Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Sara Hidup RM700 (B40) Skim mySalam

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Dibawah skim ini kerajaan juga menyediakan bantuan Bantuan Sara Hidup RM700 untuk golongang B40 yang mendaftar dan menerima pembayaran yang dibuat bagi program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikelola oleh LHDN.

Kerajaan mengambil inisiatif mewujudkan skim ini kerana mendapati ramai rakyat yang mempunyai masalah kewangan dalam mendapatkan rawatan kesihatan apabila didiagnos dengan penyakit kronik.

Golongan Yang Layak

  1. Penerima bantuan BSH :
  2. Berumur 18 hingga 65 tahun , dan pasangan
  3. Berumur 40 hingga 65 tahun, bujang dan berpendapatan kurang dari Rm24,000 setahun
  4. OKU berumur 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang dari Rm24,000 setahun

Sekiranya anda berada dalam tempoh kuarantin anda masih layak untuk menuntut Skim MySalam.

Bantuan Sara Hidup RM700

Cara Membuat Semakan Kelayakan

  1. Layari portal https://www.mysalam.com.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan
  3. Tekan butang semak
  4. Status kelayakan akan dipaparkan samaada anda layak atau tidak untuk Bantuan Sara Hidup RM700 (B40) Skim mySalam ini.

Cara Membuat Tuntutan

  1. Tuntutan melalui atas talian
  2. Layari portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/
  3. Sekiranya anda belum mendaftar, pastikan anda klik di bahagian log masuk kali pertama untuk mendaftar. Sekiranya telah mendaftar boleh log masuk seperti biasa. Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh menghubungi talian bantuan MySalam untuk reset kata laluan anda
  4. Seterusnya, kemas kini maklumat yang diminta, muat naik dokumen yang diperlukan dan klik hantar
  5. Tunggu keputusan tuntutan anda
  6. Tuntutan secara manual
  7. Kunjungi mana-mana kiosk MySalam
  8. Pastikan anda membawa bersama Salinan kad pengenalan, borang Annex 14&17
  9. Serahkan dokumen tersebut pada pegawai bertugas untuk dimasukkan ke dalam system

Atau anda juga boleh menghubungi mana-mana talian bantuan MySalam untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Permohonan Bantuan Sara Hidup RM700 (B40) Skim mySalam ini.

Talian Bantuan

Telefon : 1-300-88-8938

Email : [email protected]

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Bantuan Sara Hidup RM700 ini membantu anda.

Menarik untuk dibaca: Pemohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB Online

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More