Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kerajaan Akan Laksanakan Bantuan RM100 Bakul Makanan Bagi Yang Terkesan Wabak

Bantuan RM100 Bakul Makanan  akan diperkenalkan segera dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merangkumi barang makanan keperluan bernilai RM100 bagi setiap isi rumah yang layak yang dijangka bermula Januari 2021.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaan program itu akan membabitkan peruntukan sebanyak RM50 juta.

“Selain itu, bagi memastikan kebajikan kumpulan rentan terus terpelihara, kerajaan akan memperuntukkan RM25 juta di bawah program GLIC/GLC ‘Disaster Relief Network’ sebagai geran padanan bersama syarikat berkaitan Kerajaan bagi inisiatif sosial.

Bantuan RM100 Bakul Makanan

“Ini termasuklah pemberian bantuan komuniti termasuk masyarakat warga emas, gelandangan, OKU (orang kurang upaya) dan mangsa banjir,” katanya dalam Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI) yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Isi Kandungan

Bantuan RM100 Bakul Makanan Berkuat Kuasa Januari

Dalam Belanjawan 2021, katanya, kerajaan telah meningkatkan kadar bantuan kebajikan bulanan di bawah JKM, berkuat kuasa Januari ini, membabitkan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion dan akan memanfaatkan lebih 400,000 penerima.

Sebagai tanda penghargaan kepada usaha murni rakyat yang ingin bersama-sama menyalurkan sumbangan bagi mengekang penularan wabak COVID-19, katanya, kerajaan juga mengumumkan beberapa insentif kepada penderma.

Beliau menjelaskan, insentif itu adalah dalam bentuk potongan cukai kepada penderma yang menyumbang wang tunai atau barangan serta membantu rakyat yang terkesan dengan wabak COVID-19.

“Penyumbang layak menuntut potongan cukai daripada pendapatan kasar perniagaan atau pendapatan agregat mereka,” katanya.

Sumber Berita Harian

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Kerajaan Akan Memperkenal Bantuan RM100 Bakul Makanan memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Artikel Berkaitan: Bantuan Telefon Pintar Untuk B40

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More