Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BKSS 8.0 : Semakan Geran Khas Penjaja RM1000

Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada bulan Januari yang lalu.

Isi Kandungan

Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0

Bantuan Khas Sarawakku Sayang 8.0 atau BKSS 8.0 adalah satu inisiatif bantuan yang bernilai RM285.47 juta dan telah diumumkan ketika pembentangan Bajet Sarawak 2022 pada 12 Oktober 2021 yang lalu. Bantuan ini amat bertepatan dengan usaha dalam membuka semula sektor ekonomi dan sosial melalui peralihan Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN). Bantuan ini justeru telah mengambil tema “Pemulihan Sosioekonomi Rakyat”, dan merangkumi tujuh (7) langkah yang bakal memberikan manfaat dalam tempoh enam bulan pertama bagi tahun 2022.

Inisiatif/Langkah BKSS 8.0

Seperti dimaklumkan, terdapat 7 langkah atau insentif kepada program BKSS 8.0 ini iaitu:

Langkah 1: Diskaun Bil Eletrik

Diskaun antara 5% sehingga 25% untuk bil elektrik bagi pengguna domestik, komersil dan juga industri akan diteruskan bermula Januari 2022 sehingga Jun 2022. Diskaun yang memanfaatkan lebih kurang 647,000 isi rumah ini membawa jumlah peruntukan sebanyak RM166.8 juta dan akan dibiayai oleh Kerajaan Sarawak.

Langkah 2: Diskaun Bil Air

Diskaun dari 10% sehingga 25% untuk bil air bagi pengguna domestik, komersil dan juga industri akan tetap diteruskan daripada Januari 2022 sehinggalah Jun 2022 yang melibatkan jumlah diskaun RM24.0 juta, juga akan dibiaya Kerajaan Sarawak.

Langkah 3: Diskaun Sewa Skim Perumahan HDC

Diskaun sebanyak 50% untuk kadar sewa buat Skim Perumahan Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) yang bernilai RM 2.6 juta juga akan dilaksanakan pihak Kerajaan Sarawak. Diskaun ini akan memberi manfaat kepada 3,200 penyewa Skim Perumahan HDC di seluruh negeri Sarawak.

Langkah 4: Pengecualian Bayaran Sewa Buat Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS)

Pengecualian bayaran sewa terhadap Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) yang beroperasi di premis-premis perniagaan milk Badan-Badan Berkanun dan syarikat-syarikat GLC Negeri telah diputuskan oleh Kerajaan Sarawak untuk diteruskan bagi tempoh 6 bulan lagi iaitu bermula Januari sehingga Jun 2022. Pengecualian sewa ini melibatkan kos sebanyak RM2.0 juta

Langkah 5: Diskaun Sewa Pasar dan Gerai

Kerajaan Sarawak juga akan meneruskan diskaun sebanyak 50%  untuk sewaan pasar serta gerai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk penjaja dan peniaga kecil bagi tempoh yang sama. Keseluruhan biaya diskaun ini berjumlah RM1.7 juta, dan akan melibatkan 10,165 orang penjaja yang berdaftar.

Langkah 6: Bantuan Tunai One-Off RM500 Buat Pengusaha Kenderaan Tertentu

Kerajaan juga akan memberikan bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off kepada pengusaha penambang, pengendali van penumpang, pemandu teksi dan pengendali bas dan van sekolah melibatkan jumlah biaya sebanyak RM870,000. Ini bakal memberi manfaat kepada 1,725 pengusaha kenderaan di Sarawak dalam peralihan dan pemulihan ekonomi, membolehkan mereka terus memberikan perkhidmatan.

Langkah 7: Geran Khas RM1,000 Kepada Penjaja/Peniaga Kecil

Sebanyak RM87.5juta turut diperuntukkan bagi pemberian geran khas berjumlah RM1,000 secara one-off kepada 87,500 penjaja serta peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Geran ini akan diberikan secara sekali bayar sebanyak RM1,000 kepada penjaja melalui sistem Sarawak Pay.

Geran Khas RM1,000 Di Bawah PKSS 8.0

Sudah maklum bahawa satu bentuk geran khas yang dibayar secara one-off adalah sebahagian daripada langkah-langkah dalam Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 kali ini. Sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada setiap penjaja atau peniaga kecil yang layak. Pembayaran akan dibuat melalui sistem Sarawak Pay penjaja atau peniaga terbabit.

Syarat Kelayakan

  1. Bagi peniaga atau penjaja yang tidak berlesen, mereka haruslah merupakan rakyat Sarawak yang tinggal dan berniaga di negeri itu, dan berumur 18 tahun ke atas.
  2. Bagi peniaga atau penjaja yang mempunyai lesen pula, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengambil maklumat mereka daripada sistem perlesenan sedia ada.
  3. Kerajaan Sarawak ingin menyeru rakyat untuk memastikan maklumat yang dimasukkan semasa pendaftaran permohonan adalah tepat bagi memudahkan proses saluran bantuan kelak.
  4. Jenis peniaga yang layak untuk memohon adalah seperti berikut:
  • Gerai makanan;
  • Pasar;
  • Kedai kampung / kedai terpencil;
  • Tukang gunting rambut / salun rambut;
  • Kantin (pemilik individu)

Kadar Geran Khas

Geran khas yang diberi secara one-off ini bernilai RM1,000 untuk setiap peniaga/penjaja yang layak.

Tarikh Pembayaran

Difahamkan bahawa bantuan BKSS 8.0 untuk penjaja bagi tahun 2022 telahpun dilancarkan pada 7 Februari 2022. 15 orang penjaja dan peniaga telah menerima Geran Bantuan Penjaja BKSS 8.0 sebanyak RM1,000 di majlis tersebut yang berlangsung di Hotel UCSI, Kuching. (Sumber DayakDaily)

Melalui info terkini yang admin terima, difahamkan bahawa sudah ada pengguna media sosial yang telah menerima geran khas ini melalui kredit di dalam akaun SarawakPay mereka bermula pada 3 Mac 2022 yang lalu.

Semakan Pembayaran

Para peniaga yang layak boleh mula menyemak status geran melalui akaun SarawakPay masing-masing, dan lihat jika wang bantuan telah dikreditkan ke akaun masing-masing. Contoh adalah seperti di bawah (Sumber: Facebook Azira Drahman)

BKSS 8.0 : Semakan Geran Khas Penjaja RM1000

BKSS 8.0 : Semakan Geran Khas Penjaja RM1000

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkenaan BKSS 8.0, anda boleh hubungi talian 082-555999, atau layari laman sesawang berikut: https://talikhidmat.sarawak.gov.my/

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More