Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bayaran STR Fasa 3 Diawalkan Sempena Sambutan Aidiladha

Bayaran STR Fasa 3 diawalkan dan akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023 bagi meringankan beban kewangan rakyat, kata YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Anwar Ibrahim.

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Berikut dikongsikan sidang media terkini untuk makluman semua penerima STR khususnya.

Bayaran STR Fasa 3

Isi Kandungan

Bayaran STR Fasa 3

YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, telah mengumumkan bahawa pembayaran STR Fasa 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023 bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Pembayaran akan dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima mulai 26 Jun hingga 5 Julai 2023, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia mulai 26 Jun 2023.

Pembayaran ini membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion di mana penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1300 berdasarkan kelayakan masing-masing mengikut kaedah pembayaran seperti berikut:

  • Mempunyai Akaun Bank: Tarikh pembayaran mulai 26 Jun hingga 5 Julai 2023 (Dikreditkan terus ke akaun bank)
  • Tiada Akaun Bank: Tarikh pembayaran mulai 26 Jun 2023 (Pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional)

Untuk makluman, penerima bantuan tunai perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.

Berikut dikongsikan juga notis oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tunai / pengguna akaun BSN.

Bayaran STR Fasa 3

Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.

Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.

Bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan pada 17 Januari dan 5 April 2023 yang lalu.

Kelulusan Penerima STR Fasa 3

LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.

Tarikh-Tarikh Penting Bayaran STR Fasa 3

  • Semakan status kelulusan STR Fasa 3 dibuka mulai 26 Jun 2023.

semakan str fasa 3 status

  • Bagi mereka yang TIDAK LULUS, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 3 hingga 31 Julai 2023.

Bayaran STR Fasa 3 Diawalkan Sempena Sambutan Aidiladha 1

  • Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-3 adalah pada 26 Jun 2023.

Bayaran STR Fasa 3

Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Kategori

Maklumat Bayaran STR Fasa 3

Isi Rumah (Tiada Had Umur) Berpendapatan Bulanan RM2500 Ke Bawah

  • Bayaran STR Fasa 3 adalah seperti berikut:

Bilangan Anak

Jumlah Bayaran

0

RM300

1-2

RM400

3-4

RM600

5 Dan Lebih

RM800

Isi Rumah (Tiada Had Umur) Berpendapatan Bulanan RM2500 – RM5000

  • Bayaran STR Fasa 3 adalah seperti berikut:

Bilangan Anak

Jumlah Bayaran

0

RM0

1-2

RM150

3-4

RM200

5 Dan Lebih

RM250

Warga Emas Sebatang Kara (60 Tahun Ke Atas) Berpendapatan
Bulanan RM5000 Ke Bawah

  • Bayaran STR Fasa 3 adalah seperti berikut:

Bilangan Anak

Jumlah Bayaran

0

RM200

Bujang (21-59 Tahun) Berpendapatan Bulanan RM2500 Ke Bawah

  • Bayaran STR Fasa 3 adalah seperti berikut:

Bilangan Anak

Jumlah Bayaran

0

RM150

Bujang OKU (19-59 Tahun) Berpendapatan Bulanan RM2500 Ke Bawah

  • Bayaran STR Fasa 3 adalah seperti berikut:

Bilangan Anak

Jumlah Bayaran

0

RM150

 Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Bayaran STR Fasa 3, sila rujuk:

Jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More