Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Terkini | Bantuan Tunai Rakyat 2023 Kategori Bujang

Bantuan Tunai Rakyat 2023 Kategori Bujang adalah bantuan kewangan untuk rakyat Malaysia untuk golongan isi rumah dan bujang yang berkelayakan. Ia menggantikan BSH, BKC, BPR dan BKM yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini.

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan mula disalurkan pada 17 Januari 2023.

Apa Itu Bantuan Tunai Rakyat 2023

BTR ialah bantuan komprehensif yang ditambah baik dengan ketara berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) pada 2020 yang memanfaatkan 5 juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion.

Golongan bujang merupakan antara kategori  yang akan menerima bayaran BTR Fasa 1 selain daripada golongan kategori isi rumah, warga emas tiada pasangan dan ibu/bapa tunggal.

  • Bilakah tarikh penerimaan Bantuan Tunai Rakyat 2023?
  • Berapakah jumlah yang akan diperolehi bagi kategori bujang?Bantuan Tunai Rakyat 2023

Bilakah Tarikh Penerimaan Bantuan Tunai Rakyat?

Seperti kita ketahui, BTR sebelum ini dijadualkan pada Mac 2023 namun disebabkan keadaan terkini rakyat, kerajaan membuat keputusan untuk mengawalkan pemberian pada bulan Januari 2023. Hal ini pastinya memberi satu kelegaan buat rakyat.

Ianya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat. Ini kerana pada bulan Mac & April keperluan yang mendadak seperti

  • Sesi persekolahan baharu
  • Awal Ramadhan
  • Bulan Syawal

Berapakah Jumlah BTR Bagi Kategori Bujang?

Berikut merupakan jumlah bayaran yang akan diterima oleh setiap kategori.

Kategori

Bayaran Fasa 1

BTR Bujang

RM100

BTR Isi Rumah

RM300

Cara Kemaskini BTR 2023 Kategori Bujang

Untuk mengemaskini bantuan tersebut anda boleh melayari pautan di bawah :

>>>> https://bkm.hasil.gov.my/ <<<<

Bagaimana Cara Semak Kelayakan BTR?

  1. Tekan log masuk ke MySTR
  2. Isikan nombor Mykad pemohon
  3. Sahkan kata kunci keselamatan
  4. Info yang akan dipaparkan seperti:
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Tekan menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Isikan kata laluanBantuan Tunai Rakyat 2023

Berikut kami kongsikan video ucapan & pembentangan dalam parlimen berkenaan dengan peruntukan khas bantuan tunai rakyat bagi tahun 2023.

Bagaimanakah Cara Bayaran BTR 2023?

Kebiasaannya, mengikut pengalaman bantuan yang lalu, bantuan akan dikreditkan secara berperingkat mengikut akaun penerima & jenis penerima. Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan diterima terus melalui akaun bank masing-masing.

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank ( termasuk Sabah & Sarawak ), cara pembayaran melalui penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional ( BSN ).

Perlukah Bantuan Ini Diteruskan?

Berdasarkan keadaan terkini yang melanda negara kita, sejujurnya bantuan seperti Bantuan Tunai Rakyat ini harus diteruskan kerana ia sangat baik dalam memulihkan ekonomi dan juga dapat membantu mereka yang terkesan. Di samping itu, hal ini juga dapat merangsang ekonomi negara kita.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More