Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PERMAI | Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia 2021

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia 2021 yang diumumkan
Perdana Menteri melalui sidang media khas hari ini atau akronimnya PERMAI melibatkan jumlah bantuan sekitar RM15 billion.

Selain itu, Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat terbaru itu akan dilaksanakan menerusi 22 insiatif dengan tiga matlamat, iaitu memerangi pandemik COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Ia adalah tambahan kepada empat pakej rangsangan ekonomi yang sudah dilaksanakan sejak penularan COVID-19 pada awal tahun lalu yang berjumlah keseluruhan RM305 bilion atau lebih 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Empat pakej bantuan terdahulu adalah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan keempat, pakej KitaPrihatin.

Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi
3 Matlamat Utama Permai.
Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi
Data percuma termasuk dalam bantuan PERMAI.
Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia 2021 terbagi kepada beberapa bahagian.

INTIPATI PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI:

  1. Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini
  2. JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak. Rujuk Bantuan RM100 JKM Disini
  3. Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021
  4. Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan
  5. Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 kepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini
  6. Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac
  7. Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor
  8. Bantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing
  9. KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir
  10. Program Subsidi Upah – Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500
  11. Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta
  12. Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April
Antara senarai bantuan sepanjang tahun 2021 ini adalah

Kadar BPR 2021

  • Individu Bujang berpendapatan kurang dari RM2500: RM350
  • Isi rumah pendapatan kurang dari RM2500 : RM1200 (1 orang anak), RM1800 (2 orang anak ke atas).
  • Isi rumah pendapatan RM4001- RM5000 : RM500 (1 orang anak), RM750 (2 orang anak ke atas).
  • Isi rumah pendapatan RM2501- RM4000 : RM800 (1 orang anak), RM1200 (2 orang anak ke atas).

Sedikit pembaharuan pada bantuan kali ini adalah, had bagi individu bujang telah diturunkan kepada 21 tahun ke atas. Berbanding sebelum ini ketika BSH iaitu 40 tahun ke atas.

Permohonan Baru BPR 2021

  • Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).
  • Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
  • Permohonan boleh dibuat pada laman web bpr.hasil.gov.my atau https://bpr.hasil.gov.my/PermohonanBPR.aspx

Kemaskini BPR 2021

  • Jika anda merupakan penerima BSH atau BPN 2.0, boleh terus log masuk ke Login di sini untuk kemaskini dan semak permohonan anda.
  • Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021
  • Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus dan menepati syarat kelayakan bpr 2021.
  • Dijangka pembayaran akan dibuat bulan April atau Mei 2021.

Bayaran fasa kedua BPN 2.0

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 yang berjumlah RM2.38 bilion kepada 11.06 juta penerima termasuk pemohon baharu akan dipercepatkan mulai 21 Jan ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penerima baharu tersebut telah diluluskan semasa tempoh permohonan dan rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November lalu.

“Bagi penerima B40, bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pada 21 Jan ini, manakala bagi penerima M40, turut sama dikreditkan ke dalam akaun bank pada 25 Jan berikutnya. Bagi penerima tanpa akaun bank pula, pengeluaran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan.”

“Manakala bagi penerima tanpa akaun bank di Sabah dan Sarawak, bayaran akan dibuat mulai awal Februari sehingga 1 April di lokasi-lokasi pengeluaran yang akan diumumkan akhir bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bayaran fasa kedua BPN tersebut disalurkan melalui beberapa pecahan mengikut taraf penerima, ujar menteri kewangan lagi.

“Bagi penerima B40 dan isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah, sebanyak RM1.21 bilion diperuntukkan kerajaan kepada 3.81 juta penerima. Bagi penerima B40 bujang dan berpendapatan RM2,000 ke bawah pula, sebanyak RM0.7 bilion pula diperuntukkan kepada 4.08 juta penerima,” tambah kenyataan tersebut.

Manakala, bagi penerima M40 dan isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000, sejumlah RM0.29 bilion diperuntukkan kepada 1.43 juta penerima. Selain itu, bagi penerima M40 bujang dengan pendapatan RM2,001 hingga RM4,000, sejumlah RM0.18 bilion diperuntukkan kepada 1.74 juta penerima.

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Cara Membuat Permohonan Baru Dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

 

ARTIKEL BERKAITAN : BAYARAN FASA 2 BPN DIPERCEPAT

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More