Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Pendaftaran Pelajar IPT BUDI Sehingga RM2000 Untuk Seorang

Bantuan Pendaftaran Pelajar IPT Budi ini merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar yang tinggal atau menjadi warganegara Sabah. Untuk mengetahui berkaitan bantuan ini, anda boleh membaca artikel ini sehingga habis.

Bantuan Pendaftaran Pelajar IPT BUDI

Bantuan Pendaftaran Pelajar IPT Budi

Mana-mana pelajar sama ada lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi atau Diploma semestinya akan mencari bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan bagi membantu membiayai perbelanjaan pendidikan mereka di peringkat seterusnya. Maka dengan itu, bantuan pendaftaran pelajar IPT Budi ini merupakan antara salah satu bantuan pelajaran yang boleh dimohon oleh pelajar.

Bantuan ini secara umumnya hanya dikhususkan kepada mereka yangg menetap atau berwaganegara Sabah sahaja. Untuk membuat permohonan, teruskan membaca artikel ini. Moga-moga membantu anda.

Syarat Kelayakan

Untuk membuat permohonan, anda perlu menepati kriteria kelayakan di bawah ini. Jikalau tidak, permohonan anda akan ditolak secara automatik.

 TERBUKA KEPADA PELAJAR IPTA/IPTS

 PELAJAR TAJAAN TIDAK LAYAK MEMOHON

  •  Terbuka kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPTA atau IPTS sahaja.
  • Kemasukan adalah kali pertama ke IPT seluruh Malaysia dan diiktiraf oleh kerajaan sahaja.
  • Terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda Sahaja.
  • Mana-mana pelajar yang sudah pun menerima biasiswa atau tajaan lain adalah tidak layak membuat permohonan.
  • Contoh biasiswa:
    1. Biasiswa Kerajaan Negeri.
    2. Biasiswa Yayaysan Khazanah.
    3. Biasiswa Petronas.
    4. Biasiswa lain-lain.

PELAJAR SABAH MESTILAH TIDAK MELEBIHI 25 TAHUN

 PENGESAHAN KEMASUKAN KE IPT

  •  Syarat utama berasal daripada negeri Sabah.
  • Berumur tidak melebihi daripada 25 tahun semasa membuat permohonan.
  • Pemohon perlulah memastikan mendapat surat tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS yang sah sahaja.

Tarikh Permohonan

Maklumat berkaitan tarikh permohonan bagi bantuan ini adalah seperti berikut:

  • TARIKH BUKA: Mac 2021.
  • TARIKH TUTUP: 30 Oktober 2021, Sabtu.

Golongan yang Layak Memohon

Bantuan ini terbuka kepada 2 golongan sahaja, iaitu:

  • GOLONGAN B40:
    1. Ibu bapa atau penjaga pelajar yang berada dalam kategori B40 boleh membuat permohonan ini tanpa masalah.
  • GOLONGAN M40:
    1. Ibu bapa atau penjaga pelajar yang berada dalam kategori M40 boleh membuat permohonan bantuan ini dengan syarat jumlah pendapatan adalah tidak melebihi RM5 000.

Cara Membuat Permohonan

Di bawah ini saya kongsikan dengan anda berkaitan cara membuat permohonan bantuan pendaftaran pelajar IPT Budi ini. Ikuti langkah di bawah dengan betul.

Cara Daftar

Anda boleh membuat permohonan secara atas talian.

Bantuan Pendaftaran Pelajar IPT BUDI

  1. LANGKAH PERTAMA: Layari laman web Permohonan Bantuan IPT Budi.
  2. LANGKAH KEDUA: Sekiranya anda belum membuat akaun, anda boleh menekan “Daftar” yang berada di kanan skrin anda.
  3. LANGKAH KETIGA: Paparan anda akan naik sebegini dan masukkan segala maklumat yang diminta.
  4. LANGKAH KEEMPAT: Pastikan alamat e-mel itu adalah yang aktif dan sah kerana anda memudahkan pengurusan permohonan bantuan pendaftaran pelajar IPT Budi ini.
  5. LANGKAH KELIMA: Tekan butang “Daftar”. Anda perlu mengikuti segala langkah yang tertera pada skrin anda pada ketika itu. Masukkan dan muat naik segala dokumen penting yang diminta.
  6. LANGKAH KEENAM: Hantar permohonan anda.
  7. LANGKAH KETUJUH: Tunggu sehingga notis permohonan anda akan diterima dan dibalas oleh pihak atas.

Cara Log Masuk

Bantuan Pendaftaran Pelajar IPT BUDI

  1. LANGKAH PERTAMA: Untuk log masuk bagi melengkapkan butiran penting permohonan anda, anda boleh menekan link yang sama.
  2. LANGKAH KEDUA: Masukkan maklumat akaun yang anda daftarkan buat pertama kali sebelum ini.
  3. LANGKAH KETIGA: Lengkapkan semula maklumat yang diminta.
  4. LANGKAH KEEMPAT: Buat pemeriksaan secara berkali agar anda tidak tersalah maklumat atau perkara kecil, tetapi penting.

Jumlah Bayaran

Bayaran akan diberikan kepada pemohon yang lulus menerima bantuan ini seperti berikut:

  • Jumlah bayaran adalah sebanyak RM2 000 seorang.
  • Duit akan diberikan secara one-off.

Poster Bantuan Pendaftaran Pelajar IPT Budi

Anda boleh mendapatkan infografik berkaitan bantuan ini dengan menekan link di bawah ini. Sebarkan kepada kenalan, keluarga dan kawan-kawan yang anda rasa memerlukan.

Link Pautan InfoGrafik Bantuan Pendaftaran Pelajar IPT Budi

Hubungi PMTTK Sabah

Sekiranya anda masih mempunyai keraguan atau sebarang pertanyaan berkaitan bantuan pendaftaran IPT Budi ini, anda boleh merujuk di bawah ini:

NOMBOR TELEFON:

088 369 865

PUAN MARY:

088 369 890/088 369 872

Soalan Lazim

Adakah permohonan ini terbuka kepada semua pelajar IPT yang menerima tawaran kemasukan ke mana-mana IPT?

  • Tidak, bantuan pendaftaran Pelajar IPT Budi ini hanya terbuka kepada pelajar yang berwaganegara Sabah sahaja. Sekiranya anda masih mencari bantuan pendaftaran IPT yang lain, anda boleh membaca artikel bantuan kami yang lain iaitu Bantuan Pengajian Tinggi PIJ dan Bantuan Zakat PKP.

Saya mendapat tawaran kemasukan ke IPTS. Adakah saya masih boleh membuat permohonan ini?

  • Ya, anda boleh membuat permohonan ini kerana bantuan ini terbuka kepada semua pelajar sama ada Institut Pengajian Tinggi Awam atau Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Berapakah jumlah yang akan diterima oleh pemohon yang lulus dan layak?

  • Pelajar yang lulus membuat permohonan bantuan ini akan menerima sejumlah wang sebanyak RM2 000 secara one-off.

Bilakah tarikh tutup permohonan ini?

  • Tarikh tutup permohonan bantuan ini adalah pada 30 Oktober 2021 ini. Meskipun begitu, anda dinasihatkan agar membuat permohonan dengan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau masalah berkaitan dokumen penting yang diperlukan.

Buat Permohonan Anda Sekarang

Diharapkan agar perkongsian berkaitran bantuan pendaftaran Pelajar IPT Budi ini mampu meringankan bebanan golongan anak-anak didik Sabah yang memerlukan. Sekiranya anda ada peluang, jangan lepaskan rezeki ini kerana anda tidak mungkin anda mendapat yang lain. Gunakanlah peluang keemasan ini dengan sebaik mungkin.

Sesunggunya, anak-anak didik Malaysia daripada pelbagai negeri adalah permuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More