Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Baucar Jom Shopping CNY Bernilai RM200

Baucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina RM200 bakal dinikmati 82,400 orang dengan peruntukkan keseluruhan sebanyak RM16.48 juta.

baucar jom shopping
Sumber gambar: Kosmo Online!

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, baucar akan ditingkatkan dari nilai RM100 tahun sebelumnya menjadi RM200 pada tahun 2023.

Jelasnya, langkah ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap ekonomi dan keperluan rakyatnya yang memerlukan.

Tambah Amirudin lagi, pada tahun lalu sebanyak RM7.3 juta telah diperuntukkan dan sejumlah RM7,083,900 telah dibelanjakan oleh seramai 70,995 penerima rakyat Selangor bagi tujuan pembelian barangan keperluan dalam menyambut perayaan masing- masing

baucar jom shopping

Nilai Baucar Jom Shopping CNY

Nilai baucar yang akan diberikan adalah sebanyak RM200.

Ini adalah peningkatan daripada RM100 berikutan situasi ekonomi dan keperluan rakyat pada masa kini.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon baucar ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Menetap di mana-mana bahagian DUN dalam Negeri Selangor.
  • Pengundi di dalam mana-mana DUN di Negeri Selangor.
  • Pendapatan isi keluarga adalah RM3,000 dan ke bawah.
  • 1 rumah hanya untuk 1 penerima sahaja
  • Bukan penerima manfaat Bingkas dan penerima Baucar SMUE-Skim Mesra Usia Emas.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Borang secara anual di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN atau Pusat Penyelaras DUN. Bawa bersama dokumen yang diperlukan ke Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN.

Setiap DUN telah ada peruntukkan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri Selangor. Contohnya, sebanyak 400 baucar Jom Shopping disediakan kepada masyarakat Tionghoa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa sempena Tahun Baharu Cina tahun depan.

Untuk Dun lain, jadi pastikan pemohon mendapatkan maklumat yang jelas menerusi Wakil Rakyat atau wakil kepada pihak YB.

Sila hubungi pejabat DUN atau penyelaras DUN masing-masing. Talian untuk dihubungi rujuk di SINI.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan dan perlu dibawa bersama untuk memohon Baucar Jom Shopping Tahun Baharu Cina adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  2. Salinan slip gaji terkini atau pengesahan pendapatan (Majikan/Penghulu/Ketua Kampung/Pesuruhjaya Sumpah/Pengerusi Persatuan Penduduk).
  3. Sijil kematian/sijil cerai (jika berkenaan).

Tarikh Tutup Permohonan

Tiada maklumat jelas mengenai tarikh tutup permohonan. Namun, untuk dapatkan maklumat, pemohon perlu bertanyakan terus pada Pejabat ADUN masing-masing.

Sebagai contoh, bagi Dun Bandar Utama, tarikh tutup adalah 9 Januari 2023. Untuk Dun lain, pastikan dapat maklumat menerusi kawasan masing-masing ya.

baucar jom shopping

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Baucar Jom Shopping atau apa sahaja bantuan dari Kerajaan Negeri Negeri Selangor, boleh layari laman rasmi Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.

Penutup

Justeru, semua penduduk Selangor yang berbangsa Cina dan bakal menyambut Tahun Baharu Cina 2023 dialau-alukan untuk memohon Baucar Jom Shopping bernilai RM200 ini.

Selain baucar ini, penduduk di Selangor juga boleh memohon Bantuan Awal Persekolahan bernilai RM100. Maklumat lanjut, boleh rujuk di SINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More