Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Ramadan RM500 Secara One-Off Kepada Penerima Bantuan Kewangan Bulanan

Bantuan Ramadan RM500 telah diperkenalkan oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membantu mereka yang memerlukan untuk menghadapi bulan Ramadan Al-Mubarak 1444 H.

Bantuan tersebut dijadualkan akan dibayar pada bulan April 2023 atau pertengahan Ramadan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Isi Kandungan

Bantuan Ramadan RM500

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Ramadan 1444H/2023 ini dengan bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan golongan asnaf yang memerlukan untuk menyambut bulan Ramadan pada tahun ini.

Bantuan ini melibatkan kadar kewangan sebanyak RM500 diberikan secara ‘one-off’ kepada para penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.

Bantuan Kewangan MAIWP adalah sebuah bantuan kewangan dalam bentuk wang tunai melalui akaun bank yang diberikan secara bulanan bagi membantu golongan asnaf yang layak.

Sila rujuk Facebook Rasmi MAIWP untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan Bantuan Ramadan RM500 ini.

Bantuan Ramadan RM500

Syarat Kelayakan Bantuan Ramadan RM500 

Syarat-syarat kelayakan bagi permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu (1) tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had Kifayah – Kalkulator Had Kifayah

Cara Memohon Bantuan Ramadan RM500

Permohonan Bantuan Ramadan RM500 ini boleh dibuat dengan merujuk Portal Rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atau terus ke pejabat Baitulmal MAIWP untuk mendapatkan borang permohonan serta mendapatkan maklumat lanjut tentang permohonan Bantuan Ramadan ini.

Permohonan Bantuan Ramadan ini khususnya diberikan kepada penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.

Permohonan Bantuan Ramadan ini melibatkan golongan asnaf bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Tarikh Pembayaran Bantuan Ramadan RM500

  • Berkenaan dengan pembayaran bantuan ini, ianya akan mula dilaksanakan pada 27 Mac 2023 (Isnin) bersamaan dengan 5 Ramadan 1444H secara berperingkat kepada setiap penerima.
  • Bantuan ini akan disalurkan kepada semua penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP secara berperingkat.
  • Selain itu, pihak Kerajaan juga ada mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM700 kepada para penjawat awam dan RM350 kepada para pesara Kerajaan.

Maklumat Lanjut

Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter – kaunter pejabat Baitulmal MAIWP.

Maklumat lengkap tentang bantuan ini, anda boleh merujuk di Portal Rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan semoga perkongsian tentang Bantuan Ramadan 2023 ini dapat membantu anda yang memerlukan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More