Manfaat & Kelebihan Terapi Bekam Dalam Islam & Untuk Kesihatan

Berikut dikongsikan mengenai bekam yang banyak kelebihan dan khasiatnya untuk kesihatan dan juga ia adalah terapi perubatan dalam Islam.
Isi Kandungan
Apa Itu Bekam?
Bekam, juga dikenali sebagai terapi cupping, adalah kaedah rawatan tradisional yang melibatkan penggunaan cawan untuk menghasilkan tekanan pada kulit danmenarik darah kotor atau toksin dari badan.
Amalan ini telah diamalkan dalam pelbagai budaya sejak zaman dahulu dan dipercayai mempunyai beberapa manfaat kesihatan.
Amalan ini adalah rawatan alternatif yang menggunakan cawan khas untuk mewujudkan ruang vakum di bawah kulit, yang kemudiannya akan menarik darah dan cecair lain ke permukaan.
Terdapat dua (2) jenis kaedah utama, iaitu
- Bekam kering (tanpa torehan) – Kaedah ini hanya melibatkan penyedutan kulit tanpa pengeluaran darah.
- Bekam basah (dengan torehan kecil pada kulit untuk mengeluarkan darah) – Kaedah ini melibatkan pengeluaran darah dari badan.

Bekam dalam Islam adalah satu bentuk perubatan tradisional yang diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai sunnah kerana ia melibatkan proses mengeluarkan darah kotor dari badan menggunakan alatnya, iaitu yang dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.
Toksin atau racun yang dikeluarkan dengan bekam adalah endapan racun / zat kimia yang tidak boleh diurai oleh tubuh.
Darah kotor adalah darah yang mengandungi toksin atau darah statik yang menyumbat peredaran darah, sehingga sistem peredarannya menjadi tidak lancar.
Bekam Dalam Islam
Daripada Abdullah bin Abbas:
حجم النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ عبدٌ لبني بياضةَ . فأعطاهُ النبيُّ أجرَه . وكلَّم سيدَه فخفَّفَ عنهُ من ضريبتِه . ولو كان سُحتًا لم يُعطِه النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم
Maksudnya: “Nabi Muhammad SAW pernah berbekam oleh seorang hamba kepunyaan Bani Bayadhah. Maka Nabi Muhammad SAW memberinya upah dan Nabi Muhammad SAW bercakap dengan tuannya agar meringankan tugasnya. Jika perbuatan ini adalah haram, tentu Nabi Muhammad SAW tidak memberikannya upah.”
Hadis Riwayat Muslim
Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ
Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam.”
Hadis Riwayat Al-Tirmizi
Daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
احتجم النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ في الأخدعَيْنِ وبَينَ الكَتِفَيْنِ
Maksudnya: “Nabi Muhammad SAW pernah berbekam di lehernya dan juga di antara dua bahunya”.
Hadis Riwayat Ahmad
Daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
أن النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم احتجَم وهو مُحرِمٌ، واحتجَم وهو صائمٌ
Maksudnya: “Nabi Muhammad SAW berbekam dalam keadaan baginda SAW berihram dan juga ketika baginda SAW berpuasa.”
Hadis Riwayat Al-Bukhari
Daripada satu hadis Nabi Muhammad SAW, pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21 dalam bulan Hijrah adalah amalan yang digalakkan untuk melakukannya kerana banyak kelebihan dari segi kesihatan fizikal dan spiritual.
Manfaat & Kelebihan Untuk Kesihatan
Beberapa manfaatnya untuk kesihatan yang dipercayai termasuk:
| Melancarkan Peredaran Darah | Terapi ini dipercayai dapat membantu meningkatkan aliran darah ke kawasan yang dirawat, yang boleh membantu mengurangkan kesakitan dan ketegangan otot. |
| Mengurangkan Kesakitan | Terapi ini sering digunakan untuk melegakan kesakitan otot, sendi dan sakit kepala. |
| Detoksifikasi | Terapi ini dipercayai dapat membantu mengeluarkan toksin dan sisa buangan dari badan, walaupun ini masih menjadi subjek perdebatan. |
| Meningkatkan Imuniti | Beberapa kajian menunjukkan bahawa terapi ini boleh merangsang sistem imun badan. |
| Mengurangkan Tekanan Dan Kebimbangan | Terapi ini juga boleh membantu menenangkan sistem saraf dan mengurangkan tahap stres dan kebimbangan. |
Titik Bekam
Titik bekam merujuk kepada kawasan spesifik pada badan yang dipilih oleh pengamal bekam untuk rawatan.
Setiap titik mempunyai fungsinya yang tersendiri, dan pemilihan titik yang betul bergantung pada masalah kesihatan yang ingin diatasi.
Titik ini biasanya berdasarkan prinsip perubatan tradisional Cina, akupunktur dan juga teori refleksologi.
Sebagai contoh, titik pada bahagian belakang, leher atau pinggang mempunyai tujuan tertentu seperti meredakan sakit otot, meningkatkan peredaran darah atau menyembuhkan masalah organ dalaman.
Pemilihan titik yang tepat berdasarkan keadaan kesihatan pesakit dapat memberikan kesan yang positif dalam merawat pelbagai masalah kesihatan.
Rawatan bukan sahaja membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan melalui peningkatan peredaran darah dan pengeluaran toksin.
Terdapat pelbagai jenis titik yang digunapakai dalam rawatan, antaranya adalah seperti gambar rajah berikut:

Adab & Perkara Penting!!!
Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membuatnya, iaitu:
- Pastikan pengamal bekam mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang tersebut serta mengamalkan kaedah yang betul.
- Pastikan tempat dan peralatan yang digunakan bersih serta mengikuti prosedur yang selamat.
- Tidak boleh dikaitkan dengan unsur syirik, khurafat atau kepercayaan tahyul.
- Pastikan proses tidak membahayakan atau mendatangkan mudharat kepada kesihatan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!



