Sumber Rujukan Globalisasi Anda

MAIS Lancar Bulan Faraid Negeri Selangor 2023

Bulan Faraid Negeri Selangor 2023 telah dilancarkan bagi memupuk kesedaran masyarakat tentang cintakan ilmu faraid dan mengurus harta pusaka.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) merupakan satu entiti pertubuhan perbadanan (a body corporate) menurut Seksyen 5(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada 1 Mac 2005, Pentadbiran Bahagian Pengurusan Baitulmal (BPB) telah dipindahkan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke MAIS dan telah disahkan oleh Mesyuarat MAIS pada 14 April 2005.

Pengasingan ini adalah menepati kehendak peruntukan Seksyen 81(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa MAIS berkuasa untuk mentadbir dan berhak kepada semua wang dan harta Baitulmal.

” Maka hendaklah menjadi kewajipan majlis untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat islam di dalam negeri selangor selaras dengan hukum syarak. ”

-Seksyen 7, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003-

Isi Kandungan

Pelancaran Bulan Faraid Negeri Selangor 2023

MAIS baru-baru ini telah melancarkan Bulan Faraid Negeri Selangor 2023 bermula 18 Ogos sehingga 15 September 2023 iaitu bersamaan dengan 1 Safar hingga 30 Safar 1445H bagi memupuk kesedaran masyarakat cintakan ilmu faraid yang kian dilupakan kini dan mengurus harta pusaka.

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Puan Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS semasa merasmikan Seminar Harta Pusaka Penyambung Silaturrahim baru-baru ini.

Bulan Faraid Negeri Selangor 2023

Sejak tahun 2006 sehingga kini, sebanyak lebih

  • 3,200 surat wasiat,
  • 2,500 dokumen hibah, dan
  • 1,500 harta pusaka

hak Baitulmal telah dikendalikan oleh MAIS.

MAIS mengambil insiatif untuk memberi kefahaman dan mendidik masyarakat agar celik ilmu faraid dan seterusnya menjadikan amalan merancang dan menguruskan harta dengan betul.

Sebagai sebuah agensi Islam Negeri Selangor yang bertanggungjawab mentadbir dan memegang amanah harta-harta orang Islam, MAIS berperanan untuk menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada seluruh umat Islam betapa pentingnya mengurus harta dengan sempurna berlandaskan hukum syarak.

Pelbagai program diatur sepanjang kempen berlangsung antaranya ialah

  1. Hebahan informasi berkenaan Faraid dan Harta Pusaka.
  2. Kursus Faraid.
  3. Seminar Harta Pusaka.
  4. Forum Perdana Pusaka.
  5. Hari Bersama Baitulmal.
  6. Tik Tok Live Pusaka.
  7. Kuliah Maghrib Khas Pusaka.
  8. Slot Celik Ilmu Pewarisan Radio IKIM.
  9. Slot Rancang Harta Urus Pusaka Radio Klasik.
  10. Siaran secara langsung Selamat Pagi Malaysia RTM dan Assalamualaikum TV Al-Hijrah.

Bulan Faraid Negeri Selangor 2023

Maklumat Lanjut

Masyarakat yang ingin mendapatkan maklumat berhubung aktiviti sepanjang Bulan Faraid Negeri Selangor 2023 ini bolehlah mengikuti perkembangan di media sosial MAIS iaitu Facebook Majlis Agama Islam Selangor, Instagram dan Tik Tok Majlis Agama Islam Selangor.

Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat dan melaksanakan pengurusan harta di MAIS, boleh layari laman web MAIS dari semasa ke semasa.

Diharapkan dengan pelancaran Bulan Faraid Negeri Selangor 2023 ini dapat memberikan kebaikan dan manfaat kepada semua umat Islam terutamanya umat Islam di Negeri Selangor.

Semoga perkongsian tentang pelancaran Bulan Faraid Negeri Selangor 2023 ini juga dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Seterusnya selain perkongsian tentang info pelancaran Bulan Faraid Negeri Selangor 2023 ini, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More