Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bekalan Telur Ayam Percubaan Tiba Di KLIA 16 Disember

Telur ayam masih hangat diperkatakan lagi. Isu harga tinggi dan tiada stok telur ayam di pasaran antara isu terpenting yang menjadi tumpuan kini. Ia juga cabaran berat untuk Menteri baru Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) YB Mohamad Sabu untuk menyelesaikan isu ini agar tidak berlarutan.

YB Mohamad Sabu berjanji akan selesaikan isu Telur Ayam di pasaran

Terbaru, Mohamad Sabu mengumumkan akan membawa masuk bekalan dari luar negara untuk menampung masalah ketiadaan telur ayam dalam negara. Rentetan dari itu, hari ini pada tarikh 16 Disember, YB Menteri mengumumkan bekalan telur ayam percubaan dari India telah selamat tiba di KLIA Menerusi perkongsian Kenyataan Media di laman sosial rasmi milik YB Menteri Mohamad Sabu menjelaskan bekalan itu tiba melalui laluan udara sebagai fasa percubaan bagi memastikan bekalan yang diimport menepati segala piawaian yang ditetapkan.

Kenyataan Media berkenaan bekalan telur ayam

Kenyataan Media itu juga menjelaskan Kementerian MAFS melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah melaksanakan kawalan kemasukan telur ayam import di pintu masuk secara ujian Hold, Test and Release (HTR), yang merangkumi ujian PCR untuk pengesanan bakteria Salmonella, virus Newcastle Disease dan Avian Influenza.

Bekalan telur diuji terlebih dahulu

Pengujian yang dijalankan ini adalah bagi memastikan rakyat menerima te1ur ayam import yang selamat, bersih, halal dan bebas dari segala penyakit di samping melindungi industri penternakan negara. Segala protokol dan tatacara yang ditetapkan oleh Kerajaan juga telah dipatuhi tanpa kompromi.

telur ayam dari India

Hasil ujian yang dilaksanakan oleh MAQIS dan DVS mendapati telur yang diimport bebas dari segala penyakit, selamat dan mematuhi segala piawaian yang ditetapkan bagi kegunaan pasaran negara. Sehubungan itu, Kementerian bersetuju memberikan kebenaran sementara kemasukan telur ayam daripada sumber luar dan kebenaran ini akan dikaji semula apabila bekalan telur dalam negara kembali stabil.

Telur Ayam yang tiba di KLIA

Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukanlah untuk menekan pengusaha industri telur ayam tempatan, sebaliknya bagi memastikan kecukupan bekalan telur ayam dalam negara dengan harga yang kompetitif selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengutamakan kebajikan rakyat.

Telur ayam tiada di pasaran diakui Menteri KPNKK

Terdahulu, isu ketiadaan bekalan telur ayam di pasaran seluruh negara ketika ini turut diakui sendiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Isu telur ayam mula ‘hangat’ diperkatakan masyarakat semasa kempen menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 lalu apabila banyak kedai runcit dan pasar raya yang melaporkan kehabisan bekalan secara tiba-tiba.

Peliknya, seperti ada pihak yang sedang merancang sesuatu apabila situasi itu kembali pulih dengan menyaksikan lambakan bekalan telur selepas PRU ke-5 tempoh hari. namun Namun ramai mengadu stok dijual kemungkinan besar bekalan lama yang sengaja disorok pihak pemborong atau peniaga.

Bagaimanapun stok berkenaan juga cepat habis di pasaran akibat sikap pembelian panik oleh para pengguna menjelang cuti persekolahan yang panjang akhir tahun ini dan perayaan Krismas.

telur ayam

Meskipun pelbagai spekulasi serta masalah yang timbul dalam isu ini, namun peniaga dilarang sama sekali mengambil kesempatan dengan menaikkan harga telur ayam. Ini kerana harga ayam serta telur adalah terkandung dalam harga siying yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Ketahui harga siling

Sejak 22 Ogos 2022 lalu, kerajaan mengeluarkan senarai terbaharu senarai harga ayam dan telur di bawah gred kawalan harga yang telah ditetapkan. Ianya seperti berikut:

TELUR AYAM GRED A, GRED B DAN GRED C

Kabinet bersetuju menetapkan harga siling runcit t3lur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji;  gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.

Bagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, Harga Maksimum Ayam dan Telur adalah berbeza mengikut zon dan daerah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

telur ayam

Jika pengguna merasakan peniaga meletakkan harga yang melampau dan tidak masuk akal, pengguna boleh melaporkan segera kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) Pihak Kementerian menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).

Untuk makluman lanjut mengenai isu telur ayam, pembaca boleh rujuk artikel https://www.tcer.my/harga-telur-ayam/ bagi mendapatkan info yang berpatutan. Mudah-mudahan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More