Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bazar Ramadan Besut Kemungkinan Batal

Bazaar Ramadan Kemungkinan Dibatalkan Di Besut

bazar ramadan

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu tidak menolak kemungkinan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadan di Besut ekoran peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di daerah itu sejak akhir-akhir ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr. Alias Razak mengesahkan menerima cadangan pembatalan bazar Ramadhan di Besut sebagai langkah bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di daerah tesebut.

Beliau memberitahu, berdasarkan perancangan awal, sebanyak 10 bazar Ramadan dengan 292 petak niaga akan dibuka Besut mulai 1 Ramadan yang dijadual esok.

“Cadangan (membatalkan penganjuran Bazar Ramadhan di Besut) itu sedang diperinci dan sebarang keputusan masih belum dimuktamadkan.

“Peniaga memang hendak berniaga manakala pihak berkiatan pula hendak melindungi kita daripada penularan Covid-19,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di
Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru dan Kampung Keruak, Hulu Besut berkuatkuasa 6 April lalu.

Setakat ini, Kluster Beloah tersebut telah mencatatkan 72 kes positif Covid-19 termasuk 23 orang pada semalam.

Bazar Ramadhan dan Aidilfitri di Kelantan yang terletak bersempadan dengan Besut dilaporkan kerajaan negeri Kelantan semalam berikutan peningkatan kes Covid-19 sejak beberapa hari lepas.

Dalam pada itu, Alias menjelaskan, penganjuran bazar Ramadhan di daerah lain tidak terjejas dan akan diteruskan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ketat.

Sumber Kosmo Online

Artikel lain: Bazar Ramadan Masjid Negeri Perak Dibenarkan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More