Sumber Rujukan Globalisasi Anda

[RASMI] BANTUAN UNTUK YANG KEHILANGAN PEKERJAAN – PERKESO

Cara Dapatkan Bantuan Bila Hilang Kerja

BANTUAN UNTUK YANG KEHILANGAN PEKERJAAN memalui Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO adalah satu cara kerajaan untuk membantu mereka yang kehilangan kerja.

Tahukah anda tentang bantuan selama 6 bulan yang diberikan oleh PERKESO kepada mereka yang kehilangan pekerjaan sepanjang musim COVID-19? Program ini juga dikenali sebagai Sistem Insurans Pekerja (SIP) PERKESO. 

Dimusim Covid ini ramai juga yang tidak bernasib baik terutama bagi mereka yang terlibat dalam industri pelancongan dan perhotelan. Habis hilang punca pendapatan. Rumah, kereta, anak-anak, dan makan minum seharian itu semua memerlukan wang bukan.

Pendaftaran Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO SIP (EIS) 2020Jika anda diberhentikan, anda mungkin hanya tahu tentang pampasan daripada syarikat seperti VSS atau MSS. Jika ada yang terkesan bolehlah juga memohon bantuan melalui pengeluaran i-Sinar KWSP.

Selain itu masih ada bantuan atau permohonan yang anda boleh mohon dan dapatkan sekiranya diberhentikan kerja iaitu EMP yang terdapat dalam pengumuman Belanjawan 2021 kita.

Berikut adalah penambahbaikan EMP dalam Belanjawan 2021:

  • Tempoh Elaun Mencari Kerja akan dilanjutkan selama 3 bulan
  • Kadar menuntut juga diubah kepada 80% gaji bulan pertama, 50% bagi bulan ke-2 hingga ke-6, dan 30% bagi 3 bulan terakhir.

Namun adakah anda tahu tentang ELAUN MENCARI PEKERJAAN(EMP) melalui Sistem Insurans Pekerja(SIP) PERKESO. 

778,800 penganggur setakat April 2020
Sumber : Berita Harian

APA ITU SIP?

Sistem Insuran Pekerjaan atau ringkasannya SIP adalah skim kewangan untuk membantu rakyat yang hilang pekerjaan dimana ia diuruskan oleh PERKESO. Untuk tempoh enam bulan SIP akan membantu dengan memberikan elaun atau faedah berbentuk kewangan dan faedah bantuan pencarian pekerjaan.

Why Is There A New Deduction Called 'EIS' In Your Latest Payslip?

SYARAT KELAYAKAN SIP

Jadi bukan semua orang yang sewenang-wenangnya boleh memohon ya. Hanya mereka yang pernah menyumbang ke akaun SIP semasa pekerjaan sebelum ni saja yang layak untuk mohon. Tapi bagaimana nak tahu? Tengok pada bahagian slip gaji masing-masing, jika ada pototngan untuk SIP( aka EIS) maka ada pernah menyumbanglah.

Antara syarat lain adalah :

  1. Merupakan warganegara Malaysia/pemastautin tetap
  2. Berumur 18-60*
  3. Bekerja dalam sektor swasta**
  4. Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)
    *Dengan satu pengecualian yang penting: Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum
    ** Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP

Untuk permohonan semua jenis faedah, pekerja yang diliputi Akta SIP perlu memenuhi syarat-syarat tersebut:

  1. Membuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (LOE).
  2. Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC). Maknanya, pemohon mesti membayar caruman kepada SIP dengan bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jadual kelayakan CQC boleh didapati di sini.
  3. Hilang pekerjaan di bawah definisi kehilangan pekerjaan

Intipati Bajet 2021 Malaysia Ringkasan Kandungan Belanjawan

JENIS FAEDAH YANG BOLEH DIPOHON

Terdapat 5 jenis faedah berbentuk kewangan iaitu:

1. Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)

  • Elaun kewangan bagi mereka yang kehilangan sumber pendapatan tunggal
  • Pemohon yang berjaya akan dibayar elaun bulanan minimum 3 bulan dan maksimum 6 bulan mengikut kadar dalam Jadual 1 dan berdasarkan Gaji Bulanan Anggapan dalam Jadual 2
  • Tempoh bayaran akan ditetapkan oleh Syarat Kelayakan Caruman (CQC) pemohon. Jadual kelayakan CQC boleh didapati di Jadual 3.
  • Pemohon mesti membuktikan mereka aktif mencari pekerjaan bagi melayakkan mereka menerima elaun yang seterusnya

 

2. Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)

  • Elaun kewangan bagi mereka yang mempunyai beberapa pekerjaan dan telah kehilangan sekurang-kurangnya satu, tetapi tidak semua pekerjaan
  • Kadar dan tempoh bayaran adalah sama dengan EMP
  • Dibayar secara pukal

 

3. Fi/Yuran Latihan (FL)

  • Kemudahan latihan vokasional
  • Perbelanjaan latihan akan dibayar terus kepada syarikat yang menyediakan latihan (service provider) bagi pemohon yang terpilih
  • Pemohon yang berjaya boleh menerima sehingga 6 bulan latihan dengan kos maksimum RM 4000

 

4. Elaun Latihan (EL)

  • Satu insentif kewangan yang dibayar kepada peserta latihan bagi menggalakkan mereka menghadiri semua sesi latihan
  • Dibayar secara bulanan dengan kadar RM10 (min) – RM20 (max) / hari (maksimum 6 bulan), bergantung kepada Gaji Anggapan Bulanan
  • Peserta mesti membuktikan mereka menghadiri semua sesi latihan untuk melayakkan mereka menerima EL

 

5. Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)

  • Insentif kewangan yang dibayar kepada penerima faedah EMP yang berjaya kembali bekerja awal
  • Sebanyak 25% daripada baki EMP
  • Dibayar secara pukal

SIP telah menyediakan dua jenis faedah bantuan pencarian pekerjaan untuk kemudahan orang berinsurans:

1. Program Penempatan Pekerjaan

  • Menerusi kaedah sokongan secara individu oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO kepada Orang Berinsurans yang berdaftar dengan Program Penempatan Pekerjaan Semula

2. Kaunseling Kerjaya

  • Satu perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO bagi mengenal pasti jurang kemahiran dan masalah yang dihadapi oleh Orang Berinsurans dalam membantu membuat pilihan dan hala tuju kerjaya.

CARA MOHON

Untuk memohon faedah SIP ini, ianya boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu:

Berikutnya adalah carta aliran yang ringkas untuk menerangkan proses permohonan faedah. Carta ini adalah berdasarkan permohonan faedah Elaun Mencari Pekerjaan (EMP).

 

bantuan

Sekiranya permohonan anda telah DITOLAK, anda berhak untuk membuat rayuan di Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS). Borang rayuan boleh didapati di mana-mana pejabat PERKESO.

PENUTUP

Semoga dengan adanya bantuan sebegini dapat membantu mereka yang memerlukan. Dalam waktu-waktu begini apa sahaja jenis bantuan amatlah membantu mereka yang terkesan. Kalau ada isteri-isteri yang pandai buat biskut dan mahu membantu mencari pendapatan sampingan boleh lah rujuk disini untuk resepi

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More