Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Rebat Barangan Elektrik RM500 Bermula 7 Januari Ini

Rebat Barangan Elektrik RM500 ini diberikan khusus kepada mereka yang terlibat banjir. Bantuan ini mampu memberikan keringanan kepada mereka. Baca artikel ini untuk maklumat lanjut.

Rebat Barangan Elektrik RM500

Rebat Barangan Elektrik RM500

Berdasarkan satu sidang rasmi yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan berkaitan pemberian rebat barangan elektrik kepada mangsa banjir. Bantuan ini adalah berbentuk baucar.

Maka dengan itu, bantuan ini dikendalikan oleh SEDA Malaysia yang menjalankan program Sustainaibility Achieved via Energy Efficiency(SAVE). Mereka akan menghulurkan bantuan berbentuk baucar untuk pembelian barangan elektrik.

Tarikh Permohonan

Bilakah tarikh permohonan rebat ini mulai dibuka?

Permohonan bantuan ini akan mulai dibuka pada tarikh:

7 Januari 2022

Jumaat

Ini adalah tarikh rasmi di mana mangsa banjir boleh membuat permohonan. Tandakan ke kalender anda untuk membuat permohonan dengan segera.

Jumlah Bantuan

Berapakah jumlah bantuan yang akan diberikan kepada mereka yang layak?

Berikut adalah maklumat berkaitan pemberian baucar rebat barangan elektrik RM500, iaitu:

  1. Jumlah bantuan adalah sebanyak RM500.
  2. Bantuan ini diberikan dalam bentuk baucar sahaja.
  3. Boleh digunakan di premis bawah program SAVE.
  4. Khusus untuk pembelian barangan elektrik sahaja.

Rebat Barangan Elektrik RM500

Premis Manakah Yang Boleh Menggunakan RM500 Ini?

Sekiranya penerima menerima bantuan rebat barangan elektrik RM500 ini, di manakah mereka boleh menggunakan baucar ini?

Penebusan rebat barangan elektrik ini boleh dibuat melalui 2 cara, iaitu:

  • KEDAI BARANGAN ELEKTRIK TERPILIH

Hampir 1 400 premis yang tersenarai bagi penggunaan baucar rebat barangan elektrik RM500 ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pihak Pembangunan Tenaga Lestari(SEDA Malaysia), senarai premis akan ditambahkan dari semasa ke semasa bagi memudahkan mangsa banjir menggunakn baucar ini.

  • PEMBELIAN BARANGAN SECARA ATAS TALIAN DI PLATFORM SEDEMIKIAN

SENARAI PLATFORM ATAS TALIAN

Lazada

Shopee

PGMall

Dan lain-lain

Senarai kedai secara atas talian akan dikeluarkan pada tarikh 7 Januari 2022 ini.

Cara Membuat Permohonan

Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan ini?

Rebat Barangan Elektrik RM500

Setakat ini, masih tidak dikeluarkan cara permohonan atau dokumen yang diperlukan untuk penebusan baucar ini.

Makanya, mangsa banjir perlu menunggu sehingga tarikh 7 Januari 2022 untuk pengeluaran notis rasmi dan cara membuat permohonan.

SAVE 2.0 RM200

Apakah itu SAVE 2.O RM200?

SAVE 2.0 merupakan salah satu program di bawah SEDA Malaysia yang memberikan rebat sebanyak RM200 kepada isi rumah rakyat Malaysia bagi pembelian penghawa dingin atau peti sejuk.

Tujuannya adalah untuk:

  1. Memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk menggunakan dan membelikan peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga.
  2. Meningkatkan bilangan pengguna dalam pembelian peralatan elektrik bertara 4 bintang dan 5 bintang.

*NOTIS:

Selain daripada membaca artikel berkaitan rebat barangan elektrik RM500 ini, anda juga boleh membaca artikel berkaitan Senarai Bantuan Banjir, Bantuan Wang Ihsan dan Program Bantuan Banjir HONDA.

Moga-moga bermanfaat buat anda semua yang terkesan dengan bencana banjir ini.

Jumlah Penerima Rebat Ini

Berpakah jumlah penerima yang bakal memanfaatkan bantuan ini?

Menurut data yang sudah dikumpulkan berdasarkan mangsa banjir, hampir 80 000 penerima yang akan mendapatkan baucar ini.

Jumlah yang menerima rebat ini akan bertambah dari masa ke semasa mengikut keadaan mangsa banjir.

Tambahan lagi, Agensi Pengurusan Bencana Alam Negara(NADMA) akan mengeluarkan dokumen pengesahan berkaitan permohonan bantuan ini.

Keratan Akhbar Pemberian Baucar SAVE

Anda juga boleh membaca keratan akhbar rasmi keluaran Harian Metro bertarikh 31 Disember 2021 yang lalu.

Dalam keratan akhbar ini menerangkan bahawa pihak Menteri Tenaga dan Sumber Asli, iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan bahawa terdapat 1 400 senarai nama premis buat masa ini

Kelak, akan ditambahkan lagi premis lain untuk penggunaan baucar ini.

Tekan Di Sini

Video Rebat Barangan Elektrik RM500

Bawah ini saya kongsikan dengan anda video berita berkaitan pemberian rebat barangan elektrik RM500 yang akan diberikan kepada mangsa banjir.

Moga-moga bermanfaat buat anda.

Tandakan Tarikh di Kalender Anda

Diharapkan agar mangsa yang terlibat banjir untuk mengambil berat dan kisah berkaitan tarikh rebat barangan elektrik RM500 ini. Lebih baik sekiranya anda membuat tanda di kalender.

Jangan terlepas peluan baik ini untuk membaiki peralatan elektrik rumah anda dengan membeli yang baharu.

Utamakan yang penting terlebih dahulu. Buatlah perancangan yang bijak.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More