Sumber Rujukan Globalisasi Anda

“Call Je Polis Jika Jiran Ganggu Ketenteraman” – Abang Polis

Jiran ganggu ketenteraman? Kalau dah nama hidup berjiran ni mestilah kena bertolak ansur antara satu sama lain. Barulah hidup berjiran sentiasa positif dan saling membantu jika kita dalam kesusahan.

Tapi tidak dinafikan juga jika ada sesetengah orang terpaksa berhadapan dengan jenis jiran yang tiada rasa hormat. Antaranya membuat bising atau buat apa saja tanpa pedulikan keselesaan jiran yang lain. Jika korang berdepan dengan situasi ini, apa yang korang akan lakukan?

jiran ganggu ketenteraman

Jadi, menerusi laman Tiktok Ayahlzz yang merupakan seorang anggota polis menjelaskan bahawa jika berlaku situasi seperti jiran mebuat bising atau jiran ganggu ketenteraman, orang awam boleh sahaja membuat laporan di mana-mana Balai Polis berdekatan.

Kes seperti ini adalah menganggu ketenteraman awam. Jadi, kepada sesiapa yang berdepan dengan situasi ini, jangan sesekali takut segeralah membuat laporan.

Boleh juga lihat di sini.

JIRAN GANGGU KETENTERAMAN, LAPORKAN KEPADA PDRM

Menerusi satu perkongsian di laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia, mereka yang membuat bunyi bising yang keterlaluan boleh didakwa di bawah Seksyen 13(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Adakah anda tinggal di kediaman yang kurang menyenangkan akibat bunyi bising? Membuat bunyi bising yang keterlaluan adalah sejenis kemudaratan (nuisances) dan merupakan satu kesalahan jenayah.”

“Jika anda mempunyai jiran yang selalu buat bising seperti bermain mercun, rem motor dengan kuat, gelak ketawa dengan kuat, memasang muzik secara kuat sehingga mengganggu ketenteraman awam, anda boleh laporkan di balai polis berdekatan kawasan perumahan untuk tindakan pihak berkuasa. Sesiapa yang membuat bunyi bising yang keterlaluan boleh didakwa di bawah Seksyen 13(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955”.

“Jangan pula anda ambil tindakan sendiri apabila tidak berpuas hati dengan jiran yang membuat bunyi bising. Akhirnya anda pula didakwa atas kesalahan jenayah”.

“Kita sebagai rakyat Malaysia, sama-sama menjaga semangat kejiranan agar tidak menyebabkan gangguan kepada penghuni-penghuni tempat kediaman”.

“Jadi ketahui hak anda sebagai seorang jiran. Sampai bila nak biarkan mereka buat bising? Puas dah tegur tapi masih tak faham bahasa jadi wajiblah buat laporan kepada pihak berkuasa”.

Sumber : POLIS DIRAJA MALAYSIA

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More