Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Biasiswa Tanpa Had Universiti Islam Madinah

Universiti Islam Madinah, Madinah bersetuju menawarkan biasiswa tanpa had kepada pelajar Malaysia untuk mengikuti pengajian dalam beberapa bidang di universiti berkenaan. Berita gembira itu dikongsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Universiti Islam Madinah, Madinah semalam.

biasiswa

Kenapa Biasiwa Tanpa Had Ini Diwujudkan?

Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri melihat tawaran ini mencerminkan hubungan erat di antara Khadimul Haramain al-Syarifain Raja Salman Abdulaziz Al Saud, Kerajaan Arab Saudi dan Kerajaan Malaysia dalam pelbagai peringkat termasuk pendidikan.

Bidang Terpilih

Biasiswa tanpa had itu ditawarkan bagi:

  • Syariah
  • Dakwah dan Usuluddin
  • Al-Quran dan Pengajian Islam
  • Bahasa Arab
  • Kejuruteraan
  • Sains Komputer
  • Sains
  • Perubatan

Kelebihan Biasiswa Tanpa Had

  • Elaun bulanan
  • Perumahan
  • Insurans Perubatan
  • Tiket Penerbangan

Sumber Kosmo Online

Artikel lain: Doa Mustajab Sebelum Berbuka Mudah Dibaca dan Diamalkan

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More