Bahan Pendidikan Untuk Semua

Garis Panduan KKM Untuk Peniaga Makanan Secara Online

Ramadan pada tahun ini agak berbeza kerana perintah kawalan pergerakan yang di arahkan oleh kerajaan untuk menangani wabak covid-19. Tiada bazaar ramadan dan solat tarawih dibenarkan. Namun para peniaga mengambil inisiatif melakukannya secara atas talian.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan arahan keselamatan terhadap peniaga peniaga ini walaupun mereka berniaga secara online.

KKM melalui laman Facebook mereka telah mengeluarkan garis panduan yang harus diikut oleh peniaga peniaga ini. KKM menyarankan kepada pihak yang terlibat dalam perniagaan makanan secara atas talian (online) termasuklah pengusaha, pengendali makanan dan penghantar makanan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan mematuhi garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak KKM.

Ini adalah pautan yang disediakan bagi mereka yang berkenaan mudah untuk membaca setiap garis panduan yang telah dikeluarkan.

Ini untuk memastikan makanan yang disediakan kepada pengguna adalah selamat. Selain itu, mereka juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan jarak sosial yang selamat (social distancing) semasa penghantaran makanan. Panduan panduan yang disediakan KKM ini juga boleh diamalkan oleh semua orang. Ianya juga penting buat semua untuk menjaga kesihatan seharian kita sepanjang tempoh ini.

ANTARA GARIS PANDUAN KKM

Ini antara garis panduan yang disediakan. Untuk panduan lebih lanjut anda boleh melayari laman web moh.gov.my

di harap dengan panduan dari kkm ini para peniaga dapat mematuhi amalan kebersihan. Sebagai pembeli juga, bijaklah membeli dari peniaga yang menjaga kebersihan dan sudah mendapatkan suntikan tifoid. Sekarang kita sudah berusaha melawan dan menghapuskan covid-19, jangan pula kita terkena demam kepialu.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More