,500 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR).

APAKAH KELAYAKAN BANTUAN INI?

Mereka yang layak mendapatkan bantuan ini adalah:

  • Unit rumah yang ditenggelami air

Mereka yang tidak layak mendapatkan bantuan ini adalah:

  • Unit rumah berbilang tingkat (seperti flat dan pangsapuri) yang tidak terjejas
  • Premis perniagaan

PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN BANJIR

BAGAIMANAKAH KAEDAH SUMBANGAN DIBERIKAN?

Bayaran/sumbangan ini akan diberikan dalam bentuk:

  • Sumbangan tunai
  • Pemindahan elektronik – EFT (Electronic Fund Transfer)

Unit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah badan pelaksana yang terlibat untuk menguruskan bantuan ini.

Pelaksanaan bantuan ini akan diselaraskan oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) daerah masing-masing.

 

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUAT PERMOHONAN?

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan :

  1. Hubungi dan serahkan data KIR kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB);
  2. Senarai penerima yang layak akan disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD);
  3. Senarai akan dikemukakan kepada ICU JPM;
  4. Serahan wang tunai / EFT oleh ICU JPM / Pejabat Daerah akan dibuat kepada penerima.

PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN BANJIR

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan bantuan ini, sila rujuk :

  1. Portal Bencana NADMA;
  2. Hotline : +603 8064 2400
  3. Email : [email protected]
  4. Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Akhir kata, semoga bantuan-bantuan ini mampu meringankan beban mereka yang terkesan disebabkan banjir baru-baru ini. Sebarkan untuk kebaikan bersama.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More