Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan RM3,000 Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil N9

Anda bekerja sebagai peniaga kecil atau penjaja yang memerlukan bantuan kewangan? Permohonan bantuan kewangan sebanyak RM3000 dari Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) bagi tahun 2021 kini dibuka.

bantuan

Peniaga yang berminat boleh memohon di pautan https://tuns.my bermula 9 Februari 2021 sehingga 7 Mac 2021.

Pelaksanaan TUNS yang bermula pada tahun 2019 yang lalu telah berjaya membantu seramai 3,069 orang peniaga di Negeri Sembilan dan sekaligus menjadikan tahun 2021 adalah tahun ketiga tabung ini dilaksanakan.

Peniaga-peniaga di seluruh Negeri Sembilan boleh mengambil peluang ini bagi mengembangkan perniagaan yang sedia ada serta melalui bantuan ini juga, usahawan mikro berpeluang mendapatkan pembiayaan secara geran sehingga RM3,000.

Info lanjut mengenai Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) serta syarat-syarat kelayakan dan cara permohonan.

bantuan

Isi Kandungan

APAKAH TABUNG USAHAWAN NEGERI SEMBILAN (TUNS)

Kerajaan Negeri Sembilan meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun ketiga pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM3 juta adalah melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2021 yang bertemakan ‘Merangsang Ekonomi Memperkasa Rakyat’.

TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000.00 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan.

Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah untuk mewujudkan lebih ramai golongan usahawan dan dapat memperkembangkan lagi perniagaan sedia ada ke arah yang lebih baik dari sebelumnya.

Selain itu, TUNS juga telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan secara tidak langsung ianya dapat  merangsang pertumbuhan ekonomi.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN TUNS 2021

  • Pemohon adalah Warganegara Malaysia dan keutamaan hanya diberikan kepada anak Negeri Sembilan.
  • Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta.
  • Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah beroperasi selama tempoh enam (6) bulan sebelum permohonan dibuat.
  • Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan.
  • Peniaga atau penjaja kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000.00.
  • Mempunyai akaun perniagaan yang sah dan aktif dalam tempoh enam (6) bulan.
  • Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa.
  • Pemohon tidak berstatus muflis dan
  • Kelayakan permohonan adalah sekali bagi tempoh lima (5) tahun.

Jenis Perniagaan Yang Layak

  • Minuman dan makanan
  • Bakeri, pastri dan kuih-muih
  • Khidmat jahitan
  • Pertanian/penternakan/perikanan
  • Salon kecantikan dan gunting rambut
  • Kraf tangan dan cenderamata;
  • Peruncitan
  • Fotografi dan
  • Lain-lain perkhidmatan (selain insurans, institusi kewangan dan pembekalan tenaga kerja).

Jenis Perniagaan Yang Tidak Layak

  • Perkhidmatan profesional.
  • Homestay.
  • Jual beli barangan buangan (besi dan plastik lusuh).
  • Ejen jualan produk, dropship dan Multi-Level Marketing
  • Mesin layan diri (vending machine).
  • Dobi layan diri.
  • Kontraktor.
  • Sewaan jentera dan kenderaan penumpang mahupun perkhidmatan logistik.
  • Perniagaan yang salah disisi undang-undang.
  • Perniagaan yang memudaratkan kesihatan serta tidak memenuhi/mematuhi nilai-nilai moral masyarakat seperti rokok, rokok elektronik, ejen nombor ramalan, minuman keras dan lain-lain.

bantuan

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan kad pengenalan adalah milik pemohon dan jelas.
  2. Gambar formal berukuran passport.
  3. Salinan lesen/ permit perniagaan (keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai lesen/ permit).
    • Atas nama pemohon sendiri atau nama rakan kongsi yang didaftarkan di dalam dokumen pendaftaran SSM
    • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan
  4. Salinan dokumen pendaftaran SSM.
    • Perniagaan pemilikan tunggal/ perkongsian sijil perakuan pendaftaran
      • Maklumat perniagaan
      • Maklumat pemilik perniagaan terkini
    • Syarikat Awam Berhad atau Sendirian Berhad
      • Borang 24/ Borang Seksyen 78
      • Borang 49/ Borang Seksyen 58
    • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan
    • Beralamat dan beroperasi di Negeri Sembilan
    • Perniagaan yang bukan pemilikan tunggal wajib disertakan dengan surat persetujuan semua  rakan kongsi untuk memohon pembiayaan ini
    • Permohonan mestilah berkaitan dengan jenis perniagaan yang didaftarkan di dalam dokumen pendaftaran SSM (pemohon perlulah memilih hanya satu jenis perniagaan bagi permohonan TUNS – hanya terpakai pada pemohon yang mempunyai lebih daripada satu (1) perniagaan)
  5. Salinan penyata kewangan/penyata bank perniagaan.
    • Akaun mestilah atas nama perniagaan/ syarikat atau nama pemohon
    • Penyata akaun perniagaan/syarikat pemohon yang mempunyai transaksi aktif bagi membuktikan perniagaan pemohon beroperasi
    • Tempoh penyata kewangan/penyata bank hendaklah bagi tempoh enam (6) bulan berturut-turut
    • Penyata yang dikeluarkan melalui kaunter bank perlu mendapat pengesahan dan cop pegawai bank
    • Penyata yang dikeluarkan oleh bank atau penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan online. (Screenshot daripada transaction history adalah tidak diterima)
  6.  Salinan penyata kewangan/ penyata bank peribadi.
    • Akaun peribadi mestilah atas nama pemohon
    • Penyata akaun simpanan pemohon yang mempunyai transaksi aktif bagi membuktikan perniagaan pemohon beroperasi
    • Tempoh penyata kewangan/ penyata bank hendaklah bagi tempoh enam (6) bulan berturut-turut
    • Penyata yang dikeluarkan melalui kaunter bank perlu mendapat pengesahan dan cop pegawai bank
    • Penyata yang dikeluarkan oleh bank atau penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan online. (Screenshot daripada transaction history adalah tidak diterima)
  7. Gambar perniagaan (sekurang-kurangnya tiga (3) gambar).
    • Gambar yang membuktikan perniagaan beroperasi.
    • Gambar hadapan premis
    • Pemohon yang beroperasi dari rumah atau secara atas talian hendaklah memberikan screenshot Laman Web, Facebook, Instagram atau mana-mana platform jualan atas talian yang boleh membuktikan perniagaan tersebut dijalankan
  8. Salinan perjanjian sewa premis/ tanah; dan
    • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan
    • Terpakai untuk permohonan yang memohon modal kerja (bayaran sewa premis dan bil utiliti)
    • Bagi pembiayaan melibatkan sektor pertanian dan penternakan, pemohon perlu melampirkan salinan geran tanah dan surat kebenaran menjalankan aktiviti di tanah tersebut oleh pemilik tanah (sekiranya tanah bukan milik pemohon)
  9. Sebut harga terkini atau dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan.
    • Sebut harga asal yang dikeluarkan oleh pembekal yang layak membekal berserta cop perniagaan pembekal dan mestilah atas nama/ nama perniagaan pemohon.
    • Setiap barang yang dipohon mestilah dinyatakan dengan jelas seperti jenama, model, spesifikasi, kuantiti dan harga
    • Maklumat pembekal mestilah lengkap seperti nama perniagaan, nombor pendaftaran SSM, alamat perniagaan, nombor telefon dan lain-lain. Keutamaan adalah kepada pembekal dari Negeri Sembilan dan jika pembekal dari luar Negeri Sembilan, pemohon perlu mengisi ruangan perakuan/ justifikasi pemilihan pembekal tersebut
    • Barang/ peralatan yang dipohon hendaklah berkaitan dengan perniagaan dan menjadi aset kepada perniagaan dan bukan stok jualan (sertakan surat justifikasi permohonan peralatan jika perlu)
    • Stok jualan dan bahan pembungkusan adalah dikategorikan sebagai bahan mentah
    • Kerja-kerja ubahsuai dan membina struktur adalah tidak termasuk di dalam komponen pembiayaan kecuali bagi permohonan melibatkan pertanian dan penternakan bagi membina struktur pertanian atau kandang penternakan
    • Pembekal yang mengeluarkan sebut harga tidak boleh mempunyai sebarang kepentingan dengan pemohon. Sekiranya terdapat sebarang konflik kepentingan, permohonan akan ditulakserta merta

CARA PERMOHONAN TUNS 2021

Permohonan TUNS 2021 boleh dibuat melalui pautan berikut : https://tuns.my/.

Kaedah permohonan TUNS adalah sepenuhnya secara atas talian (online). Ianya bertujuan memudahkan lagi proses permohonan, semakan dan pemantauan status permohonan oleh pemohon tanpa perlu hadir ke pejabat Urus Setia TUNS.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan TUNS 2021 hanya dibuka dalam tempoh satu (1) bulan sahaja, bermula 9 Februari 2021 sehingga 7 Mac 2021.

PENGESAHAN DOKUMEN

Setiap helaian dokumen sokongan mestilah disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan. (Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/  Pengerusi MPKK).

  • Tandatangan bagi pihak (b/p) tidak di benarkan.
  • Setiap pengesahan oleh pegawai yang layak di atas salinan dokumen mestilah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan dan alamat tempat kerja pegawai tersebut. Tandatangan tanpa cop serta maklumat jawatan adalah tidak dibenarkan atau diterima.

Pemohon boleh merujuk Pusat Khidmat Rakyat DUN setempat sekiranya menghadapi kesukaran untuk melengkapkan dokumen.

Sila muat turun dokumen ini untuk melihat senarai pegawai yang layak mengesahkan dokumen: Senarai Pegawai Layak Sahkan Dokumen

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS)
PKNNS, 23-H, Jalan Zaaba,
70100 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon : 06-761 6871
Faks : 06-762 6291
Hotline : 019-752 3251
E-mel : [email protected]
Facebook : Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan – PRUNS

Bantuan Teknikal

Pada Waktu Pejabat (Isnin – Jumaat)
9.00 pagi hingga 5.00 petang
Sila Whatsapp ke 019-7523251

Selepas Waktu Pejabat (Setiap Hari)
Sila Whatsapp ke 012-3968657 (Nik Fariz)

Sila rujuk Soalan Lazim berkaitan TUNS di SINI.

Jika memerlukan bantuan untuk mengisi borang permohonan secara atas talian, tuan/puan boleh mendapatkan bantuan daripada Penyelaras Pusat Khidmat DUN masing-masing.

Permohonan awal amat digalakkan bagi mengelakkan kesesakan atas talian ketika proses permohonan nanti.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More