Sumber Rujukan Globalisasi Anda

RUMAH KASIH KELUARGA MALAYSIA – BANTUAN BAIK PULIH DAN BINA RUMAH TERKESAN BANJIR

Rumah Kasih Keluarga Malaysia adalah inisiatif membina semula dan membaik pulih rumah yang terkesan akibat banjir. Inisiatif ini diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) masing-masing telah diperuntukkan RM50 juta bagi usaha tersebut di mana kos sebanyak RM5,000 sehingga RM15,000 diperuntukkan bagi baik pulih rumah dan RM56,000 (kos bina baharu).

Tanggungjawab bersama tersebut dilaksanakan secara bersepadu. KPKT bertanggungjawab bagi rumah-rumah (kategori bandar) di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala KLPB pula bertanggungjawab bagi rumah-rumah (kategori luar bandar) di luar kawasan pentadbiran PBT.

Inisiatif ini juga akan melibatkan peranan pelbagai pihak antaranya di peringkat agensi pusat iaitu Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Kewangan (MOF), Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM). Selain itu, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan juga terlibat.

RUMAH KASIH KELUARGA MALAYSIA

Isi Kandungan

APAKAH RUMAH KASIH KELUARGA MALAYSIA?

Rumah Kasih Keluarga Malaysia adalah Program Bantuan Baik Pulih dan Bina Baharu Kasih Keluarga Malaysia. Program ini adalah satu inisiatif membaik pulih dan membina semula rumah yang terkesan akibat banjir baru-baru ini. Sebanyak RM50 juta diperuntukkan masing-masing kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Perdana Menteri sebelum ini telah mengumumkan peruntukan sejumlah RM1.4 bilion Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang meliputi Bantuan Wang Ihsan (BWI), baucar tunai pembelian barangan elektrik, baucar tunai pembaikan kenderaan, pemberian khas pembelian barangan keperluan dan bantuan tunai kerja-kerja pembaikan rumah.

rumah kasih keluarga malaysia

BAGAIMANAKAH INISIATIF INI BERFUNGSI?

Inisiatif ini berfungsi dalam 3 fasa iaitu:

  1. FASA PERTAMA :
    • Kerja pengumpulan data oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) dijalankan di peringkat daerah.
    • Penyelarasan data di peringkat negeri dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan maklumat rakyat yang terkesan akan dikumpulkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU, JPM) sebagai Pusat Data Utama mangsa banjir.
  2. FASA KEDUA :
    • Pemeriksaan, penilaian dan verifikasi data oleh agensi penilai iaitu KPKT, KPLB, JKR dan Kerajaan Negeri .
  3. FASA KETIGA :
    • Kerja-kerja pembinaan atau baik pulih semua rumah yang terkesan sehingga siap dan kemudiannya akan dilaporkan semula kepada ICU, JPM selaku Pusat Data Utama Mangsa Banjir.

rumah kasih keluarga malaysia

BERAPAKAH KADAR BANTUAN RUMAH KASIH KELUARGA MALAYSIA?

Kerja-kerja pembinaan semula dan pembaikan rumah disediakan akibat bencana banjir di bawah program bantuan rumah dengan kadar berikut :

  • RM15,000 – baik pulih rumah
  • RM56,000 – bina baharu rumah (Semenanjung)
  • RM68,000 – bina baharu rumah (Sabah & Sarawak)

rumah kasih keluarga malaysia

BAGAIMANAKAH CARA MEMOHON RUMAH KASIH KELUARGA MALAYSIA?

Permohonan Pembaikan atau Pembinaan Rumah boleh dibuat melalui cara-cara berikut:

  • Permohonan oleh Ketua Isi Rumah perlu dibuat melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Pejabat Daerah yang berhampiran.
  • Permohonan akan disahkan oleh PKOB.
  • Permohonan diserahkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) untuk diselaraskan dengan agensi-agensi pelaksana.
  • Pelantikan Agensi Pelaksanan.
  • Penyaluran peruntukan akan dibuat melalui KPLB atau Kerajaan Negeri.
  • Pembinaan / pembaikan rumah akan dijalankan.

rumah kasih keluarga malaysia

BERAPA LAMAKAH ANGGARAN JANGKA MASA PEMBAIKAN/PEMBINAAN?

  • Tempoh pembaikan semula bergantung kepada tahap kerosakan dan akan dilaksanakan Agensi Pelaksana selepas kelulusan nama daripada PKOB.
  • Manakah bagi pembinaan rumah, tempoh masa diambil adalah 3 hingga 4 bulan bergantung kepada kesediaan tapak.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Rumah Kasih Keluarga Malaysia, sila rujuk :

Akhir kata, semoga bantuan Rumah Kasih Keluarga Malaysia ini mampu memberi nafas baru serta harapan buat mangsa banjir yang terjejas baru-baru ini. Sesungguhnya setiap ujian itu pasti ada hikmahnya yang tersendiri.

Kami sentiasa mendoakan agar semua mangsa banjir dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki sentiasa. Sebarkan agar lagi ramai yang mendapat manfaat.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More