Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Bayar Saman JPJ Online Bagi Tahun 2024

Berikut dikongsikan cara mudah untuk bayar saman JPJ online untuk pengetahuan anda semua di luar sana.

Isi Kandungan

Jenis Saman Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terbahagi kepada 2 iaitu saman yang boleh dikompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun.

  1. Saman yang boleh dikompaun boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut.
  2. Saman yang tidak boleh dikompaun hendaklah diselesaikan di Mahkamah yang ditetapkan dalam notis saman.
Cara Bayar Saman JPJ Online Bagi Tahun 2024 1
Bayar Saman JPJ Online

Kategori Kesalahan JPJ Bagi Pengguna Jalanraya

Antara kesalahan-kesalahan yang akan didapati bersalah oleh pihak JPJ kepada semua pengguna jalanraya adalah seperti mengikut kategori di bawah.

Kategori 1Kesalahan yang menyumbang kepada kadar kemalangan jalanraya, kesesakan lalulintas dan kesalahan yang berkait dengan perkhidmatan teksi.
Kategori 2Kesalahan yang aktif dan berkait rapat dengan tingkah laku negatif pemandu dan kesalahan teknikal pada kenderaan yang boleh menyumbang kepada kemalangan jalanraya.
Kategori 3Kesalahan yang pasif yang berkait rapat dengan kesalahan teknikal pada kenderaan yang boleh meningkatkan risiko kemalangan kepada pihak lain dan juga kesalahan yang menyebabkan kenderaan tidak selamat digunakan.
Kategori 4Lain-lain kesalahan selain daripada Kategori 1,2 dan 3 (yang tidak menyumbang kepada kemalangan jalan raya).
Bayar Saman JPJ Online

Cara Bayar Saman JPJ Online

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, saman yang telah dikeluarkan boleh dibayar di tempat-tempat seperti berikut, iaitu

  • Di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ.
  • Melalui perkhidmatan e-Services.
Cara Bayar Saman JPJ Online Bagi Tahun 2024 2
Bayar Saman JPJ Online

Cara-cara untuk bayar saman JPJ adalah seperti ketetapan berikut:

  1. Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ berkenaan (dimana kenderaan tersebut disita) untuk menuntut kenderaan dengan membawa bersama-sama dokumen yang diperlukan.
  2. Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman JPJ (P) 22 dengan jumlah bayaran.
  3. Bagi saman yang ada Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama saman JPJ (P) 22 dan jumlah bayaran.
  4. Bayaran boleh dibuat secara tunai.
  5. Bayaran boleh juga dibuat melalui Wang Pos / Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.
  6. Bayaran saman boleh dibuat melalui perkhidmatan e-Services.

Tiada rayuan untuk mengurangkan kadar kompaun. Kadar kompaun setiap kes telah ditetapkan di dalam sistem JPJ.

Bagi saman yang boleh dikompaun dan tidak melibatkan notis PG 1 , bayaran boleh dibuat melalui laman web berikut:

Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk anda semua di luar sana.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More