Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Zakat PKP-Buat Semakan dan Permohonan Sekarang Bagi Setiap Negeri

Bantuan Zakat PKP ini merupakan bantuan yang diberikan kepada golongan-golongan yang layak bagi membantu mereka. Di setiap negeri, telah dijalankan permohonan bantuan zakat PKP ini. Baca artikel ini untuk maklumat lanjut.

Bantuan Zakat PKP

Isi Kandungan

Bantuan Zakat PKP Mengikut Negeri

Bantuan zakat PKP ini merupakan antara salah satu bantuan daripada Majlis Agama Islam mengikut setiap negeri. Tujuannya adalah untuk membantu golongan berkeperluan terutamanya golongan B40 yang terjejas. Nilain bantuan zakat yang diberikan adalah berbeza mengikut setiap negeri.

Wilayah Persekutuan(Kuala Lumpur, Putrajaya,Labuan)

Senarai bantuan lain yang ditawarkan:

  1. Pembangunan Asnaf.
  2. Perlindungan.
  3. Ekonomi.
  4. Pendidikan.
  5. Pembangunan Ummah.

LINK PAUTAN

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 

Negeri Pahang

  • Berwarganegara Malaysia dan beragama Islam sahaja.
  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Bermastautin di Pahang sahaja.

LINK PAUTAN

Majlis Agama Islam Pahang 

Negeri Sembilan

  • Bantuan Fakir Miskin.
  • Bantuan Perubatan.
  • Bantuan Persekolahan.
  • Bantuan Pelajaran.

LINK PAUTAN

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan 

Negeri Kelantan

  • Sumbangan barangan dan makanan kepada petugas barisan hadapan.
  • Sumbangan peralatan kesihatan.
  • Dan lain-lain.

LINK PAUTAN

Majlis Agama Islam Kelantan 

Negeri Perak

Anda juga boleh melihat dan mencari perkhidmatan yang disediakan di sini. Juga ada bantuan untuk pelajar.

LINK PAUTAN

Majlis Agama Islam Perak 

Negeri Selangor

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, penduduk negeri Selangor boleh melawati laman rasmi ini dan menghubungi pihak Majlis Agama Islam untuk mendapatkan maklumat lanjut.

LINK PAUTAN

Majlis Agama Islam Selangor 

Negeri Kedah

  • Menerima bantuan secara one-off.
  • Beragama Islam, warganegara Malaysia dan menetap di Kedah sekurang-kurangnya 1 tahun.
  • Berpendapatan RM2000 ke bawah sahaja.
  • Hanya ketua keluarga layak memohon.

LINK PAUTAN

 Majlis Agama Islam Kedah

Negeri Pulau Pinang

Syarat kelayakkan:

  • Beragama Islam, bermastautin tetap dan warganegara Malaysia sahaja.
  • Dalam kategori fakir asnaf dan miskin.
  • Berpendapatan RM2500 ke bawah.
  • Hanya ketua keluarga sahaja yang layak memohon.

LINK PAUTAN

Majlis Agama Islam Pulau Pinang 

Negeri Johor

Bantuan Zakat PKP

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, penduduk negeri Johor boleh melawati laman rasmi ini dan menghubungi pihak Majlis Agama Islam untuk mendapatkan maklumat lanjut.

LINK PAUTAN

 Majlis Agama Islam Johor

Negeri Melaka

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, penduduk negeri Melaka boleh melawati laman rasmi ini dan menghubungi pihak Majlis Agama Islam untuk mendapatkan maklumat lanjut.

LINK PAUTAN

 Majlis Agama Islam Melaka

Negeri Perlis

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, penduduk negeri Perlis boleh melawati laman rasmi ini dan menghubungi pihak Majlis Agama Islam untuk mendapatkan maklumat lanjut.

LINK PAUTAN

Majlis Agama Islam Perlis 

Negeri Terengganu

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, penduduk negeri Terengganu boleh melawati laman rasmi ini dan menghubungi pihak Majlis Agama Islam untuk mendapatkan maklumat lanjut.

LINK PAUTAN

 Majlis Agama Islam Terengganu

Negeri Sabah

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, penduduk negeri Sabah boleh melawati laman rasmi ini dan menghubungi pihak Majlis Agama Islam untuk mendapatkan maklumat lanjut.

LINK PAUTAN

 Majlis Agama Islam Sabah

Negeri Sarawak

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, penduduk negeri Sarawak boleh melawati laman rasmi ini dan menghubungi pihak Majlis Agama Islam untuk mendapatkan maklumat lanjut.

LINK PAUTAN

Majlis Agama Islam Sarawak 

*NOTIS:

Terdapat beberapa buah negeri yang tidak menyediakan bantuan zakat PKP. Oleh itu, anda perlulah membuat semakan dengan pihak bertugas terlebih dahulu bagi dapatkan kepastian. Anda boleh memohon bantuan lain yang tersedia.

Selain daripada bantuan zakat PKP di atas, anda juga boleh membaca artikel berkaitan Permohonan Bantuan Anak Pelihara, Bantuan Barangan Dapur RM100 dan juga Elaun Mencari Pekerjaan RM500.

Cara Buat Semakan Bantuan Zakat PKP

Berikut merupakan langkah umum yang perlu dibuat oleh pemohon bantuan zakat PKP ini. Jikalau anda mempunyai sebarang persoalan atau keraguan, anda boleh menghubungi terus pihak Majlis Agama Islam mengikut negeri.

  1. LANGKAH PERTAMA: Layari laman web bantuan zakat PKP berdasarkan negeri yang anda pohon.
  2. LANGKAH KEDUA: Tekan butang “semakan permohonan” yang ada pada paparan anda.
  3. LANGKAH KETIGA: Masukkan nombor kad pengenalan dengan betul.
  4. LANGKAH KEEMPAT: Sekiranya anda lulus permohonan bantuan zakat PKP, anda akan dapat melihat status bantuan anda.
  5. LANGKAH KELIMA: Anda perlu menunggu kemaskini daripada pihak Majlis Agama Islam berkaitan proses kemasukan duit bantuan anda.
  6. LANGKAH KEENAM: Gunakan duit bantuan zakat yang diterima dengan sebaik mungkin.

*NOTIS: Langkah yang dipaparkan adalah secara umum. Ada juga langkah yang agak berlainan mengikut laman web atau cara semakan bagi setiap negeri.

Kewajipan Berzakat

Bantuan Zakat PKP

Umumnya kita ketahui bahawa ibadah berzakat merupakan rukun yang keempat dalam Rukun Islam. Apabila kita mampu, hendaklah kita berzakat. Tujuan berzakat ini banyak kebaikan yang boleh kita perolehi, dan antara yang utamanya adalah kutipan zakat ini akan disumbangkan kepada mana-mana golongan fakir miskin yang layak. Jikalau hendak diceritakan berkaitan zakat, agak panjang sebenarnya. Akan tetapi, beringatlah untuk menunaikan zakat apabila tiba waktunya.

Sesungguhnya, zakat ini merangkumi:

  1. Sebagai salah satu cara untuk membersihkan dan menyucikan diri daripada sifat angkuh, riak dan takbur.
  2. Menambahkan keberkatan harta yang kita miliki.
  3. Menjadi bukti keimanan dan kepatuhan sebagai Muslim kepada Allah S.W.T.
  4. Memupuk sikap membantu apatah lagi apabila mana-mana insan yang ditimpa bencana.
  5. Merendahkan hati dan meningkatkan ketakwaan kepada Ilahi.

Video Berkaitan Zakat

Anda juga boleh menonton video ini berkaitan zakat. Dapatlah menambahkan ilmu atau mengingatkan anda berkaitan kewajipan kita sebagai umat Islam.

Mohon Bantuan Zakap PKP Untuk Anda

Moga-moga perkongsian artikel pada kali ini akan mampu membantu mana-man penduduk mengikut negeri untuk meringankan beban mereka. Jikalau anda mempunyai masalah, jangan lupa bahawa kita adalah bersama. Carilah mana-mana bantuan atau zakat dan mohon. Jangan berasa malu, kerana ini adalah antara salah satu hak dan keperluan kita sebagai rakyat Malaysia.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Diharapkan agar kita semua terus diberikan kekuatan dan kesabaran untuk melalui semua ini. Seseungguhnya, Allah tidak akan menguji hambanya melainkan sesuatu yang hambanya tidak mampu tanggung.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More